∞ 9 ∞

4.8K 290 35
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

Selepas solat subuh, Eryna terus menyediakan sarapan buat Faeeq.

Tetapi Faeeq pula tidak lepas memandang Eryna yang sedang melakukan tugasnya. Faeeq tersenyum manis sambil menongkat dagu.

"Awak ni tak pergi gim ke? Tentera selalu pergi gim kan?" akhirnya Eryna bersuara.

Faeeq menggeleng kepala. "Aku selalunya pergi gim lepas makan sarapan," balas Faeeq walaupun matanya masih tidak lekang memandang Eryna.

"Awak kenapa asyik tenung saya ni? Takde kerja?" Eryna meletakkan pisau yang menyapu kaya di atas meja. Memandang Faeeq yang masih merenung dirinya.

"Ada,"

"Dah tu?" soal Eryna sebelum kembali menyambung aktivitinya tadi.

"Kerja aku tengok kau lah. Tu di kira kerja juga kan?"

Eryna menjeling Faeeq tajam. Ada-ada saja suaminya ini! Notifikasi telefon Eryna berbunyi, Faeeq mencapai telefon wanita itu sebelum diberikan kepada Eryna.

"Terima kasih," ucap Eryna sebelum membuka grup mesejnya.

Eryna menjuling biji mata apabila membaca isi kandungannya. "Kenapa sayang?" soal Faeeq.

Eryna menunjukkan skrin telefonnya. Faeeq membaca dengan penuh tekun sebelum memandang wajah cemberut isterinya.

"Kenapa ni hm? Kawan-kawan ajak pergi reunion kelas je sayang, ada apa-apa aku tak tahu ke?"

soal Faeeq cuba memujuk Eryna. Dia menarik Eryna supaya duduk di sebelahnya.

"Saya kena jumpa orang-orang yang tak suka saya dulu," kata Eryna. Mulut dimuncungkan. Faeeq mengusap bahu Eryna lembut.

"Diorang tak suka kau sebab apa? Kau ada buat jahat ke?"

"Diorang tak suka saya sebab saya ni gengster. Bukan gengster minta hutang tu tau, sebab saya lasak lepastu diorang cakap mulut saya macam puaka," luah Eryna.

Faeeq memandang Eryna tidak percaya. Gadis secomel dan sekecil Eryna ni gengster sekolah? Aduhai sukar nak percaya.

"Tapi sekarang kau kan dah berubah? Tengok, cakap pun awak saya, kau dah tak lasak. Mesti diorang terkejut kau dah berubah nanti," pujuk Faeeq.

Eryna memandang Faeeq. Lelaki itu tidak lepas memandang iris matanya walaupun dia pandang ke tempat lain.

"Betul ke? Awak rasa saya dah berubah? Dan awak rasa saya patut pergi?" soal Eryna. Faeeq mengangguk meyakinkan Eryna.

Rambut Eryna disisip ke belakang telinga. "Ya sayangku. Walaupun aku tak pernah tengok kau zaman sekolah dulu, tapi aku percaya kau dah banyak berubah,"

kata Faeeq membuatkan Eryna tersenyum. "Terima kasih awak," ucap Eryna ikhlas. Kali ni dia betul-betul ada semangat untuk berjumpa rakan-rakan kelasnya dulu.

"Awak bagi saya pergi lah ni?"

Faeeq mengangkat bahu, "Why not kau pergi? Tunjukkan pada diorang yang kau dah berubah. Tengok ni, dah ada kedai kek sendiri, diorang tu ada ke kedai sendiri?"

Eryna terkekek. Pandai suaminya ini memujuk dirinya.

"Awak taknak ikut?" soalan dari Eryna membuatkan kening Faeeq terangkat.

'. '. '. '

Shangri-La Hotel.

Eryna menarik nafas sedalam yang mungkin sebelum dihembus perlahan. Sejujurnya dia sangat gugup sekarang ni.

Tiba-tiba dia terasa ada tangan yang menggenggam tangannya seakan-akan menyalur semangat bagi diri Eryna.

Eryna menoleh ke kanan. Kelihatan Faeeq yang kemas memakai kemeja hitam sedondon dengan dirinya yang di kenakan dengan blaus hitam berserta shawl putih.

Kerana itulah tema malam ini. Hitam putih.

"Jangan takut tau sayang. Aku ada temankan kau, okay? Cantik-cantik macam ni, mestilah kena temankan? Nanti ada orang tengok, aku tak suka,"

kata Faeeq. Jelas nada cemburu terselit di ayat terakhir. Eryna tertawa sebelum mengangguk.

"Baiklah Encik Faeeq. Awak pun tak kurang kacaknya, jangan layan perempuan lain tau?"

Faeeq menabik hormat tanda arahan daripada Eryna diterima. "Baik Puan."

Kedua-dua mereka tertawa sebelum Faeeq menarik Eryna ke dalam pelukannya. Eryna sedikit terkejut dengan tindakan Faeeq.

"Kau kena ingat tau, aku sayangkan kau seorang je," kata Faeeq. Eryna tersenyum sebelum membalas pelukan Faeeq.

"Saya sayangkan awak juga Faeeq. Takde nombor dua," balas Eryna. Faeeq melepaskan pelukan mereka sebelum mencium dahi Eryna lembut.

Eryna dah redha wajahnya kemerahan. Nak taknak dia kena biasakan hal ni. Tak salah blushing sebab suami.

Faeeq tersenyum nakal sebelum menggenggam erat tangan Eryna. "Jom?" ajak Faeeq.

Eryna mengangguk.

"Jom,"

Dalam diam, ada mata-mata lain yang hadir dalam majlis yang sama memandang mereka berdua.

"Tu, Eryna Safia kan? Siapa lelaki yang dia peluk tu?"

'. '. '. '
Chapter 9 sudah update! Vote dan comment jangan di lupa! Selamat Hari Bercuti!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now