∞ 6 ∞

5K 334 10
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

"Kau rasa, kau boleh tak tempuh cabaran sebagai orang yang dah berkahwin nanti, Eryn?" soal Hawa tiba-tiba.

Mereka sedang menikmati matahari terbit bersama kerana esok mereka sudah pulang ke Kuala Lumpur untuk persiapan majlis Eryna.

Eryna termenung seketika memikirkan jawapan. Sejujurnya dia tidak pasti dengan keputusannya tapi takkan nak patah balik kan?

"Aku tak tahulah Hawa. Macam-macam yang aku tengah fikirkan sekarang ni. Harapnya takdelah malapetaka yang nak rampas suami aku," balas Eryna. Hawa dan Nadrah tertawa.

"Kau kan tahu Taekwondo kau belasah je beban rumahtangga kau tu nanti, hahaha"

seloroh Nadrah. Hawa setuju dengan cadangan Nadrah. Eryna menggeleng. Ada sahaja rakannya itu.

"Oh siapa je yang tahu majlis kau nanti?" soal Nadrah.

"Aku jemput keluarga terdekat dengan korang dua je. Aku nak buat majlis tu biasa-biasa, Ibu Faeeq pun okay," kata Eryna. Hawa dan Nadrah mengangguk.

"Korang jangan bagitahu kawan-kawan kita yang lain aku dah kahwin. Sebab aku rapat dengan korang dua je weh, yang lain malas lah nak jemput bukannya suka aku pun dulu," kata Eryna lagi.

"Yang ni aku fahammm sangat! Lagi-lagi si Damia tu memang dari dulu tak suka kat kau, macam lah dia tu perfect sangat. Menyampah!" kata Hawa.

Eryna berdecit. Haih dah lama tak dengar khabar haters Eryna yang seorang itu.

"Apapun," 

"Eryn si Gengster dah nak kahwin!!!" teriak Hawa dan Nadrah serentak. Eryna tertawa.

"Nasib baik pagi tau haish korang ni, terima kasih ya korang. Dulu kita bet siapa kahwin dulu hm last-last aku pula kahwin dulu hahaha," seloroh Eryna. 

Mereka bertiga tertawa. Dapat juga melepaskan stres bersama-sama sebelum hari penting.

'. '. '. '

"Faeeq, kau gerak harini balik KL kan?" soal Arman sambil memerhatikan Faeeq yang sedang berkemas itu.

Faeeq mengangguk. "Ye, ibu aku suruh aku balik awal dua hari," Arman sekadar meng'oh' kan sahaja.

"Kau balik bila? Kau jangan nak balik waktu hari majlis eh Arman, aku sebat kau nanti, kau dahlah pengapit aku," ujar Faeeq memberi amaran kepada Arman.

Arman tersengih, "Esok lepas solat Jumaat aku gerak lah, kau jangan risau." kata Arman meyakinkan Faeeq.

Faeeq sambung mengemas barangnya manakala Arman meminta diri untuk ke pusat latihan kerana sekarang sudah waktu sesi dia melatih.

Setelah siap mengemas, Faeeq terus ke pejabat untuk melaporkan diri.

"Selamat pengantin baru Kapten," ucap salah seorang yang menjaga kaunter laporan disitu.

"Terima kasih, jemputlah datang nanti," balas Faeeq dengan senyuman. Leftenan itu mengangguk.

"Saya gerak dulu ya. Jeneral Khairul ada kat dalam?" soal Faeeq mencari kelibat ayahnya.

"Takde Tuan. Jeneral Khairul dah gerak ke Kuala Lumpur semalam," kata Leftenan itu.

Faeeq tersenyum sebelum mengangguk. "Terima kasih,"

pinta Faeeq sebelum beredar. "Bapak aku ni, aku yang nikah dia yang balik awal. Betul-betul excited ni,"

omel Faeeq. Geleng kepala sahaja dengan bapanya yang seorang itu.

'. '. '. '

Chapter 6 dah up! Jangan lupa vote dan comment ye! Terima kasih!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now