∞ 47 ∞

3.1K 199 38
                                    

'. '. '. '.

"L-Luth?"

Luth menoleh, kelihatan Jeneral Khairul melihat dirinya tidak percaya.

Syed Ifwan tertawa kuat walaupun gusi lelaki itu berdarah teruk akibat tumbukan bertubi Luth.

"Kenapa berhenti? Kau betul-betul hilang dendam kau kat dia?" Syed Ifwan membakar Luth sebelum tersenyum sinis.

"Aku ingatkan kau sekali lagi Syed Ifwan."

Luth mencengkam kolar baju Syed Ifwan.

Walaupun aku berdendam dengan dia, Dia tetap ayah aku! Kau yang macam sial bunuh anak sendiri!" marah Luth.

Syed Ifwan berang apabila Luth menyebut tentang anak lelakinya. "Jangan sebut pasal dia dengan mulut busuk kau!"

Tengking Syed Ifwan sebelum mengacukan pistol pada tepi badan Luth.

Terbeliak biji mata Luth apabila dia terlupa tentang hal itu.

bang! bang!

"Emran!"

Jeneral Khairul terpana. Faeeq dan Eryna yang berjalan keluar sambil dibantu Hawa turut menoleh apabila mendengar jeritan Nadrah.

Aina yang sedang membantu Damia turut terkejut dengan tindakan bapanya.

"Abah! Abah dah gila ke?!" soal Aina tidak percaya.

"Hahaha! Pergi mati! Mati! Mati!!" Syed Ifwan menjerit histeria. Luth memandang lelaki di hadapannya tidak percaya.

Terus Luth melepaskan Syed Ifwan lalu dia terduduk lemah.

"Sekarang, giliran bapa dia pulak," Syed Ifwan tersenyum sinis sambil mengacukan pistol tepat kearah Jeneral Khairul yang melihat Luth terduduk lemah.

"Kau memang patut mati dari dulu lagi Khairul," Syed Ifwan berkata dengan geram.

Jeneral Khairul redha. Jika ini hari terakhirnya sekurang-kurangnya dendam Luth terlunas.

"Selamat tinggal sahabat, Jumpa kat neraka," kata Syed Ifwan sebelum menarik picu.

klik!

Syed Ifwan memandang pistolnya yang sudah kehabisan peluru. Lelaki itu menggeleng laju.

"Cripto now!"

bang!

Headshot.

Aina dan Damia menutup mata apabila melihat Syed Ifwan jatuh rebah ke tanah setelah ditembak tepat pada kepala.

Mereka berdua berpelukan dengan rasa takut.

"Emran!" Nadrah segera berlari kearah Luth. Hendak dipegang si tunang, tidak boleh kerana masih haram.

"Luth.." Jeneral Khairul meletakkan kepala Luth diatas pehanya. Rambut anak sulungnya diusap perlahan.

Air mata Jeneral Khairul mengalir apabila Luth tidak lepas memandang dirinya.

Faeeq, Eryna, Arman, Hawa dan Jeneral Hisham turut berlari kearah mereka.

"A-Ayah.."

"Ayah.. Luth nak balik.." kata Luth perlahan. Faeeq segera membuka jaketnya lalu menekup luka di badan Luth.

Jeneral Khairul mengangguk perlahan. "Ayah tahu Luth.. Ayah pun nak kamu balik rumah kita.."

Nadrah menangis teresak-esak di dalam dakapan Hawa serta ditenang kan oleh Eryna.

Jangan risau semua Eryna dah sedar dari lamunan dia.

"Luth minta maaf ayah.. Luth cuma rindukan ayah.." air mata Luth mengalir.

"Luth tak tahu kalau Luth masih boleh hidup ke tak lepas ni," Senyuman lemah terukir di bibir Luth.

"Kau cakap apa ni Luth? Kau tak kesiankan kat kitaorang? Kat ayah? Kat ibu? Kat Isha? Nadrah, tunang kau? Kau kena hidup Luth!"

marah Faeeq. Tangan abangnya itu digenggam erat. Sungguh, dia tidak mahu kehilangan abang dia buat kali kedua.

"Ambulans sampai lagi berapa minit?" soal Jeneral Hisham kepada Sky.

"Lagi 10 minit Tuan. Dua suspek yang dah ditahan akan dibawa ke balai polis untuk siasatan,"

kata Sky. Jeneral Hisham mengangguk.

Tiba-tiba Luth terbatuk darah di dalam pelukan Jeneral Khairul sebelum dia mengerang kesakitan.

"Nadrah.." panggil Luth perlahan. Dia harus meminta maaf pada tunang nya sebelum terlambat.

Nadrah menoleh, dia terus duduk bersebelahan Luth.

Luth memandang wajah Nadrah yang dipenuhi air mata itu. "Saya minta maaf.."

Nadrah geleng. "Kenapa awak nak minta maaf? Esok awak boleh minta maaf lagi,"

Nadrah memarahi Luth. Luth tertawa perlahan walaupun dalam kesakitan.

"Saya takut saya tak sempat.."

"J-janganlah cakap macam tu Emran!"

Nadrah menggeleng kepala. Air mata gadis itu mengalir dengan deras. Dia tahu bahawa Luth tidak sempat menjadi suami nya.

"Jaga diri awak untuk saya boleh? Cari suami yang lagi baik dari saya. Yang mampu jaga dan sayang awak. Janji ya?"

Nadrah perlahan-lahan angguk.  Luth tersenyum sebelum memejam matanya perlahan.

"Good. Terima kasih awak." ujar Luth lembut. Dahinya berkerut menahan sakit yang semakin menjadi-jadi.

"Simpan tenaga kamu Luth. Jangan cakap apa-apa. Ayah tak sempat nak minta maaf dengan kamu lagi.."

Luth tersenyum, tangan kanan lelaki itu mencapai tangan Jeneral Khairul yang memeluk dirinya yang sedang terbaring.

"Luth maafkan ayah.." kata Luth perlahan. Jujur dia tidak larat lagi untuk bertahan.

"Ayah jangan rasa serba salah lagi tau?" pujuk Luth lembut. Jeneral Khairul mengangguk perlahan.

"Dahlah Luth! Ambulans dah nak sampai dah! Kau jangan mati Luth! Kau mati siap kau!" marah Arman sehingga dirinya ditampar kuat Hawa.

"Terima kasih semua. Terima kasih kat Faeeq sebab tolong Luth jumpa ayah, walaupun sekejap."

Faeeq tersenyum nipis. Dia harus redha dengan takdir yang sudah tertulis.

Perlahan-lahan pegangan tangan Luth longgar. Nadrah terus ditarik ke dalam pelukan.

"Innalillahiwainnailaihirojiun.." ucap Eryna perlahan. Dia mengusap lembut kepala Nadrah menenangkan gadis itu. Air mata tidak henti mengalir.

Jeneral Khairul mencium lembut dahi Luth. Air matanya mengalir dengan deras.

"Emran!"

"Emran dah takde!" teriak Nadrah di dalam pelukan Eryna. Hawa menekup mulutnya. Jujur dia juga terpana dengan pemergian Luth.

Air mata Arman mengalir dengan deras namun cepat-cepat diseka lelaki itu.

Faeeq menunduk tangannya tidak lepas menggengam tangan Luth walaupun dia tahu abangnya sudah tinggalkan mereka.

"Rehatlah. Aku tahu kau penat Luth. Kau layak bahagia sekarang."

'. '. '. '.
Chapter 47! Ehehehe.

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now