∞ 31 ∞

2.8K 198 12
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Ceraikan aku."

Faeeq memandang Eryna tidak percaya.

"Awak dengar sini baik-baik Eryna, saya takkan ceraikan awak walau apa jadi sekali pun. Faham?"

Tegas Faeeq bersuara tetapi itu tidak membuatkan Eryna gentar malah gadis itu lagi melawan.

"Aku tak kisahlah! Esok aku ambil surat cerai, kau nak ke taknak tanda kau punya hal!" marah Eryna sebelum menekan butang unlock kereta sebelum keluar.

Faeeq segera mengejar Eryna. "Eryna! Sayang! Safia please!"

Eryna berhenti berjalan apabila mendengar Faeeq memanggilnya dengan nama itu. Kepalanya tiba-tiba berdesing.

Eryna memegang kepalanya yang terasa berpusing. Dirinya juga terhuyung-hayang.

"S-sakit.." adu Eryna. Dia memandang langit, kepalanya semakin berpusing.

Faeeq yang melihat keadaan itu dari jauh terus berlari mendapatkan Eryna. Bahu Eryna dirangkul lembut.

Eryna menoleh memandang Faeeq. Pandangannya menjadi kabur. "Safia? Sayang? Awak okay tak ni? Safia?"

soal Faeeq cemas. Pandangan Safia menjadi gelap dan gadis itu pengsan di dalam dakapan Faeeq.

"Allahuakbar Safia," Faeeq terus mendukung Eryna bridal style sebelum membaringkan Eryna ke dalam kereta.

"Safia.." panggil Faeeq lembut. Pipi lembut Eryna diusap. Dia rindu akan isterinya.

Tiba-tiba tangan Faeeq dipegang Eryna. Dahi gadis itu berkerut seribu walaupun matanya masih terpejam.

"Ya sayang, saya kat sini," seakan-akan faham apa yang dimaksudkan Eryna, Faeeq berkata perlahan.

Perlahan-lahan Faeeq melepaskan pegangan mereka. Dia harus menghantar Eryna pulang untuk memberi gadis itu masa dan rehat yang secukupnya.

Setibanya dia di rumah keluarga Eryna, Faeeq terus mendukung Eryna masuk ke dalam bilik gadis itu.

"Faeeq, kenapa ni?" soal Puan Halida yang baru muncul dari dapur. Faeeq senyum.

"Safia pengsan ma. Lepas dia tengok kubur Emir tadi,"

Cerita Faeeq. Selebihnya biar sajalah dia yang tahu. Puan Halida memandang sayu wajah sembam Eryna.

"Hm takpelah. Kamu berdua rehat lah, mama sediakan makan-"

"Eh takpe mama. Safia perlukan ruang, masa dan rehat yang secukupnya. Faeeq taknak kacau dia,"

Puan Halida mengetap bibir sebelum mengangguk.

"Faeeq letak Safia dalam bilik lepas tu Faeeq balik ya mama?" pinta Faeeq. Puan Halida membalas,

"Iyalah kalau macam tu. Apa-apa bagitahu mama," pesan Puan Halida. Faeeq mengangguk sebelum menghantar Eryna ke biliknya.

"Mama tahu kamu sedih Faeeq.. Muka kamu tak boleh tipu mama.." gumam Puan Halida perlahan.

'. '. '. '.

"Assalamualaikum dan selamat pagi semua, terima kasih kerana hadir mesyuarat tingkap tak seberapa nak tingkap oleh saya, Hawa Fatehah dan rakan sepasukan saya,"

"Nadrah Haleena. Disini kami memanggil anda berdua adalah untuk membantu pelakon utama kita, Faeeq Elhan dalam misi mengorat Eryna Safia si hati konkrit,"

sambung Nadrah selepas Hawa memulakan permulaan mereka.


Dua orang yang dimaksud kan adalah Arman dan Luth yang ditarik sekali oleh Nadrah apabila mendapat tahu dia adalah abang Faeeq.

Arman dan Luth memandang sesama sendiri sebelum memandang Faeeq yang tersengih seperti kerang busuk.

"Aku baru jiwang-jiwang peluk kau tadi Luth, rupa-rupanya nak tolong si sewel ni," bisik Arman pada Luth.

Luth mengangguk mengiyakan.

Nadrah menepuk tangan meminta perhatian daripada mereka berdua. Luth memandang Nadrah tepat pada mata coklat cair gadis itu.

"Okay anda berdua dengar sini baik-baik. Kitaorang ada senaraikan apa yang Eryna suka buat. Kita kena buat Faeeq yang ajak Eryna buat semua aktiviti ni."

kata Hawa tegas. Dah macam nak merancang strategi peperangan.

"Berikut merupakan aktiviti yang Eryna suka buat waktu sekolah dulu tapi ada sesetengah aktiviti dia tak boleh buat sebab alah faham-faham la kan," terang Nadrah.

Late night motorbike (tapi tak kesampaian sebab tak cukup umur dan anak tunggal)
• Main arcade tembak-tembak
• Tengok sunset/sunrise
• Main funfair
• Listening songs together dengan Nadrah Hawa sambil melukis
• Main piano

Faeeq, Luth dan Arman mengangguk. "Semua ni hujung jari Faeeq je. Macam jodoh lah diorang dua, suka main piano, Faeeq dulu juara wakil negeri main piano,"

kata Luth bangga. Hawa dan Nadrah memandang sesama sendiri dengan senyuman kemenangan.

"Kau ni memang lah diorang ada jodoh. Tak nampak ni diorang dah kahwin? Apalah Luth," geleng kepala Arman dengan abang kawannya ini.

Luth menjulingkan biji mata. "Jadi sekarang ni, korang nak kitaorang buat apa?"

soal Luth.

"Ha tu nanti kitaorang bagitahu. Sekarang ni boleh tolong eh, jangan kata tak boleh,"

kata Hawa. Luth dan Arman mengangguk. Faeeq pula hanya diam tidak berkutik.

"Kita buat plan ni sampai Eryna sembuh, okay tak okay?" soal Nadrah.

"Okay. Tapi sebelum tu bagilah tahu dulu nama korang siapa," Luth menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Aku Nadrah Haleena. Dia Hawa Fatehah. Aduh kau ni kitaorang dah buat intro tadi takkan tak dengar?" soal Nadrah sambil mencekak pinggang.

Luth tersenyum sebelum mengangguk. Dia sebenarnya tahu nama mereka berdua tapi saja nak tanya lagi.

Dalam diam Luth dari tadi memerhatikan Nadrah. Dia sangat tertarik dengan celoteh gadis itu.

"Tolong fokus ye Tuan Emran ataupun Luth? Ha apa-apa sajalah ya. Kerjasama anda amat penting bagi kami dan terutamanya Faeeq, boleh eh boleh?"

kata Nadrah bersemangat. Mereka semua mengangguk.

Luth sedaya upaya menahan diri daripada tersenyum lebar apabila nama kedua nya disebut Nadrah.

"Tapi kitaorang tak tahu lah bila nak mula plan ni.." Hawa dan Nadrah menunduk.

Luth tiba-tiba bangun membuatkan semua mata kearah dirinya.

"Aku ada idea.."

'. '. '. '.
Chapter 31 up! Dah sedia nak tengok Misi memikat dan memulihkan Eryna Safia? Hihi, Terima kasih korang!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now