∞ 39 ∞

2.8K 220 31
                                    

'. '. '. '.

"Macam mana benda boleh jadi Faeeq?"

Kini mereka semua berada di luar bilik Luth. Faeeq dan Eryna tiba pagi tadi manakala Arman dan Hawa tidak dapat hadir kerana majlis semakin dekat.


Eryna pandang Faeeq yang diam tak berkutik. Puan Fatimah mengurut dahi perlahan.

"Faeeq dapat maklumat, Luth kena serang hendap masa nak ajak Nadrah keluar. Sebab tu lepas tu dia terus datang rumah Nadrah,"

Puan Fatimah menggeleng kepala. Siapa yang menghantar orang untuk memukul anaknya?

"Faeeq, tolong lah cari siapa yang buat Luth macam ni. Ibu kesian kan dekat Nadrah, dia asyik kata dia yang bersalah dalam hal ni,"

keluh Puan Fatimah sebelum memandang sekujur tubuh yang terbaring lemah di dalam bilik ICU itu.

"Faeeq akan cuba, okay ibu? Ibu pun balik lah rehat," pujuk Eryna. Faeeq mengangguk meyakinkan Puan Fatimah.

Tiba-tiba Faeeq terasa perutnya seperti berangin.

"Sayang kejap saya nak pergi tandas,"

Faeeq terus menekup mulut dan berlari ke tandas. Puan Fatimah dan Eryna mengalih pandangan dengan penuh persoalan.

"Ibu jangan risau eh mungkin perut Faeeq masuk angin tu," pujuk Eryna setelah melihat wajah Puan Fatimah agak risau.

"Haih mana lah tak risau, dengan anaknya masuk ICU, anak lagi seorang pula tak sihat perut masuk angin,"

Puan Fatimah berdecit perlahan. Eryna hanya mampu tersenyum nipis sebelum memandang kearah tandas yang Faeeq masuk tadi.

'. '. '. '.

"Awak, awak okay?" soal Eryna sebelum mengambil tempat di sebelah Faeeq yang sedang bersandar pada katil.

Faeeq mengangguk perlahan. "Saya rasa tak sedap badan lah, macam masuk angin je,"

ujar Faeeq lemah. Eryna memandang wajah pucat Faeeq dengan penuh kerisauan. Tangan ditekap kan di dahi Faeeq.

Panas.

"Awak demam ni, buka lah baju tu. Panas sangat badan awak,"

Eryna terus ingin membuka baju yang dipakai Faeeq namun ditegah lelaki itu.

"Kenapa? Awak tahu tak badan awak panas, pipi awak merah?" soal Eryna geram.

Faeeq tersengih sebelum mengangguk. "Buka jelah, macam lah saya tak pernah tengok awak tak pakai baju. Lebih dari tu lagi saya dah tengok lah,"

ujar Eryna sambil mencekak pinggang. Faeeq tersipu malu sebelum membuka bajunya seperti diarahkan Eryna.

Eryna mendekatkan wajahnya pada tubuh badan Luth. Jelas riak wajah gadis itu terkejut.

Eryna mendongak memandang Faeeq yang pipi kemerahan itu. Lelaki itu terkebil-kebil memandang Eryna.

"Banyaknya parut! Awak ni tentera ke, gangster jalanan?" soal Eryna tidak percaya. Faeeq tersengih.

"Ish apa-apa jelah! Sekarang ni baring dan jangan selubung!"

arah Eryna tegas sebelum masuk ke bilik air untuk mengambil air dan kain.

Faeeq nak tak nak terpaksa ikut arahan Eryna.

Eryna muncul dengan semangkuk air dan tuala kecil. Dia terus mengambil tempat di sebelah Faeeq yang tidak lepas memandang gerak-gerinya.

Gadis itu tekun memerah kain dan terus meletakkannya di atas dahi Faeeq.

"Awak lapar?"

Faeeq menggeleng.

"Nak air?"

Jawapan Faeeq masih sama.

"Habis tu nak apa?"

"Nak peluk awak boleh?"

Eryna mengecilkan matanya memandang Faeeq.

"Kalau saya demam awak jagalah diri awak sendiri, eh?"

Eryna terus mengambil tempat di sebelah Faeeq. Faeeq tertawa perlahan. "Sorry la kalau awak demam saya mesti jaga awak punya,"

balas Faeeq membuatkan Eryna tersenyum dalam diam. Dapat gadis itu rasakan ada tangan yang melingkar pada pinggangnya.

Dia terasa sangat selesa dan hangat di dalam pelukan Faeeq. Dapat dia rasakan dada Faeeq yang hangat itu.

"Saya tiba-tiba rasa nak peluk awak, macam craving,"

Pipi Eryna membahang. Dia mengetatkan pelukan. "Tidurlah, awak kan demam,"

Ucap Eryna sebelum menepuk belakang badan Faeeq lembut. Eryna tersenyum kecil mendengar dengkuran halus suami nya itu.

'. '. '. '.

"Luth dah sedar? Alhamdulillah,"

Eryna mendapat berita daripada Nadrah bahawa Luth sudah sedar.

"Tapi aku tak boleh datang Nad, laki aku demam. Nanti aku datang okay? Kirim salam kat semua,"

"Waalaikumussalam," Eryna terus mematikan telefon. Dia menoleh memandang Faeeq yang masih lena dibuai mimpi.

Dia bangun untuk menukar kain di dahi Faeeq. Suhu lelaki itu masih tinggi.

"Sayang, Luth dah sedar eh?"

suara serak basah Faeeq menyentakkan Eryna. "Awak, tidurlah. Ye Luth dah sedar tadi, Nad bagitahu saya,"

Faeeq mengangguk perlahan. "Hmm, okay,"

Baru sahaja hendak menyambung tidurnya, Faeeq terus bangun dan menolak Eryna perlahan. Dia berlari ke arah tandas.

"Uwek uwek!"

Eryna terus mendapatkan Faeeq. Belakang badan lelaki itu diusap lembut.

"Awak, kalau melarat sangat kita pergi hospital okay?" Eryna memandang suaminya risau. Faeeq menggeleng.

"Biasalah demam, semua benda dia tolak kan? Tak payah lah," ujar Faeeq selepas memuntahkan segala isi perutnya.

Dia kemudian berkumur. Baru sahaja dia hendak menapak keluar. Dirinya tumbang.

"Faeeq!"

'. '. '. '.
Chapter 39 is up! Rindu tak? Hehe

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now