16.

436 53 6
                                    

✳️✳️
❇️ NOAH ❇️
✳️✳️

Sehari...dua hari...seminggu berlalu begitu sahaja tanpa sebarang tindakan di ambil. Malah berita mengenai angin amukan dekan langsung tidak kedengaran. Ianya ibarat angin lalu. Senyap sepi tanpa khabar.

Reeya di dalam kelas tambahan yang di tetapkan oleh Encik Hill sudah menjadi tidak tenang. Setiap kali dia hadiri kelas itu, malamnya pasti akan alami mimpi ngeri.

Kalaulah pelan dia menjadi mungkin dia tidak berada di dalam kolej ini. Adakah orang dalam kolej ni bodoh atau buta. Benda dah jelas dia yang buat kenapa mereka tidak menangkap dia. Kalau nak bukti...rakaman CCTV tu dengan terang menunjukkan wajah dia. Kenapa dia tak dipanggil-panggil sampai sekarang?

Haish!

Rambutnya di cengkam saat tunduk membaca butiran bernombor pada kertas soalannya. Memangnya berapa lama dia kena tunggu untuk pihak kolej tentang pelaku sebenar kes tisu tandas hari tu?

Knock!

Knock!

Ketukan kedengaran pada meja. Buatkan Reeya menyentak kepalanya pandang ke depan. Lantas bertentang mata dengan pengajarnya.

        "Kamu boleh jawab soalan tu tidak?"

         Mata Reeya terkebil-kebil pandang muka bercermin mata bulat depannya. Lupa pulak yang pengajar dia ada dalam kelas ni!Haih!"Mm..boleh."angguknya walaupun dia langsung tidak tahu apa yang diajarkan sejak tadi.

          "Berikan saya kertas kamu."Sir Dannyal cuba mencapai kertas soalan Reeya dari meja tu.

          Sepantas kilat Reeya meletakkan tangan atas kertas tu. Refleks nak protect apa yang jadi miliknya. "Belum siap lagi.."dia mengelat dengan lekas. Tidak berkedip sejak tadi dia pandang dengan bulat akan pengajarnya.

Beberapa orang pelajar dalam kelas itu berpaling memandang ke meja dimana Reeya sedang duduk. Namun tidak lama sebelum mereka kembali tunduk melakukan kertas sendiri.

          "Tak apa. Saya nak lihat sejauh mana kamu dah siapkan soalan yang saya berikan tadi."gesa Sir Dannyal cuba mencubit penjuru kertas soalan Reeya tu, tapi Reeya malah menarik kertas itu jauh dari capaiannya.

          "Nanti la sir..bagi saya siapkan sekali semuanya."dalih Reeya lagi. Hish!Orang tua ni dah kenapa!Tak faham-faham bahasa pulak.

          Tangan kanan Sir Dannyal naik hendak memegang tangan Reeya sewaktu sehelai kertas muncul dari kanan Reeya lalu suara tu kedengaran. "Sir...boleh check saya punya?"

Tersentak dengan suara itu, Reeya angkat kepalanya lalu toleh ke kanannya sebelum bertemu dengan bau dari badan lelaki yang berdiri di sebelah dia.

Noah palingkan kepala. Dia pandang Reeya dengan senyuman di bibir. Yang mana buatkan Reeya menggeleng kepala dengan senyuman nipis di bibir. Of course Noah. Lelaki ini merupakan pelajar dari jabatan perakaunan. Tak terkejut la kalau Noah pun ada sekali di situ.

Sir Dannyal capai kertas Noah, dia membetulkan cermin matanya lalu menilik tulisan yang tertera di atas kertas itu.

           "Saya rasa saya mungkin tersilap imbang. Boleh sir jelaskan dekat saya?"cadang Noah selepas itu.

           "Ya..saya ada nampak."Sir Dannyal mengangguk.

Reeya dengan lega melepaskan hela nafas Panjangnya. FuhhH!Nasib baik!

Lantas Sir Dannyal memberi penerangan kepada Noah sepanjang masa itu. Menjadi lupa akan niatnya hendak memantau perkembangan Reeya sepenuhnya.


KEDEGANG!

Satu tin minuman jatuh ke dalam laci mesin layan diri sebelum satu tangan muncul lantas mengambil tin minuman sejuk itu dari dalamnya.

PSss!

