23.

416 53 4
                                    

✳️✳️
❇️ Salah Faham ❇️
✳️✳️✳️

         "Keith!"panggil Reeya di belakang.

Namun lelaki itu langsung tidak menoleh apatah lagi berpaling. Seakan tidak dengar akan panggilan yang sudah berkali-kali sebut nama di belakangnya. Keith menonong ke depan menuruni tangga.

           "Keith Fraser!Stop right there!"

Tidak peduli dengan mata yang memandang ke arah mereka waktu itu, Keith menyusuri koridor sebelum keluar dari pintu tepi bangunan itu dan tiba di kawasan laman. Baru sahaja dia mahu membelok, muncul Reeya di hadapannya. Menghadang laluan dia serta merta.

            "Did you deaf or what!"ketap Reeya dengan berang saat dongak memandang Keith saat itu.

             Dengan reaksi tenang bersahajanya, Keith tunduk memandang wajah marah tu. "Kau nak apa?"

             "Saya nak apa?Baru awak nak tanya?Dari tadi saya terpekik terlolong macam banshee dekat belakang awak, baru awak nak kisah!?"cengang Reeya di situ dengan mata menjegil bulat.

Terus Keith menarik sengih meleretnya.

             "Saja.Aku suka bila kau panggil nama aku banyak kali."sakat dia.

Terdiam sekejap Reeya lepas tu. Riak marah di wajah bertukar menjadi blur. Apa masalah lelaki depannya ni!?

            "Kenapa?Kau nak apa dari aku ni?Nak nombor phone?Ajak date?atau nak pelawa aku jadi boyfriend kau?Mana satu?"sakat Keith lagi.

             Eeew!Reeya buat muka kengerian sebelum pukul tepi lengan Keith tanpa amaran. Ke situ pulak!Tak adanya. "Apa awak fikir awak cuba lakukan ha!Kenapa awak tak cakap awak dah hantar assignment kita berdua pada sir?Awak tahu tak sir panggil saya dan marahkan saya kerana fikir saya aje yang ambil bahagian dalam penyediaan tugas berdua tu bukan awak. Kan saya cakap!Saya yang akan buatkan assignment tu nanti!"

              Tanpa amaran Keith angkat tangan lalu lurutkan kerutan di kening Liana dengan ibu jarinya. Di urut lembut kulit itu sehinggalah Reeya berhenti berkerut. "Sebab aku tahu..kalau kau yang hantar assignment tu..hanya akan ada nama aku aje dalam kertas tu. Bukan kau.."

                "Awak-"

               "Aku kenal kau Reeya. Sebolehnya kau akan cuba untuk buat diri kau di drop dari kolej ni. So untuk elakkan hal tu terjadi, aku perlu bertindak dulu.."jelas Keith sebelum menarik sengih meleretnya sambil turunkan tangan dari kening Reeya.

Bersama wajah berkerut tidak puas hati, Reeya pandang dalam-dalam wajah Keith. Cuba hendak fahamkan kenapa lelaki di depannya tidak berhenti cuba dari menghalang dia dari berhenti belajar di kolej ni?Apa sebenarnya yang Keith hendak lakukan?Dan kenapa lelaki ni nekad sangat?

            "Apa masalah awak ni Keith?Kenapa awak buat semua ni?"

            "Kan aku dah cakap hari tu. Aku tak nak kau keluar dari kolej ni macam tu aje.."

             "Tapi kenapa?"

            "Sebab aku tak naklah."

             "Did you realise that you sound ridiculous right now?Not make any sense at all!"marah Reeya kerana berang dengan sikap bersahaja dan tenang Keith waktu itu. Lelaki itu bercakap macam ianya hal sendiri.

Sambil ketawa kecil, Keith angkat tangannya. Mahu memegang kepala Reeya, Namun belum sempat tapak tangannya hinggap atas rambut itu, satu tangan muncul dari tepi lalu menolak dirinya jauh ke belakang dengan mengejut.

45. Bila Cinta Tak BersatuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant