∞ 14 ∞

3.9K 287 33
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Cripto, masuk,"

"Roger, Shark."

Operasi dilakukan selepas dua minggu berbincang strategi dan rancangan serta membaca peta pelantar minyak.

Setelah diturunkan di dasar laut mereka terus menaiki tangga kecemasan di pelantar minyak itu dengan senyap.

Cripto memeriksa keadaan sebelum memberi isyarat bahawa semua selamat. Setelah itu, Faeeq aka Shark terus masuk ke dalam kawasan kawalan pelantar.

"Biggo! Army!"

Faeeq menoleh sebelum aksi tembak menembak berlaku. Faeeq terus melepaskan tembakan kearah dua penjaga di situ.

"Naik naik!"

"Eagle dah ready ke belum?!"

Eagle iaitu Arman yang sudah berada di posisi sebagai penembak hendap.

"Relaks Shark, headshot coming soon."

Arman tersenyum sinis sebelum dia menarik picu senapang M24.

Berkerut dahi Faeeq mendengarnya. Arman boleh suruh dia relaks? Dirinya dan rakan sepasukan lain dah kena serang macam apa dah.

bang!

bang!

"Line clear Shark,"

Faeeq mengangguk sebelum mengarahkan semua anak buahnya untuk mencari pekerja-pekerja yang bersembunyi di tempat yang selamat.

Dua orang mengikut Faeeq manakala lagi tiga ahlinya mencari di kawasan selamat lain.

Mereka tiba di sebuah bilik, Faeeq dan ahli pasukannya yang lain terus berlari kearah mereka untuk membuka ikatan.

"Korang okay? Ada cedera mana-mana?" soal Faeeq. Mereka semua menggeleng.

"Ada siapa-siapa tahu yang lain menyorok kat mana?"

soal Faeeq lagi. Salah seorang dari mereka mengangkat tangan.

"Tadi saya nampak ketua diorang heret kapten dengan manager kami ke pangkalan utama," katanya. Faeeq mengangguk.

"Cripto, Sky, bawa diorang keluar. Aku cari yang lain," arah Faeeq. Baru sahaja dia hendak menapak keluar Sky menjerit kearahnya.

"Shark ada bom!"

boom!

'. '. '. '

"Faeeq!"

Termengah-mengah Eryna apabila dia terjaga dari mimpi ngeri itu.

"Astaghfirullahalazim.."

Eryna beristighfar sejurus mengusap perlahan dadanya. Nafas gadis itu yang tadi laju kini berunsur perlahan.

Eryna segera mengambil telefon bimbitnya. Terdapat satu mesej daripada Faeeq setelah dua minggu lelaki itu tidak membaca pesanan Eryna kepadanya.

+1 💪🏼

Assalamualaikum, awak. Maaf sebab baru baca dan reply mesej awak. Saya sibuk sebab intake prebet. Saya cuma nak pesan sebelum tidur baca doa. Jangan lupa solat dan baca al-Quran. Saya sayang awak ketat. 💋

Mata Eryna bertakung membaca pesanan dari suaminya. Lelaki itu betul-betul sibuk dengan kerjanya.

Eryna menulis sesuatu sebelum menutup semula telefon bimbitnya lalu sambung tidur.

+1 💪🏼

Assalamualaikum, awak. Maaf sebab baru baca dan reply mesej awak. Saya sibuk sebab intake prebet. Saya cuma nak pesan sebelum tidur baca doa. Jangan lupa solat dan baca al-Quran. Saya sayang awak ketat. 💋

Me : Waalaikumussalam. Takpe abang. InsyaAllah saya jaga diri. Awak pun sama tolong jaga diri untuk saya. Jangan paksa diri kalau awak penat tau. Saya sayang awak ketat jugak Faeeq. 😘

"Cepat balik Faeeq. Saya rindu.." ucap Eryna perlahan sebelum dirinya kembali terlena.

Mimpi buruk tadi terus dilupakan Eryna. Dia tidak mahu berfikir bukan-bukan kerana Faeeq sudah berjanji dengannya untuk balik dengan selamat dan sihat.

Hawa dan Nadrah yang perhati dari luar bilik Eryna memandang sesama sendiri.

Mereka memandang kearah dua wanita berusia yang berdiri di sebelah mereka. "Kita taknak bagitahu Eryna, aunty?"

soal Hawa serba salah. Puan Halida memandang Puan Fatimah dengan perasaan sedih.

"Aunty taknak Eryna sedih. Dia betul-betul tunggu Faeeq balik," keluh Puan Fatimah perlahan.

Eryna tidak tahu keberadaan Puan Halida dan Puan Fatimah kerana mereka berdua menghalang Hawa dan Nadrah untuk memberitahu Eryna.

'. '. '. '
Chapter 14 sudah up! Maaf lama tak update. Jangan lupa vote dan comment!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now