        Noah buka picu tin itu lalu di sua minuman tersebut kepada Reeya. "Awak okay Reeya." tanya dia saat perhatikan kerutan di kening tu.

Sambil termenung memandang ke satu arah Reeya teguk minuman dalam tin tu dengan rakus. Dia masih tidak habis fikir kenapa helahnya tidak berkesan. Dia tidak faham kenapa sehingga ke hari ini tiada siapa datang untuk menangkap dirinya, terutama sekali Miss Luisa?Just why?

             "Hello...Reeya to earth!"Noah petik jari di depan muka Reeya beberapa kali. Cuba menyentak lamunan gadis itu.

             Tidak terkesan dengan petikan itu, Reeya pandang Noah untuk seketika sebelum mengecilkan mata dengan curiga. "Did you hiding something from me?"tuduhnya tidak semena.

              Noah ketawa kekok. Dia pandang funny dengan renungan Reeya terhadapnya waktu itu. "Dah kenapa awak tanya saya macam tu?memangnya apa aje yang saya sembunyikan dari awak selain saya tahu pakaian dalam awak warna apa?"

SLAP!

Satu tamparan hinggap di belakang kepala tu tak semena.

         "Auch!terkeluar biji mata saya nanti macam mana!"

         "Perv!"getus Reeya dengan jelingan menyampahnya. "Saya serius ni Noah. Adakah awak sembunyikan sesuatu dari saya?"

           "Sembunyikan apa?Apa yang awak cuba katakan ni?"

            Tak mungkin Noah tahu kegiatan dia bersama Zen tempoh hari. Lelaki bendul minat akaun ni takkan ada fikiran untuk lakukan sesuatu seperti yang dia fikirkan ni. "Ish..tak ada apa-apa.."geleng Reeya dengan kesal. Dia peluk buku tebalnya dekat dengan dada sebelum bawa tin minuman tu dekat dengan mulut.

Noah buat muka 'okay fine' tidak mengatakan apa-apa lagi setelah itu.

Baru sahaja Reeya hendak dongakkan tin itu, mata dia terlihat kelibat lelaki lampai yang ranggi mengenakan pakaian serba biru gelap dan putih berjalan merentasi koridor dari arah bertentangan dengan mereka.

            "Oh ya...saya dengar dari Rain yang awak masih merajuk tidak bercakap dengan dia. Apa yang awak gaduhkan dengan dia lagi kali ni?"

           "Rain yang mulakan dulu. So saya berhak diamkan diri."

Cepat-cepat Reeya tarik Noah, menggunakan badan lampai lelaki itu untuk menyembunyikan diri dia dari dilihat oleh musuh abadinya itu. Keith Fraser! That prickly man!

Hampir hendak tersandung, Noah terpaksa berdiri di depan Reeya dalam keadaan rapat sehinggakan bibirnya bersentuhan dengan dahi gadis itu tanpa sengaja. Semuanya sebab Reeya yang mengejut tarik dia dan sandar padanya begitu.

          "Ke-kenapa ni Reeya?"tanya Noah dengan gementar.

          "Shh...diam!"Reeya menyembunyikan wajahnya di balik lengan Noah sewaktu Keith melintasi tempat mereka berdiri namun Keith tidak perasan, lelaki itu terus menonong ke depan sambil diapit dengan peminat-peminat lelaki tu.

          Noah tunduk memandang ke bawah, lantas matanya terarah pada bulu mata Reeya yang lebat lagikan lentik itu sebelum berhenti pada pipi mulus gadis itu. "Awak tahu..kalau awak nak peluk saya awak cuma beritahu.. saya tak kisah?"sengihnya dengan nakal lepas tu.

Tersentak Reeya. Kepalanya terdongak laju ke atas sebelum bertentang mata dengan Noah. Sangat hampir hingga bibir lelaki itu seinci sahaja hendak menyentuh hujung hidungnya.

           "Hehehe.."sengihnya dibuat-buat. "Kalau awak nak cap tapak kasut saiz lima saya ni apa salahnya kan.."kata Reeya dengan sinis.

            "Woah..."cepat-cepat Noah angkat tangan surrender di kedua-dua belah kepala. "Tak apa. Saya tak nak."

Terus Reeya kerling semula lke arah dimana Keith beredar. Something tentang lelaki itu benar-benar mengganggu fikiran dia. Tapi tak tahu la celah mana yang tak kena tu!

✳️❇️❇️❇️❇️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now