37.

380 58 2
                                    

✳️✳️
❇️ SERONOK NAMPAK ❇️
✳️✳️✳️

Sambil menyanyi kecil, Reeya jalan melintasi rak-rak buku di situ. Semuanya gara-gara Keith. Kalau bukan kerana lelaki itu akan susahkan hidup dia dengan lakukan hal yang boleh mengundang masalah, terpaksa la dia buat kerja dan jadi pelajar baik.

Earfon terpasang di kedua-dua telinga. Mendendangkan lagu Jonas Brother terbaru. Reeya kemudiannya berhenti di depan rak yang di kehendaki dan mula membelek setiap buku di situ dengan tekun. Selepas dia berkenan dengan satu buku, dia ambil dan terus mencari buku yang seterusnya.

Setelah mencapai buku kelima Reeya berpaling hendak keluar dari sini seseorang berdiri di depannya. Membuatkan dia melanggar orang di depannya dan menyebabkan buku-buku di tangannya terjatuh ke lantai.

What the-

           "Jalan pandang mana?"gerutu Reeya sewaktu hendak tunduk mengutip bukunya tetapi tubuhnya secara tiba-tiba di tolak sandar pada rak di belakang dengan kasar. Membuatkan kepalanya tertunduk ke depan sebelum terhantuk ke belakang akibat tolakan tersebut. "Auw...apahal ni-"aduh Reeya sambil memegang lengan orang yang menolak dia ke rak tersebut.

Apabila Reeya memandang ke depan, mata gadis itu terus terbutang bulat. Terkejut melihat lelaki di depannya.

           "Sakitlah...awak dah kenapa?"dada Keith di tolak Reeya.

            "Kau...dalam sehari tu tak buat masalah, tak boleh hidup agaknya kan?"bisik Keith dekat dengan muka Reeya.

Reeya menenangkan dirinya sendiri memandangkan lelaki di depannya ini bukan asing buatnya. Tetapi bencana bagi dia. Kalau Ashlin nampak mereka berduaan, pasti hidupnya takkan tenang.

           "Dan awak...kalau dalam sehari tu tak dekati saya tak boleh nak relaks agaknya ya?" soal Reeya yang melihatkan dirinya dihimpit dengan dada bidang Keith, sebelah tangan lelaki itu melingkar di sekeliling pingangnya sebelah lagi berada di tepi kepalanya.

Keith berdengus kecil. Dia lirik wajah Reeya untuk pastikan tiada apa-apa yang tercela di wajah gadis itu. Tadi dia dapat panggilan mengenai kes Ashlin berlaku kasar pada Reeya dan membuat vandalism di lokar Reeya. Terus dia cuba cari Reeya, sekali tu ada yang beritahu Reeya di dalam perpustakaan. Risau akan Reeya. Dia terus ke situ untuk memeriksa Reeya.

            "You seem having a good mood after create ruckus early in the morning Miss Reeya Summer?"

              "Siapa awal cakap buat masalah hah!?Suka hati aje menuduh..."

              "Aku dah dengar apa yang Ashlin buat pada kau....dan kau dah fitnah dia semula dengan mengenakan dia depan dekan dan pensyarah kita..."

Reeya menjuling mata menyampah dengan kenyataan tu.

           "Dan obviously awak bersihkan semula kerja kotor saya tu?Geez! Thanks a lot!"     

            "Kau tak apa-apa?"tangan Keith menyelak rambut Reeya ke belakang bahu lalu pegang bawah rahang tu. "Ada sakit dekat mana-mana?Luka?"muka Reeya dia tilik kanan kiri dengan perlahan.

             Reeya melepaskan keluhan letih. Please!Please!Bagi dia bernafas sekejap!Sekejap pun jadi! "I'm fine. Now step back before I kick your where the shine not rise!!"arahnya mahu menolak Keith supaya jarakkan sikit badan tu dari dia. Panas tetiba dia dalam ruangan berpenghawa dingin tu.

            "Ashlin dia buat apa pada kau aje pagi tadi?"Keith lepaskan muka Reeya, lalu dia undur sedikit ke belakang memberi ruang kepada Reeya. Namun tangannya belum lepas dari memeluk tubuh itu.

             "Kenapa awak tak tanya dekat dia sendiri?Bukan ke dia kegemaran awak?"Kalau Keith tak tunjuk depan-depan dengan orang semalam, Rain, Noah dan Zen takkan meleteri dia, Ashlin takkan sakit hati pada dia...dan dia takkan stress macam ni.

             Keith melepaskan keluhan pendek. "Aku dengan dia tak ada apa-apa. Lagipun parents dia ahli counselor kolej ni. Aku tak boleh buat apa-apa mengenai dia tu.."

            "Tell her that!Saya tak nak dengar apa-apa penjelasan dari awak. Ianya bukan urusan saya untuk tahu. Apa saya tahu, awak dan peminat fanatik awak tu perlu berhenti dari ganggu saya!"sekuat tenaga dia tolak badan Keith sehingga lelaki itu melepaskan badannya. Sesak dia dengan kehadiran keith tu. Makin lama makin buat dia tak keruan aje.

Buku-buku yang bersepah di bawah kaki tadi Reeya kutip satu persatu lalu di dakap pada dada dengan kemas.

           "Aku cuma risaukan kau Reeya."bisik Keith dengan perlahan sewaktu memerhatikan Reeya kembali berdiri tegak dari tunduknya tadi. Dan bila mereka berdua bertentang mata, kening Keith berkerut seakan kecewa. Benci sangat ke Reeya terhadap dirinya ni?

            "Risau?Kalau risau awak takkan letakkan saya dalam situasi macam ni!Awak tahu tak apa yang dah berlaku lepas awak buat scene semalam?Saya kena marah dengan Rain. Zen ugut nak apa-apakan awak. Noah tuduh awak cuba sakiti saya. Kemudian pagi tadi Ashlin tuduh saya goda awak sebab cuba rampas crush dia iaitu awak....itu yang awak katakan risau? Please! Just stay away from me. That's would help."

Terkedu Keith. Lelaki itu buat muka sambil mengetap bibir seakan terasa hati dengan balasan kata Reeya itu. Kening itu juga turut berkerut-kerut.

            "Sorry."ucap Keith.

Reeya berkerut kening bila perasan Keith seperti nak menangis.Lah!Dah kenapa buat muka macam tu?Tahu la handsome..tapi jangan la nampakkan sangat comel tu!Tamak betul! Hairan dia dengan karakter Keith ni tau. Sekejap tough guy, sekejap tu sweet guy...dan-dan nak emo pulak.

           "Hissh...kalau ya pun tak payah la buat muka macam tu."pujuknya tak rela. Tak pasal-pasal. "Saya bukan marahkan awak...saya cuma beritahu aje..."

           "Kau tak marah dekat aku?"

Ihhhh...sabar aje la! Reeya mengangguk kepala.

           "Ya...dah jom gerak. Kita ada kelas kejap lagi. Dan awak kena bawak buku saya ni sebab Ashlin dah kotorkan buku kuliah saya tadi."beritahu dia semasa berdiri depan Keith dan tolak buku-buku itu ke depan Keith.

            Tersengih seperti nak apa, Keith capai buku itu lalu tersenyum senang. "Kau nak suruh aku bawak kau sekalipun boleh.."

             "Jangan nak melebih ya."

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now