∞ 28 ∞

2.8K 175 10
                                    

[ Nota Tepi - Chapter ini akan ditulis tentang bagaimana Luth dikenakan tindakan berat dan dibuang daripada tentera. ]

'. '. '. '.

Flashback. (2015)

"Woi Luth!"

Luth yang sedang melakukan workout menoleh. Kelihatan Ghibran tiba dengan dua cawan air kopi.

"Sudah sudahlah tu workout. Badan kau dah cukup tough dah. Nah kokopi," gurau Ghibran sebelum memberi secawan kepada Luth.

Luth menjeling cawan yang dihulur Ghibran sebelum menjeling Ghibran.

"Apa? Orang bagi rezeki ni. Taknak sudah. Kau mamai nanti aku tak tahu,"

Baru sahaja hendak menarik balik kopi itu, terus Luth merampas kopi dari tangan Ghibran. Ghibran tersenyum suka.

"Ha tahu pun takut. Malam ni jadi lepak bukit merah?"

soal Ghibran. Luth yang sedang menghirup kopi mengangguk. "Jadi. Dah lama nak tenangkan fikiran. Eleh, sukalah tu,"

kata Luth. Ghibran tertawa sebelum mengangguk. "Gila tak suka?! Leftnenan kita ni bagi kita keluar malam dengan dia kot!"

Luth ketawa sebelum menepuk kepala Ghibran. Ghibran mendesis kesakitan sebelum menepuk kembali kepala Luth.

Mereka diam seketika sebelum Ghibran bersuara. "Luth kalau aku mati apa perasaan kau?" soal Ghibran tiba-tiba.

Kening Luth terangkat. "Kau kenapa ni tanya soalan pelik-pelik ni," marah Luth.

Ghibran tersenyum, "Jawab jela, apa perasaan kau?"

"Mestilah aku berdendam siot. Kau kawan aku sejak sekolah rendah sampai umur 22 tahun ni," kata Luth.

Ghibran mengangguk, "Sayang juga eh kau kat aku," seloroh Ghibran. Luth berdecit sebelum memandang Ghibran.

"Aku tak gay yang macam kau kadang-kadang jadi sotong kurita lautan antartika,"

"Bebal lah kau ni Luth!"

Tawa mereka meledak di kawasan taman itu.

'. '. '. '.

"Weh Luth, aku nak beli jajan jap ah. Lapar, kau tunggu sini tau, aku pergi beli," kata Ghibran sebelum berlari ke kedai serbaneka berdekatan.

"Haih ada-ada jelah kau ni Ghib," balas Luth sambil memerhatikan Ghibran yang berlari anak itu.

Dia kembali memandang langit. Sangat cantik apabila ia dihiasi dengan penuh bintang.

Selesai membeli jajan, Ghibran baru sahaja hendak berjalan menuju kearah Luth, wajahnya ditelekup dengan guni.

"Weh apahal main tutup-tutup muka ni hah?!" marah Ghibran. Suaranya jadi tenggelam dengan guni yang tebal itu.

buk!

Kepala Ghibran terus dihentak menggunakan batu bata. Tubuhnya diangkat sekumpulan lelaki itu sebelum di bawa kebelakang bangunan.

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now