∞ 2 ∞

6.1K 394 36
                                    

:: Semanis Cinta. ::

'. '. '. '

"Kamu okay ke nak kahwin? Takkan menyesal? Kahwin ni bukan boleh buat main Eryn,"  kata Puan Halida serius. Kalau Eryna kata dia hanya bergurau memang Puan Halida akan ceramahkan dia tujuh hari tujuh malam.

Eryna mengangguk laju. "Betul mama. Eryn nak kahwin. Letih jugalah asyik jumpa yang salah je. Eryn percaya pada apa yang terbaik untuk Eryn,"

kata Eryn tulus. Dia sudah berusia 25 tahun. Bekerja sebagai pembuat kek dan mempunyai cawangannya sendiri.

"Betul takkan menyesal ni Eryn? Esok Puan Fatimah nak jawapan," kata Tuan Zamir meminta kepastian.

"Ya, Eryn takkan menyesal dengan perkahwinan ni," kata Eryn tegas. Puan Halida dan Encik Zamir mula tersenyum kemenangan.

"Esok kamu ambil cuti ya," pesan Puan Halida. Eryn tersengih lalu mengangguk.

"Oh kejap, nak tanya. Puan Fatimah ada anak lelaki?" soal Eryna hairan. Tak pernah tengok seorang pun anak Puan Fatimah.

"Mestilah ada sayang. Semua anak dia putera, empat orang pula tu. Takde puteri," kata Encik Zamir.

Eryna sedikit tercengang mendengar apa yang dikatakan Encik Zamir. Mulutnya mampu omel 'wow'.

"Yang Puan Fatimah pinangkan ni, anak bongsu dia. Yang lain semua dah kahwin," terang Puan Halida. Eryna hanya mengangguk mendengar informasi yang diceritakan.

"Nama dia mama?"

"Faeeq. Faeeq Elhan kalau tak silap, kan abang?" soal Puan Halida meminta kepastian. Encik Zamir mengangguk.

"Ye Faeeq Elhan. 27 tahun, kerja tentera laut," Eryna memandang ibu bapanya atas bawah. Dah macam perisik khas dah tahu maklumat terperinci ni.

Eryna terkaku seketika sebelum menyoal kembali ibu bapanya, "Kejap, dia kerja apa?" soal Eryna.

"TLDM. Kenapa Eryn?" soal Puan Halida.

gulp

Ini yang seram ni. Warganet tiktok berkata orang yang beruniform ni redflag. Kalau si Faeeq ni seperti salah seorang daripada mereka macam mana?

Ah takpe! Kita redha dan berserah sajalah. Harap-harap tidaklah. Minta-minta jauhkan ya Allah.

"Heee takde apa-apa," balas Eryn sambil tersenyum.

'. '. '. '

Lumut, Perak.

"Faeeq!"

Faeeq menoleh apabila namanya diseru. Dia kini sedang melatih para prebet yang baru daftar masuk ke kem tldm ini.

"Kau ni, dengan kaki berbalut gigih betul cari aku sampai kesini, ha ada apa?" soal Faeeq Elhan pada rakannya Arman Naufal.

Arman tersengih sebelum menyerahkan sepucuk surat kepada Faeeq. Faeeq memandang surat tersebut sebelum memandang Arman

"Apa ni gila? Surat cinta ke? Aku bukan kunyit ah," kata Faeeq malas. Arman memukul kepala Faeeq kuat sehingga hampir tercetus gelak tawa prebet dihadapan mereka.

Dengan sekali jelingan Faeeq terus hilang senyuman prebet-prebet tadi.

"Kau agak-agaklah aku nak mengunyit dengan kau. Ni! Surat dari Puan Fatimah Haifar, mak kau!" marah Arman.

Faeeq tersengih sebelum mengambil surat di tangan Arman. Orang cedera ni jangan dibuat gurau tahu-tahu kena humban je nanti.

Surat dibuka. Hampir pengsan Faeeq apabila membaca isi kandungan surat itu.

"Ibu dah meminang seseorang untuk kamu Faeeq.." Faeeq membaca dengan perlahan.

Nasib baik Arman saja yang mendengar tidak percaya lelaki itu mendengar apa yang dikatakan.

"Jadi ibu dah minta papa kamu kosongkan jadual kamu esok, ahad sampai sabtu minggu depan," sambung Arman pula membaca isi seterusnya.

Faeeq dan Arman memandang sesama sendiri sebelum menelan air liur kesat.

"Goodluck brader, harap-harap tidak segila Aina Syafiqah," kata Arman sambil menepuk perlahan bahu Faeeq.

Faeeq melepaskan keluhan. Redha dan tawakal dengan apa yang telah terjadi.

Puan Fatimah dah menghantarnya surat, siap bersekongkol dengan Encik Khairul untuk memberinya cuti seminggu dalam diam.

Ini, gila.

'. '. '. '
Chapter 2 is up up! Sokongan anda amat saya hargai <3

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now