44.

337 57 2
                                    

✳️✳️
❇️ SMACK!SMACK! ❇️
✳️✳️✳️

Sejujurnya dekat kolej tu tak ramai yang tahu mengenai identity Reeya. Kerana Reeya bukanlah gadis popular atau anak orang kaya yang sangat dikenali di kolej. Apalagi mengenai hubungan Reeya bersama dengan Rain dan mana-mana lelaki dalam kolej ni. Jadi tak boleh salahkan Jacquin juga dalam hal ni. Namun begitu, Jacquin tak patut menghina dan merendahkan dirinya begitu sahaja.

"Apa yang kau-"belum sempat Jacquin hendak bersuara, satu hayunan hinggap di tepi kanan badannya. Lalu beberapa lagi pukulan hinggap di badan berototnya. Reeya memukul kaki kiri Jacquin lalu naik ke rimbuk lelaki itu. "ArgH! Sakit! Hentikannya la!!" ngerang Jacquin saat terbaring di atas lantai bersimen itu.

Pelajar-pelajar yang berlegar-legar di luar laman kolej itu tergamam, mereka semua memandang terkejut ke arah Reeya yang tidak menunjukkan sebarang emosi di wajah saat memukul Jacquin.

"Kau kenapa perempuan gila!:teriak Jacquin sambil melindungi kepalanya dengan menggunakan kedua-dua belah lengannya. apabila Reeya tidak berhenti dari menghayun batang besbol itu ke arahnya.

Smack!

Smack!

Smack!

Smack!

Berkali-kali Reeya menghentak besi besbol itu ke Reeya dengan tenaga perempuannya. Tidak berniat hendak melakukan sebarang kerosakan yang teruk. Hanya berniat untuk berikan kesakitan pada badan Jacquin sahaja.

"Apa kau kata?Temankan kau?Bayar aku jadi call girl?Kau ingat aku ni betina murahan lepas nampak aku keluar dengan lelaki lain silih ganti?"kata Reeya sambil tu.

"Semua orang kata macam tu...memang betulkan.."teriak Jacquin.

Hujung bibir Reeya terjungkit sinis. Semua ini adalah satu exercise bagi dia! Lagipun dapat jugak dia release tension lepas apa yang berlaku kebelakangan ni.

Reeya melepaskan dengusan kasar, dia benci pada lelaki yang suka membuat tanggapan mudah seperti Jacquin ini.

"Kau ingat perempuan ni mainan ke! Suka hati kau panggil aku macam tu!!" dia mengangkat kayu besbol itu dengan tinggi dan mengumpul seluruh tenaga yang ada untuk menghentak lelaki itu sekuat hati. Namun baru sahaja dia hendak menghayun sepasang tangan melingkar di sekeliling pingangnya. Lalu tubuh dia di tarik ke belakang dengan mengejut.

"Reeya...cukup! Apa kau buat ni!!"Arah Noah yang berdiri di belakang Reeya. Rakan kumpulan Noah yang lain cuba merampas kayu besbol itu dari tangan gadis itu pada masa yang sama.

"Jangan sentuh aku! Lepaskan aku sekarang! Biarkan aku pecahkan muka lelaki mulut longkang ni!!"teriak Reeya sambil meronta dalam pelukan Noah. "Lepaskan aku !!!!!"'

Beberapa orang pelajar yang lain bergegas mendapatkan Jacquin yang sudah tidak larat hendak bangun sendiri dari lantai pavement depan mereka. Tergesa-gesa mereka nak jauhkan Jacquin dari Reeya.

"Cukup Reeya Summer!!"tegas Noah. "You are so done!"

Dalam keadaan mengah dan cengkaman mereka di situ, Reeya angkat kaki dan hayun tangan dia yang bebas untuk mendapatkan Jacquin. "Kau ulang balik!Ulang balik apa kau cakap pasal aku tadi Jacquin! Kau tak tahu siapa aku!Apa hak kau cakap macam tu!"

Noah terus memusingkan badan Nadine menghadapnya.

"Hentikan semua ni Reeya!"arah Noah dengan tegas.

Reeya menolak Noah ke tepi. Dia hendak pandang ke arah Jacquin yang sudah berdiri. "Minta maaf sekarang!MINTA MAAF SEKARANG LELAKI TAK GUNA!!!!!!"ronta dia sekuat hati dalam kekangan Noah dan rakan kumpulan lelaki tu.

Noah eratkan pelukan dia ke sekeliling dada termasuk tangan Reeya waktu itu. "Cukup Reeya!Semua orang pandang sekarang ni!"

"Lantak situ!Lepaskan aku sekarang!! Biar aku kerjakan lelaki mulut lucah tu! Dia ingat aku ni apa! Sesuka hati ajak aku temankan dia! Apa? bayar aku! Lepaskan aku!"

Tidak dapat mengawal lagi kekecohan di situ, Noah terus dukung Reeya ke atas bahunya. Membiarkan rakan-rakan dia yang tolong pegangkan barang-barang mereka berdua.

"Kita pergi sekarang Reeya!"

"Apa kau buat ni hah!Turunkan aku sekarang!"teriak Reeya saat Noah mendukung dirinya pergi jauh dari tempat kejadian.

"Bawa semua ni sekarang untuk aku.."arah Noah pada rakannya yang sedang berdiri memegang bag dan buku Reeya.

Reeya dalam keadaan tertonggeng itu mengangkat kepala untuk memandang Jacquin yang kebetulan waktu itu sedang memandangnya. Tangan dia terus naik menunding jari.

"Jangan kau tunjuk muka depan aku lagi jantan tak guna. Kalau kau berani tunjuk muka...aku akan pastikan kau takkan dapat berjalan lagi!!"laung Reeya sekuat hati sambil menunding jari ke arah Jacquin.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuKde žijí příběhy. Začni objevovat