Take #28

102 14 0
                                    

"Mister, don't you think this dress is too short? It's above my knees."

"Nah it's perfect sweetie. Everyone's wearing it. Tengok, Emma pun pakai dress yang sama."

"But mister, kalau saya nak pakai legging boleh? Saya rasa tak selesa. It barely cover my thigh."

"Oh Maria, what are you saying? Kita dah deal dengan client untuk adakan photoshoot dengan dress ni. Plus, don't you say you want to prove to your parents about the path you choose? Don't worry Maria. It's all part of the process."

"....Baik mister."

"Not 'mister'. It's 'master' sweetie."

+++

Mata Maria terbuka dan laju dia berlari ke bilik air.

"Uwek! Uwek!"

Habis segala isi perutnya keluar namun tekaknya masih terasa loya. Maria terduduk di lantai. Badannya menggigil dan peluh merecik di dahinya.

"Maria, smile for the camera."

Maria menekup kedua telinga.

"Maria, I'll make you into the brightest star."

Maria menarik rambutnya. Matanya dipejam erat. Sesekali dia menggeleng kepalanya seolah-olah mahu membuang suara manusia yang kembali hadir di telinga, terngiang-ngiang seperti manusia itu berada di depannya.

"What's wrong Maria? You know I love you the most don't you?"

"ARGH!!!! PERGI! PERGI! PERGI!!!!!!"

+++

Studio

"Cik Maria, ni makanan tengah hari. Saya letak kat sini." kata Fiffy pada Maria yang sedang berbaring di sofa.

"Okay." Jawab Maria sepatah tanpa menoleh ke arah Fiffy. Fiffy meletakkan bungkusan makanan itu di meja. Mahu dia bertanya apa yang ada di fikiran Maria namun dia memilih untuk diam. Dia kemudian keluar dari bilik rehat ini.

Maria kembali sendirian di bilik itu.

S###! Dah tiga hari aku tak boleh tidur. Ni dah masuk hari ke empat.

Setiap kali Maria pejam mata, memori hitam kembali menghantuinya. Wajah dia, suara dia, semua yang jadi waktu itu, semuanya terasa seperti baru berlaku.

"Aku tak bermaksud nak sorok berita ni dari kau Maria. Aku pun baru tahu yang dia dah keluar penjara." Rex menjelaskan dirinya pada malam dia dan Theo kantoi bercakap tentang lelaki itu.

"Jadi apa yang kau dapat hasil buat siasatan tanpa arahan aku?" soal Maria. Nadanya dingin.

"Dia yang tukar chicken finger dengan isi ketam malam tu." jawab Theo.

Maria kemudian ketawa seperti orang hilang akal.

"Ha ha ha ha. Dia baru keluar penjara and go straight trying to kill me? That bastard!"

Dan malam itu dia memandu pulang ke rumah. Terbatal niatnya mahu bermalam di villa.

Sebab kini, hilang cerita tentang stalker, muncul pula benda lain. Sepanjang malam itu, setiap kali matanya mahu pejam, dia kembali sedar oleh memori yang dia cuba kuburkan. Mimpi dan realiti yang semakin sukar untuk dia bezakan membuatkan mata Maria tidak boleh lagi tertutup.

Aku mengantuk tapi mata aku tak boleh nak pejam. Ugh! Should I take sleeping pill again?

Maria mencapai telefon dan menekan nombor Brian. Brian menjawab.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now