∞ 15 ∞

3.8K 260 13
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

Faeeq memegang kepalanya yang berdesing. Dia menggeleng perlahan untuk menghilangkan rasa sakit di kepala.

Dirinya terpelanting kebelakang apabila bom tangan itu betul-betul meletup di hadapannya.

"Tuan!" baru sahaja Cripto hendak meluru kearah Faeeq untuk melihat keadaannya, Faeeq menahan Cripto.

"Bawa diorang semua keluar sekarang. Aku okay,"

arah Faeeq sebelum perlahan-lahan bangun lalu berjalan ke pangkalan utama.

"Baik Tuan. Sky jom!" Cripto memberi arahan sebelum mengiring keluar mangsa bersama Sky.

"Oi orang sana, tadi aku dengar bom. Si Cripto pun jerit nama kau tadi. Kau okay?"

soal Arman dari hujung talian. Faeeq menepuk kepalanya perlahan. Terasa lagi berdesing di kepala.

"Okay. Biasalah bom tangan. Tapi aku okay," balas Faeeq perlahan. Dia kini berada di pangkalan utama di mana ketua mereka berada.

Faeeq segera menendang pintu besi itu kuat sehingga terbuka.

"Hmph!"

Faeeq menoleh. Kelihatan seorang lelaki separa usia menunjukkan sesuatu pada Faeeq menggunakan mata.

Faeeq menunduk memandang tali yang dipasang dua bom. Dengan perlahan dia melangkah sebelum mendekati lelaki yang diikat tangan dan mulutnya itu.

"Encik okay? Ada cedera mana-mana?" soal Faeeq. Lelaki itu menggeleng.

"Tak saya okay. Ada seorang wanita dengan lelaki jahat tu. Dia pakaikan wanita tu bom tuan!"

kata lelaki itu ketakutan. Faeeq mengangguk sebelum bercakap di talian.

"Sky, kau masuk kejap bawak Encik ni keluar, lagi satu je mangsa tinggal. Yang lain selamat?"

"Baik Tuan. Yang lain semua selamat. Mereka tengah menaiki bot penyelamat,"

"Okay. Jumpa nanti,"

"Jaga-jaga Tuan,"

Faeeq segera memandang lelaki itu sebelum membantunya untuk bangun.

"Encik terus keluar dari tempat ni. Akan ada seorang ahli pasukan saya bawa Encik keluar, ya?"

Lelaki itu mengangguk sebelum berlari seperti yang diarahkan Faeeq. Faeeq terus berjalan menuju kearah penghunjung pelantar.

Kelihatan seorang wanita separa usia menangis apabila dirinya berada di betul-betul di sebelah lautan luas.

Dirinya dipegang seorang lelaki bertopeng dipercayai ketua kepada kejadian ini.

"Letak senjata kau."

Dahi Faeeq berkerut mendengar pelat lelaki itu. Dia percaya bahawa lelaki ini Melayu dan bukanlah dari negara jiran.

"Letak senjata kau atau perempuan tua ni mati!" teriaknya sebelum menggertak Faeeq dengan cubaan menolak wanita itu kedalam laut.

Teresak-esak wanita separuh abad itu apabila digertak sebegitu.

Faeeq mengangkat tangan sebelum meletakkan senjatanya di atas lantai.

"Aku dah letak. Lepaskan dia." kata Faeeq serius. Lelaki itu tersenyum sinis sebelum tertawa dengan kuat.

"Ha! Bodoh! Aku tak tahu pula kau ni lembab! Tapi, takpe. Kau dah ikut arahan aku, jadi aku akan lepaskan dia,"

katanya sebelum menolak kuat wanita itu kearah Faeeq. Faeeq segera menyambut wanita tersebut sebelum mendudukkan dia.

Ikatan segera dibuka. Bom di badan wanita itu dibelek, masa tinggal lagi 5 minit. Kalau nak suruh Cripto masuk memang tak sempat.

Jaket bom itu segera dibuka Faeeq. "Puan kena keluar dari sini cepat. Dekat pintu masuk, ada bom jadi Puan kena hati-hati."

pesan Faeeq. Wanita itu mengangguk. "Terima kasih Tuan. Hati-hati," balas wanita itu sebelum berlari dari kawasan itu.

"Heh, kau tak berubah Faeeq Elhan."

Faeeq memandang lelaki di hadapan dirinya dengan tidak percaya. Bagaimana lelaki itu tahu namanya?

"Kau siapa dan macam mana kau tahu nama aku?"

soal Faeeq musykil. Lelaki itu berdecit sebelum membuka topeng mukanya. Faeeq tidak percaya dengan apa yang di lihat.

"Remember me?"

'. '. '. '.
Chapter 15 is up!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now