Take #41

107 17 2
                                    

"MULAI HARI INI, KAU BUKAN ANAK AKU! JANGAN SESEKALI KAU JEJAK KAKI KE TANAH AKU! BERAMBUS KAU DARI SINI!"

Di dalam hujan lebat dan petir yang sabung menyabung itu, dua beranak dihumban ke tanah. Lekas si ibu memeluk anaknya yang masih kecil itu erat, melindungi dari dibasahi air hujan.

"Kau ambil beg kau ni. Pergi! Aku tak nak tengok muka kau depan aku."

Serentak dengan itu, satu beg dipenuhi pakaian dicampak didepannya. Zip yang tidak kemas itu menyebabkan baju-bajunya berterabur ke tanah, basah. Dia laju mengutip baju tersebut dan memasukkannya kembali ke dalam beg.

"Korang semua ingat ni ya. Ini balasan pada orang yang lawan cakap aku. Dan kalau aku dapat tahu ada di antara korang semua yang berhubung dengan dia lepas ni, aku akan buang korang macam aku buang dia!"

Dan pintu rumah agam itu ditutup rapat.

Si ibu perlahan bangun dan mendukung anaknya yang masih kecil dan tidak mengerti apa-apa itu pergi dari perkarangan rumah agam itu.

"Ibu, kita nak pergi mana ni?" soalnya polos sambil dia memayungi kepala ibunya dengan tangan kecil itu.

Air mata si ibu mengalir bersama air hujan yang membasahi wajahnya. Dia mengukir senyum.

"Mulai hari ini, ibu ada Hurul sorang je. Hurul jangan tinggalkan ibu tau."

Dia menguncup dahi anaknya ini.

+++

"IBU!"

Hui terjaga dari tidurnya. Memori yang selama ini terkubur tiba-tiba kembali. Dia duduk di katil dan meraup wajahnya.

Ya Allah, kau ampunilah dosa ibuku.

+++

Maria berpusing sekejap ke kiri, sekejap ke kanan. Resah dia di atas katil tak boleh tidur. Bukan sebab dia di tempat baru tapi sebab insomnia. Dia meraba ke dalam begnya namun hampa. Dalam kekalutan semalam, dia tertinggal ubat tidurnya. Penyudahnya dia bangun dari katil dan keluar menuju ke dapur. Mungkin secawan teh panas dapat melelapkan matanya walaupun dia yakin, minumlah apa sekalipun, dia tetap tidak boleh tidur. Seperti malam-malam yang lain.

Dia melangkah keluar dan dia terdengar suara alunan bacaan al-quran dari arah ruang tamu. Perlahan dia melangkah mendekati ruang tamu yang terang benderang itu. Sebaik dia sampai, dia melihat Hui sedang membaca Yasin di atas sejadah. Sepertinya Hui mengaji setelah dia selesai solat. Maria memandang jam dinding.

3.30 pagi. Solat tahajjud kot.

+++

"Sadaqallahhul 'azim." Hui menyudahi bacaan Yasin dan membaca doa.

Dia melipat sejadah dan baru dia mahu berpusing untuk kembali ke biliknya, dia dikejutkan dengan Maria yang sedang duduk di sofa. Beristighfar panjang Hui.

"Kau nak teh?" tawar Maria dengan wajah selamba sambil menghulurkan secawan teh kearahnya.

"Terima kasih." Hui menyambut huluran cawan tersebut. "Did I wake you up?"

Maria menggeleng.

Hui kemudian mengambil tempat di sebelah Maria. Mereka berdua memandang kearah televisyen yang gelap sambil menghirup teh dari cawan masing-masing. Suasana sepi namun bagi Maria, dia rasa tenang. Segala suara yang mengganggu fikirannya tadi terus hilang. Hanya ketenangan yang dirasainya saat ini.

"Kenapa kau tak tidur lagi?" soal Hui memecah sepi. Dia meletakkan cawannya di atas meja kopi yang berada di depan mereka.

"Macam biasa. Aku tak boleh tidur. So I thought, drinking warm tea would help." Jawab Maria. Dia juga turut meletakkan cawan di atas meja itu.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now