∞ 30 ∞

3K 203 26
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Luth, aku.."

Faeeq terkedu mendengar kisah sebenar abangnya 7 tahun lepas. Luth tersenyum nipis.

"Takpelah Faeeq benda pun dah lepas. Aku join jiran sebelah sebagai pendatang asing pun bersebab," kata Luth. Faeeq memandang Luth meminta penjelasan.

"Aku nak cari Syafiq, Yusuf dengan Jabeer. Last-last kau tahu apa? Diorang kena tangkap sebab ambil dadah lepas tu mati kena belasah dengan banduan lain,"

cerita Luth lagi. Faeeq mengangguk. Kiranya hutang abang dia telah selesai walaupun bukan abang dia yang lakukan.

"Tapi aku ada satu perkara nak bagitahu kau. Kau nak benci aku sampai aku mati pun takpe," Luth menarik nafas panjang.

Faeeq membetulkan posisi duduknya. "Apa dia? InsyaAllah aku cuba terima,"

"Orang yang langgar Eryna, adalah orang yang aku hantar untuk intip ayah."

Bagai ada satu kaca yang tajam menikam tepat pada jantung Faeeq. Adrenalin lelaki itu menjadi laju.

"K-Kau hantar? Kau Luth?" soal Faeeq tidak percaya. Luth mengangguk perlahan membuatkan Faeeq terus mencengkam kolar baju Luth.

"Kau tahu tak sebab kau, aku dengan isteri aku hilang anak?!" marah Faeeq.

Luth menunduk. Biarlah Faeeq melepaskan geram padanya kerana rasa dia layak mendapat balasan.

"Sebab kan orang bodoh kau isteri aku hilang ingatan dan benci aku Luth!" teriak Faeeq sebelum menolak Luth kuat.

Faeeq menangis. Dia menangis kerana kecewa dengan Luth yang membuatkan hubungan dia dan Eryna regang.

"Aku hantar dia untuk intip ayah dan aku sumpah Faeeq, orang lain yang suruh dia langgar Eryna,"

Faeeq memandang Luth tidak percaya. "Siapa? Kau kenal dia siapa? Bagitahu aku Luth!"

desak Faeeq. Dia betul-betul ingin mengerjakan dalang yang membuat hubungan dia dan Eryna musnah.

"Syed Ifwan. Tujuan dia selamatkan aku dari kejadian hari tu nak jadikan aku kambing hitam untuk bunuh ayah. Lepas aku dapat tahu arahan daripada dia suruh langgar Eryna sampai keguguran, aku terus blah dari situ,"

terang Luth panjang lebar. Faeeq mengangguk. Walaupun dia masih berang dengan Luth nasib baik dia jenis orang yang mendengar penjelasan.

"Sekarang, kau nak tolong aku?" soal Faeeq. Luth mengangguk.

"Kau taknak bunuh ayah?" soal Faeeq lagi. Luth menggeleng. "Aku benci ayah je. Takdelah sampai nak bunuh ahli keluarga aku sendiri,"

Faeeq memeluk Luth erat. Dia bangga dengan abangnya yang masih ada akal untuk berfikir.

"Kita kena plan, macam mana nak jatuhkan Syed Ifwan tu," kata Faeeq tegas. Luth berdehem sebelum bersuara.

"Aku ada plan. Kau ikut je,"

'. '. '. '.

Tiga bulan kemudian.

"Assalamualaikum, awak. Awak sihat?" soal Faeeq di pintu pagar. Pintu penumpang dibuka untuk Eryna.

"Waalaikumussalam. Kau nampak aku macam tengah merangkak ke ni?" soal Eryna kasar sebelum masuk ke dalam kereta.

Hari ini, Faeeq akan membawa Eryna ke pusara Emir.

Faeeq hanya mampu memaparkan senyuman pahit sebelum masuk ke dalam kereta.

"Kita gerak eh?" soal Faeeq. Eryna hanya diam di tempat duduk belakang. Faeeq terus memulakan enjinnya.

"Ya Allah kuatkanlah hati aku.." doa Faeeq sebelum keretanya meluncur di atas jalan raya.

Setibanya mereka di tanah perkuburan, Eryna menyoal Faeeq hairan.

"Kau bawa aku pergi kubur ni dah kenapa? Aku nak jumpa anak aku lah, bukan nak jumpa orang meninggal. Aku taknak turun." marah Eryna.

Faeeq terus keluar dari kereta tanpa menjawab soalan Eryna. Dia membuka pintu bahagian penumpang untuk Eryna keluar.

"Apa ni. Aku kata taknak turun kan? Kau tak faham bahasa ke?" soal Eryna berang. Faeeq senyum nipis.

"Saya tak suka berkasar dengan perempuan. Mak saya tak ajar saya untuk berkasar dengan perempuan. So please, keluar Eryna."

ujar Faeeq lembut namun ada terselit nada tegas. Eryna merengus kasar sebelum keluar dari kereta.

"Jom," ajak Faeeq sebelum berjalan meninggalkan Eryna di belakang.

"Weh, tunggulah!" teriak Eryna sebelum mengejar Faeeq. Mereka berjalan sedikit sebelum tiba di hadapan sebuah kubur bersaiz kecil.

Eryna memandang Faeeq tidak percaya. Faeeq menarik nafas dalam sebelum bersuara,

"Saya minta maaf Eryna. Saya gagal selamatkan anak kita. Saya betul-betul minta maaf. Anak kita nama Muhammad Emir Farhan. Nama pilihan awak,"

ujar Faeeq walaupun terlalu pedih untuk mengatakan semua ini lebih-lebih lagi dengan Eryna.

Air mata Eryna jatuh. Dia duduk melutut di hadapan pusara anaknya. Eryna menggeleng.

"Tak.. Tak.. a-anak aku hidup.. Anak aku masih hidup!" teriak Eryna. Dia menggenggam erat tanah milik pusara Emir.

"Anak mama.. Anak mama masih hidup!" teriak Eryna lagi sebelum memeluk pusara Emir.

Eryna menangis sepuas-puasnya. Dia kemudian bangun lalu mencengkam kolar baju Faeeq.

"Kau! Kau yang bunuh anak aku! Kau yang bunuh!" Eryna menjadi tidak keruan. Dada Faeeq ditumbuk-tumbuknya.

"Bagi balik anak aku! Bagi balik Emir aku!" teriak Eryna lagi.

Faeeq hanya diam tidak berkutik. Dia membiarkan dirinya dipukul, dicaci dan dimaki Eryna.

"Bagi balik anak aku Faeeq! Aku nak anak aku!" teriak Eryna. Faeeq segera memeluk Eryna bagi menenangkan gadis itu walaupun Eryna meronta-ronta.

"Lepas! Lepaskan aku! Aku nak Emir aku! Lepas lah!" rontaan Eryna semakin kuat apabila Faeeq terpaksa dukung dirinya.

"Turunkan aku! Turunkan!" teriak Eryna lagi. Mereka kini tiba di kereta. Faeeq terus mendudukkan Eryna lalu masuk ke tempat pemandu dan segera mengunci pintu.

"Hiks.. Kau pembunuh... Kau bunuh Emir aku.." tangis Eryna. Dia mengelap kasar air matanya sebelum menjeling Faeeq tajam.

"Eryna, saya-" belum sempat Faeeq memberi penjelasan, Eryna terus memotong.

"Ceraikan aku."

'. '. '. '.
Chapter 30!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now