∞ 4 ∞

5.4K 341 52
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

"Kau, dah ready ke nak kahwin dengan lelaki yang bekerja untuk negara?"

Terkebil-kebil Eryna memandang Faeeq disebelahnya. Eryna tersenyum sebelum mengangguk.

"Dah. Mentally and physically ready. Lagipun ini kali pertama kita jumpa. Takde apa punyalah," kata Eryna. Faeeq memandang Eryna yang seperti termenung itu.

"Kalau kau jatuh cinta dengan aku?"

"What if awak yang jatuh cinta tergolek dengan saya dulu?" soal Eryna sebelum mata mereka bertemu.

Faeeq agak terpana melihat iris mata milik Eryna yang berwarna coklat cair itu.

"Cantik," tanpa Faeeq sedar dia terpuji kecantikan Eryna yang semula jadi itu. Eryna melirik senyum sinis.

"Nampak dah siapa jatuh cinta dulu ni nanti," kata Eryna sebelum menggeleng.

"Tapi serious, kau memang cantik. Mata kau, memang lawa," puji Faeeq ikhlas. Eryna memandang Faeeq. Gadis itu seakan-akan merenung dengan tekun wajahnya.

"Awak pun, apa kurangnya kan. Sawa matang, lesung pipit, tak lain tak bukan, senyuman awak, hensem jugak,"

balas Eryna sambil meneliti setiap inci wajah Faeeq. Membahang wajah Faeeq apabila dikata sebegitu oleh tunangnya.

"Elele comelnya Abang Loreng kita blush blush," sakat Eryna. Faeeq mengetap bibir sebelum menekup wajahnya.

"Ish! Malulah. Janganlah! Aku dahlah cepat blushing," kata Faeeq malu-malu.

Dia memang seorang pemalu dari kecil. Sejak dia memasuki maktab tentera, dia menjadi lebih lasak tetapi malu masih ada.

"Faeeq?"

Faeeq dan Eryna menoleh. Kelihatan seorang perempuan bertudung merah jambu paras dada mendekati mereka berdua.

"Aina? Kau buat apa kat sini? Athar mana? Takde pun dengan kau," soal Faeeq. Eryna yang berada di sebelah memandang Aina atas bawah.

"Oh Athar kat dalam. Berborak dengan uncle aunty, by the way, ni ke tunang you?" soal Aina sebelum memandang Eryna yang sudah memandangnya sambil kening terangkat.

"Saya Eryna Safia. Just call me Eryna," kata Eryna. Aina mengangguk. "Aina Syafiqah. Ex-girlfriend Faeeq,"

balas Aina sebelum tersenyum. Sinis. Eryna memaparkan senyuman manis.

"Tak manis betul mengaku diri sendiri ex orang padahal dah jadi isteri, maaf cara nak jealous kan saya bukan cara macam ni," kata Eryna sambil tersenyum manis.

Faeeq tersenyum sebelum menunduk. Alhamdulillah tunangnya seorang yang pandai bela diri.

Terus hilang senyuman sinis Aina. Terkulat-kulat gadis itu sebelum masuk kembali ke dalam rumah.

"Terima kasih bela diri dari mulut tak bayar insuran dia tu," kata Faeeq. Eryna mengangkat bahu.

"Ex juara debat dulu ni, hahaha" seloroh Eryna.

"Apapun harap-harap kita dapat bercinta," kata Eryna. Faeeq memandangnya. Gadis itu tersenyum nipis sebelum masuk ke dalam rumah.

"InsyaAllah,"

'. '. '. '

"Hah? Nikah Jumaat ni? Adik baru tunang kelmarin mama," kata Eryna tidak percaya.

Puan Halida tersenyum, "Eryna, suami kamu cuti seminggu je. Lepasni dia tak boleh cuti dah, dia kena bertugas. Lagi pun, apa salahnya cepatkan benda yang baik, kan?"

kata-kata dari Puan Halida membuatkan Eryna tercengang. Gila, sebegitu sibuknya Faeeq dengan tugasnya.

"Ibu bapa Faeeq okay ke pasal hal ni?" soal Eryna. Puan Halida mengangguk laju.

"Puan Fatimah dah buatkan semuanya untuk kamu berdua. Sampai dia tegah mama jangan buat apa-apa tahu? Dia sayangkan kamu berdua,"

terang Puan Halida lagi. Eryna melepaskan keluhan halus. Nampaknya memang dia akan bergelar isteri seseorang tidak lama lagi.

"Kalau macamtu, kawan-kawan Eryn-" baru Eryna hendak bertanyakan soalan tentang rakan-rakannya telefon Eryna berdering.

"Hello? Waalaikumussalam, kenapa?"

"Hah?! Kedai terbakar?! Okay okay kejap lagi saya sampai."

Eryna terus menyalam tangan Puan Halida sebelum berlari keluar rumah dengan kelam kabut.

Mendapat berita bahawa satu-satunya kedai kek miliknya terbakar merupakan satu ujian bagi Eryna.

'. '. '. '
Chapter 4 dah up! Sorry lambat sebab busy dengan schedule 🙏🏼

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now