∞ 29 ∞

2.8K 195 13
                                    

[ Nota Tepi - Chapter ini akan ditulis tentang bagaimana Luth dikenakan tindakan berat dan dibuang daripada tentera. ]

'. '. '. '.

Luth pulang ke rumahnya dengan langkah lemah. Dirinya menjadi lemah kerana dibelasah teruk oleh warden penjara tentera.

Dirinya di penjara selama beberapa bulan kerana dikatakan tuduhan tanpa alasan yang kukuh.

"Assalamualaikum," sapa Luth.

"Waalaikumussalam Luth!" Puan Fatimah terus memeluk tubuh sasa Luth. Luth membalas pelukan erat ibunya lembut.

"Ya Allah sayang, kamu okay? Wajah kamu pucat ni Luth.." Puan Fatimah menyentuh lembut luka-luka di wajah Luth.

Luth mencapai tangan Puan Fatimah lembut. "Ibu, Luth okay. Masih kacak macam dulu tak? Ke sekarang lagi kacak?" gurau Luth.

Puan Fatimah mencebik. "Kamu ni sakit-sakit pun masih lagi nak bergurau,"

"Siapa suruh kau balik Luth Emran?"

Puan Fatimah dan Luth menoleh kearah Jeneral Khairul yang sedang turun dari tangga rumah agam mereka.

"Abang, kenapa awak cakap macam tu? Tak seronok ke tengok anak kita balik selepas setahun?" marah Puan Fatimah.

Jeneral Khairul berdecit sebelum menarik kasar Puan Fatimah supaya jauh daripada Luth.

"Ayah kalau marah Luth, jangan buat ibu macam tu!" marah Luth apabila melihat Puan Fatimah mendesis kesakitan ketika dirinya ditarik begitu kuat.

"Kau tak faham bahasa lagi ke Luth. Kau tu bekas banduan. Berambus dari sini!" marah Jeneral Khairul.

"Abang! Dia anak kita! Awak nak suruh dia kemana? Tempat dia kat sini abang!" Puan Fatimah cuba menghalang suaminya.

"Dia dah kecewakan saya Fatimah. Saya tak tahu kenapa saya ditakdirkan ada anak yang mengecewakan macam dia ni. Dan keputusan saya muktamad."

kata Jeneral Khairul sebelum keluar dari rumah.

"Abang! Abang nak pergi mana?!" teriak Puan Fatimah.

"Pastikan dia angkat semua barang dia dan berambus dari rumah ni. Selagi dia tak keluar, selagi tu saya takkan balik. Saya taknak duduk sebumbung dengan penjenayah."

kata Jeneral Khairul sebelum beredar dari kawasan perumahan mereka.

"Abang janganlah macam ni abang! Dia anak kita!" teriak Puan Fatimah namun hampa. Jeneral Khairul sudah jauh dari kawasan rumah mereka.

Luth tersenyum nipis. Dia tahu nasib dia akan terjadi begini.

Luth segera naik keatas dan mengemas barangan miliknya. Dia terus menggalas beg pakaiannya lalu masuk ke bilik adik lelakinya, Faeeq.

Kelihatan Faeeq tidur di sofa manakala Farisha tidur di katil remaja itu. Faeeq baru sahaja tamat untuk pemilihan intake dan akan menggantikan dirinya.

Dia berjalan mendekati Faeeq lalu mengusap lembut rambut Faeeq.

"Aku sayang kau Faeeq. Jaga Ibu, jaga Farisha. Kau je harapan Ibu," ujar Luth perlahan sebelum berjalan kearah Farisha yang lena memeluk bantal peluk miliknya.

Luth tersenyum. Air matanya mengalir namun cepat-cepat diseka. Luth mencium lembut dahi Farisha.

"Belajar rajin-rajin tau adik. Bila berjaya satu hari nanti, jangan lupa ibu dengan abang Faeeq. Abang sayang Isha," pesan Luth perlahan.

Dia memandangkan kedua-dua adiknya sebelum keluar dari bilik Faeeq.

Luth segera turun dan berlalu ke pintu utama. Tangannya dipegang Puan Fatimah.

"Luth jangan dengar cakap ayah kamu. Dia cuma marah je. Takde niat pun. Naik bilik ya? Luth.."

pujuk Puan Fatimah. Air mata wanita itu mengalir membuatkan Luth semakin berat hati untuk tinggalkan Puan Fatimah.

Luth memeluk erat Puan Fatimah sebelum menyalam tangan wanita itu lama.

"Ibu jaga diri tau. Jaga adik-adik sekali. InsyaAllah, kalau ada rezeki kita jumpa lagi. Halalkan makan minum Luth sepanjang Luth duduk sini.."

Luth menarik nafas dalam sebelum dihembus perlahan.

"Luth sayang ibu sangat-sangat. Jangan cari Luth ya. Jangan lupa telefon ayah. Luth pergi dulu, Assalamualaikum,"

pinta Luth sebelum melangkah keluar dari rumah meninggalkan Puan Fatimah yang menangis dengan pemergian anaknya.

"Luth jangan pergi.." tangis Puan Fatimah.

Keesokan paginya Faeeq yang hairan dengan suasana dingin itu bertanya pada Puan Fatimah.

"Ibu, kenapa mata ibu bengkak?" soal Faeeq.

Puan Fatimah memandang Faeeq sebelum menggeleng kepala. Jeneral Khairul yang sedang menjamu selera itu bersuara.

"Abang kamu tu ada buat salah besar. Ayah dah denda dia. Mungkin dia takkan balik rumah ni lagi,"

kata Jeneral Khairul.

"Tapi kenapa? Teruk sangat ke Luth-"

"Makan dengan senyap Faeeq." potong Jeneral Khairul tegas.

Faeeq hanya akur sebelum menyambung sarapannya. Dia cuma tahu yang abangnya dimasukkan penjara kerana tuduhan yang tidak kukuh.

Cuma dia tidak tahu mengapa abangnya tidak pulang padahal sudah tamat tempoh di penjara dan cerita sebenar yang berlaku kepada Ghibran.

End Of Flashback.

'. '. '. '.
Chapter 29 dah up! Jangan lupa komen dan votes!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now