Take #5 (Re-write Ver.)

212 24 0
                                    

Fly High Company, Level 6 - Pejabat Maria

"Selamat pagi Cik Maria. Saya Hurul Iman. From now on, I'm your new dietician. Happy to work with you."

Kata-kata Hui disambut dengan tawa sinis dari Maria.

"Happy? Are you sure?" soal Maria sambil memandang Hui dengan sebelah keningnya diangkat.

Sengaja dia menyoal sebab dia yakin, tiada siapa yang gembira bekerja sebagai dietician atau nutrionist untuknya. Sebut sahaja 'Maria Anne', gerenti mereka angkat bendera putih. Jadi mustahil lelaki ini tidak mendengar sebarang cerita tentangnya.

"Ha?" Hui jadi pelik dengan soalan Maria.

"Nevermind. Sila duduk." Maria berkata sambil menunjuk ke arah sofa di dalam biliknya ini.

Hui berjalan menuju ke arah set sofa kulit bewarna hitam di dalam bilik itu. Maria berdiri dari kerusinya dan turut berjalan menuju ke arah set sofa itu. Kemudian diikuti oleh Fiffy.

"Macam ni ya Encik Nurul Iman-"

"HU. RUL. Hurul Iman. Nama saya. Tapi orang panggil saya Hui je. Lebih pendek dan senang." Hui memotong kata-kata Maria dengan membetulkan namanya.

"Ya whatever. Itu tak penting. Yang penting ini." Maria meletakkan sekeping cek kosong di hadapan Hui.

Hui memandang Maria dengan tanda tanya.

"Let's make this easy for both of us. Awak tulis any amount yang awak nak, saya akan bayar. In exchange, I want you to submit your resignation letter ASAP." Maria membuat tawaran.

Hui diam berfikir kemudian dia berkata;

"Dietician dan nutritionist yang lain pun cik offer benda yang sama juga ke?" soal Hui.

"Nope. Ni kali pertama. Like I said, this time, I want to make things easier for both of us. Saya yakin awak mesti dah dengar cerita dari ex-dietician dan juga ex-nutrionist saya. It's a very unpleasant working experience I must say." Maria berkata kemudian bersandar pada sofa. Dia memerhati gerak geri Hui.

Hui berbelah bahagi sebenarnya. Setiap keputusannya ada pros and cons.

Yang pertama, pros: Terima cek Maria dan dia boleh langsaikan hutang-hutang tertunggaknya. Cons: Bayaran ini sekali sahaja.

Yang kedua, pros: kekal kerja dengan Maria Anne, tambah gaji dari hospital dan Puan Farhani, dia tidak perlu lagi berfikir tentang bayaran bulanan. Cons: kerja dengan Maria Anne.

Hui memandang Maria Anne.

Huh dia ni memang sama macam rumours yang aku dengar. Hidung tinggi! Desis Hui.

"Awak boleh ambil cek tu dan fikir kat rumah baik-baik nombor berapa yang awak nak letak. Then, I'm off for a meeting."

+++

"Saya baru teringat nak tanya. Apa jadi pada restoran tu lepas news break out yang saya collapsed kat situ?" soal Maria saat dia dan Fiffy berjalan menuju ke lif selepas keluar dari pejabatnya.

"Saya expect yang restoran tu akan kena bashed tapi supprisingly, kata Bad, sejak Cik Maria datang makan kat situ, restoran sentiasa full. Even on workday." Cerita Fiffy penuh semangat.

Maria ketawa kecil. Mereka sudah di lif dan Fiffy menekan butang untuk turun.

"Aih my fan had done it again." kata Maria sambil tersenyum.

"Cik Maria kan 'Witch With Midas Hands'. Ini perkara biasa." Usik Fiffy dan mereka berdua ketawa.

'Witch With Midas Hands' adalah gelaran khas untuk Maria di mana apa sahaja yang dia beli, endorse atau pilih semuanya akan sold-out dalam tempoh masa yang singkat. Bukan itu sahaja. Sesiapa sahaja yang menjadi pilihan Maria, orang tersebut akan menemui kejayaan. Contohnya Rion dan anggota Sirius. Kedua-duanya adalah artis yang stabil membina nama di dalam dan di luar negara. Even tempat yang menjadi lawatan Maria pun akan menjadi tumpuan. Walaupun dengan imej 'Villainness' dan cerita sensasi yang menjadi muka depan majalah hiburan, fanbase Maria tetap utuh lagi kukuh.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now