Take #11 (Re-Write Ver.)

187 24 0
                                    

SHADOW HQ Villa (In the middle of nowhere)

SHADOW - secret team yang ditubuhkan oleh Maria sekitar 5 tahun yang lalu. Dianggotai oleh Rex, Freya, Jiro, Brian dan Theo. Masing-masing ada peranan masing-masing dan bersedia menerima apa sahaja arahan dari Maria. The most loyal unit to Maria.

Dan mereka berlima tinggal di villa yang Maria bina di tanah peribadi miliknya, di tengah-tengah hutan. Tiada siapa boleh masuk ke kawasan ini. Hanya mereka berlima dan Maria yang ada akses ke villa ini. Secure and private.

"Wah bos. Nama bos hot topic eh hari ni." kata Rex sambil tangannya laju mengetik papan kekuncinya.

"Just do your work Rex." Balas Maria. Dia duduk di sebuah kerusi di dalam bilik computer yang dikhaskan untuk Rex. Bilik yang dilengkapi dengan pelbagai alatan canggih dan juga skrin computer yang masing-masing memaparkan nombor dan huruf yang Maria sendiri tak faham. Apa yang dia mahu sekarang ni adalah background wanita yang menamparnya di cafe tadi siang.

"Bos, your tea." Freya datang bersama secawan teh untuk Maria.

"Thank you." Maria menyambut huluran cawan tersebut dan menghirupnya. Dahinya berkerut saat air panas itu mengenai luka di hujung bibirnya.

"Should I change that band-aid for you?" soal Freya.

"No need. You can continue your work." kata Maria dan Freya mengangguk sebelum dia pergi meninggalkan bilik itu.

Maria kembali memandang belakang Rex yang kelihatan sibuk itu.

"Voila!" Rex berpusing dan menolak kerusinya agar tidak menghalangi skrin computer. Maria berdiri dan mendekati.

"Aillyn Che, 25 tahun. Kerani di sebuah private company." Kata Rex.

Maria memandang maklumat am tentang wanita yang menamparnya tadi siang.

"But that's not the only thing about her." sambung Rex dan menekan butang 'next' di komputernya.

Serta merta terpapar beberapa gambar yang menunjukkan Aillyn keluar masuk dari sebuah hotel dan diekori oleh seorang lelaki yang sama tidak jauh darinya. Ada juga gambar mereka berdua di restoran dan juga di golf club.

"She's the secret mistress to her bestfriend's husband. Oh no. Actually, she's the second wife."

Mendengar sambungan kata-kata Rex buat Maria senyum penuh makna.

"Let me guess. Her bestfriend is the one that are with her at the scene?"

Rex memetik jarinya. "Bingo!"

Makin lebar senyuman Maria.

"Jadi bos nak kami buat apa dengan maklumat ni?" soalan Theo yang tiba-tiba itu buat Rex dan Maria terkejut.

"Theo, aku tahu specialty kau adalah invisibility tapi tolonglah bagi salam bila masuk!" kata Rex dengan nada geram.

Theo buat tidak endah dengan kata-kata Rex. Dia menanti jawapan Maria.

"Hmm kita kena tolong orang yang clueless. So send this to the best friend. Pack it nicely and drop by her front door."

+++

Fly High HQ, Level 6 - Pejabat Maria

Pintu lif terbuka. Fiffy dan Hui keluar. Hui naik bersama troli berisi sarapan untuk Maria.

"Morning Ahnaf! Cik Maria ada?" sapa Fiffy ceria.

"Morning Fif! Ada. Awal dia sampai hari ni." ulas Ahnaf.

"Oh ya?" Fiffy terasa agak pelik sebab hari ini hari Isnin, hari di mana Maria biasanya masuk lambat.

Tapi apa-apa pun, dia ada dia berita penting yang dia perlu disampaikan pada Maria. Dia membuka pintu bilik Maria dan langkahnya mati.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now