∞ 3 ∞

5.6K 392 32
                                    

:: Semanis Cinta. ::

'. '. '. '

Eryna melihat pantulan dirinya di cermin. Gadis itu berasa agak gementar menanti panggilan dari rakan baiknya, Nawal Suraya.

Kerana mereka kekangan masa, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk terus melangsungkan hari pertunangan.

knock knock

Eryna menoleh kearah gerangan yang mengetuk pintu biliknya. Puan Halida tersenyum.

"Jom turun? Keluarga lelaki dah sampai," ajak Puan Halida. Eryna memaparkan senyuman nipis sebelum mengangguk.

Eryna diiringi Puan Halida turun ke pelamin mini mereka. Kelihatan Puan Fatimah tersenyum melihat kelibat Eryna yang cantik mengenakan jubah berwarna peach bersama tudung shawl.

Eryna duduk di pelamin mini yang dibuat sendiri oleh Puan Halida. Kalau bab-bab ni memang Puan Halida memang power.

Puan Fatimah mengambil tempat di sebelah Eryna sebelum membuka sekotak cincin berlian.

Eryna terus disarungkan cincin oleh Puan Fatimah dan mereka terus bersalaman.

Ramai saudara terdekat yang dijemput. Majlis juga dibuat kecil-kecilan di rumah Eryna.

"Faeeq mana Isha?" soal Puan Fatimah. Mencari kelibat anak lelakinya. Isha mengangkat bahu tanda tidak tahu.

Puan Fatimah mengeluh, baru sahaja dia hendak bangun dari duduknya Eryna menghalang.

"Biar saya carikan dia ya Aunty. Aunty duduk je," pinta Eryna. Puan Fatimah menepuk lengannya perlahan.

"Panggil ibu je Eryn. Kamu akan jadi menantu ibu juga nanti," kata Puan Fatimah. Eryn mengangguk sebelum meminta diri untuk mencari Faeeq.

Encik Zamir yang sedang duduk bersama Encik Khairul menoleh kearah Eryna yang seperti mencari seseorang.

Encik Khairul menyapa Eryna, "Kamu cari siapa Eryn? Cari Faeeq?" Eryna mengangguk.

"Tu ha dia, tengah dukung arnab Kak Miya," kata Encik Zamir pula. Eryna menoleh. Kelihatan seorang lelaki memakai baju melayu putih sedang bermain dengan seekor arnab.

Ini yang Eryna tak suka. Dalam banyak-banyak benda, kenapa benda yang berbulu juga dipegangnya?

Nak taknak Eryna pergi juga kearah Faeeq yang sedang mengusap arnab jirannya itu.

"Assalamualaikum, awak Faeeq?"

"Waalaikumuss-" terkelu Faeeq apabila dia menoleh melihat Eryna yang cantik berjubah.

"Waalaikumussalam.. Ya.. Saya Faeeq," kata Faeeq sebelum lelaki berdehem menghilangkan rasa debaran di dada.

"Jom masuk tangkap gambar, ibu dah panggil," kata Eryna. Faeeq mengangguk sebelum menyerahkan arnab itu kepada Eryna membuatkan gadis kebelakang.

"Kenapa? Minta tolong pegang je," kata Faeeq sebelum mendekati Eryna bersama arnab ditangannya.

"Letaklah rumah sebelah, tu rumah tuan dia. Saya alergik benda berbulu!" kata Eryna. Hidungnya sudah mula gatal.

Faeeq mengangguk sebelum mencampak arnab itu ke rumah sebelah. "Ha dah. Jom,"

ajak Faeeq. Eryna sudah terbersin beberapa kali. "Haih habislah aku," kata Eryna perlahan.

Dapat suami yang sukakan binatang berbulu!

'. '. '. '

"Nama?"

"Eryna Sofia binti Zamir,"

"Umur?"

"25 tahun,"

"Pekerjaan?"

"Pembuat kek. Ada satu kedai sendiri,"

"Tak yang awak tanya saya ni macam tahanan dah kenapa?" soal Eryna memandang lelaki yang berdiri disebelahnya tidak puas hati.

Letih pula nak mendongak. Tinggi benar bakal suaminya ini.

"Saja je tanya. Kena lah tahu profil bakal isteri. Nama aku, kau dah tahu?" soal Faeeq.

Eryna mengangguk. Matanya tidak lepas memandang kucing yang berada di dalam dakapan Faeeq.

"Boleh letak jauh tak kucing tu? Hidung saya gatal dah ni," adu Eryna sambil menggosok hidungnya.

"Ish, yelah." kata Faeeq sebelum mencampak jauh kucing itu dari mereka.

"Terima kasih," pinta Eryna sedikit lega. Tiba-tiba Faeeq duduk di sebelahnya cuma masih ada jarak.

"Kau, dah ready ke nak kahwin dengan lelaki yang bekerja untuk negara?"

gulp

'. '. '. '
Chapter 3 up! Agak slow sikit maafkan saya 🧎🏻‍♀️

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now