∞ 16 ∞

3.7K 251 39
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

"Remember me?"

Faeeq terkedu. Dia kenal jejaka di hadapannya.

Faeeq tidak sangka figura di hadapannya akan menjadi manusia seperti ini.

"Luth Emran? Kau.." soal Faeeq tidak percaya. Lelaki itu tersenyum sinis.

"Bingo! Dah 7 tahun kita tak jumpa kan Faeeq?"

Lelaki bernama Luth itu berseloroh. Faeeq memandang Luth tidak percaya.

"Kau.. Apa dah jadi dengan kau sampai kau sanggup tinggalkan kitaorang dan masuk negara orang lain? Kau memang gila Luth!"

marah Faeeq. Dia memandang abang sulungnya tidak percaya. Abang dia yang dulu berpangkat Leftenan Jeneral kini seorang pengkhianat.

"Kau tanya Jeneral kesayangan kau tu! Pasal dia, hidup aku musnah!"

tengking Luth. Faeeq menggeleng kepala dengan sikap abangnya.

"Kau yang musnahkan diri kau Luth! Bukan ayah! Jangan di sebabkan diri kau, kau nak burukkan ayah!" marah Faeeq sebelum menerpa kearah Luth.

Dicengkam kuat kolar baju lelaki itu. Luth memaparkan senyuman sinis.

"Eryna Safia.."

Kemarahan Faeeq semakin membara apabila Luth menyebut nama Eryna.

"Isteri kau kan? Tahniah Faeeq, dah besar panjang dah kau," ucap Luth ikhlas. Tipulah kalau dia kata dirinya tidak rindu Faeeq dan Aisha.

Faeeq perlahan-lahan melepaskan cengkaman di kolar Luth. "Baliklah Luth. Ibu rindukan kau sangat-sangat."

ujar Faeeq perlahan. Dirinya tertunduk. Air matanya sedaya upaya ditahan.

Luth mengeluar sebilah pisau rambo. "Aku dah tak kisah pasal keluarga kita. Kalau boleh, aku taknak berbin kan nama lelaki tak guna tu!"

Teriak Luth sebelum menyerang Faeeq. Faeeq dengan segera mengeluarkan pisaunya lalu mereka bergaduhan.

"Jijik sangat ke ayah dekat kau Luth! Takde dia, kau takde kat dunia ni!" marah Faeeq. Sedaya upaya dia cuba mengelak dari serangan Luth yang amat laju dan cekap.

zzas! zzas!

Dua serangan dari Luth berjaya membuatkan Faeeq tertunduk.

Faeeq menekup perutnya sebelum memandang tangannya yang sudah berdarah akibat tusukan daripada Luth.

"Huh, kau dah masuk pasukan elit. Kau masih lemah macam dulu? Ketua jenis apa kau ni Faeeq?"

soal Luth sinis. Faeeq memandang abangnya dengan tajam. Dia akui, Luth masih kuat dari dulu sehingga kini.

"Lawan Faeeq, make me your real enemy. Kau tetap nak anggap aku macam abang kau?"

Air mata Faeeq mengalir. Abangnya betul-betul sudah tawar hati dengan keluarga sendiri.

Pisau rambo digenggam erat. Luth memaparkan senyuman sebelum berada dalam posisi.

Faeeq terus menerpa kearah Luth sebelum dia menikam tepat kearah dada Luth. Terbuntang biji mata Faeeq apabila Luth tidak mengelak serangannya.

Faeeq memandang wajah Luth tidak percaya. Baru sahaja dia hendak menarik pisau itu, Luth menahan.

"Aku taknak hidup, Faeeq."

Iris mata coklat cair Faeeq dan Luth bertemu. Air mata Faeeq mengalir dengan deras diusap lembut Luth.

"Isha.. Kau tak fikir pasal Isha ke Luth?" soal Faeeq teresak-esak. Dia terlalu merindukan hubungan mereka tiga beradik.

Lagi pula Farisha masih muda apabila Luth meninggalkan keluarga mereka.

Luth terbatuk darah. Lelaki itu hanya mampu tersenyum sebelum menepuk perlahan tangan Faeeq.

"Jagakan keluarga kita dan Eryna untuk aku."

kata Luth sebelum dia meleraikan tikaman Faeeq dan membiarkan dirinya terjatuh ke dalam lautan yang luas itu.

"Luth!"

dush!

Belum sempat Faeeq mencapai tangan Luth, dirinya telah terhempas ke dasar laut.

Faeeq terpana. Dia melihat abang kandungnya mati dengan mata kepalanya sendiri.

"Luth.. Aku minta maaf.."

Arman yang mendengar perbualan mereka terpana. Nasib baik talian Faeeq kini hanya berhubung dengan dirinya.

Arman juga kenal Luth Emran. Seorang jejaka yang sangat tegas ketika melatih dirinya dan Faeeq.

Tetapi Arman tahu jauh di sudut hati Luth, dia masih sayangkan keluarganya termasuklah Encik Khairul.

"Luth.."

'. '. '. '.

"Fuh besar juga rumah korang ni ye. Aku macam jaga anak 10 la mengemas rumah korang,"

omel Nadrah sambil mengurut bahunya perlahan. Hawa di sebelah mengangguk.

Eryna tersenyum, sejak dua menjak ni dia memang suka mengemas entah kenapa. Di ajak dua rakannya untuk mengemas juga.

"Terima kasih korang, maaflah ajak mengemas. Lately ni aku nak mengemas aje, rasa syok dan tak letih!"

Eryna dengan teruja berkata. Hawa dan Nadrah memandang Eryna tidak percaya.

"Tak letih? Kau gila ke apa Eryn!" teriak Hawa.

"Eryn kau minum ubat gegat eh. Kenapa tiba-tiba boleh kata mengemas rumah 2 tingkat tak penat?" soal Nadrah pula.

"Lagi pun kau tak pernah rajin macam ni, kau kena sampuk hantu mana ni?" Nadrah menggeleng kepala.

Eryna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Sejak dua menjak ketika tiada keberadaan Faeeq dia jadi semakin rajin.

"Entahlah. Aku rasa pelik juga dengan diri aku ni," ucap Eryna perlahan.

"Entah-entah kau pregnant kot!"

"HAH APA?!"

'. '. '. '.
Chapter 16 is up! Banyak kisah Faeeq untuk chapter ni. Apapun, Selamat bercuti semua! ❤️

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now