Take #56

114 12 4
                                    

Script Reading, Fly High Indoor Filming Studio

+++

Scene: Edd menyediakan makanan pagi untuk Vivian untuk pertama kali selepas dia dilantik.

Vivian: Nasi lemak sambal udang?

Edd mengangguk.

Vivian: Kau nak bunuh aku? Aku allergic seafood. Tukar makanan lain.

Edd keluar dan kembali dengan sepinggan nasi goreng cina. Vivian memandang pinggan itu dengan pandangan kosong.

Vivian: Tak pedas kan? Tak nak. Tukar.

Edd keluar dan kembali dengan nasi goreng cili api. Vivian memandang pinggan sekilas kemudian memandang Edd.

Vivian: Tak ada telur mata. Aku nak telur mata.

Edd keluar dan kembali dengan terlur mata. Vivian mengambil sudu dan memecahkan telur kuning. Dia mengeluh.

Vivian: Aku nak telur separuh masak. Pergi buat semula.

Edd turun ke dapur dan kembali semula ke pejabat apabila Vivian tidak lagi berada di kerusi.

Zara: Awak cari bos ke?

Edd: Haah. Dia kemana? Makanan tak berusik pun ni.

Zara: Dia dah keluar. Ada meeting pagi ni.

Edd menarik nafas dalam, menenangkan dirinya.

Edd: *monologue* Tenang Edd, tenang. Dia majikan. Kau tak bolah buat apa-apa- Wait! Yang bayar gaji aku bukan dia. Tapi mak dia. Dan Ma'am dah bagi izin untuk aku buat apa je asalkan dia makan cukup 3 kali sehari... Then... *Edd senyum dengan idea yang muncul di kepalanya.*

+++

Habis sahaja sesi baca skrip pagi itu, Maria bersandar di kerusi sambil memicit batang hidungnya. Sepanjang sesi tadi, dia rasa seperti apa yang dia lalu sebelum ini dilakonkan semula dengan sedikit variasi. Dia macam sama tapi tak serupa.

Gosh, aku rasa macam dejavu!

Maria masih di kerusinya saat pelakon dan staf lain beransur pulang. Alex sudah kembali ke tingkat Fly High Entertainment. Dia kembali untuk kelas vocalnya bersama SIRIUS.

"So how was it? It's good kan?" soal Naina ceria. Dia mengambil tempat di sebelah Maria. Maria memandang Naina.

"Jujur dengan saya, dari mana awak dapat idea untuk cerita ni?"

Naina kemudian senyum lebar.

"Hanyu. Dia bagi initial idea dan some of the scene. Menarik kan idea dia? Also, I really like the scene yang Vivian minta Edd tukar almost everything dan end up tak makan anything pun. That's so funny! A perfect start of enemies-to-lover kan?"

Maria ketawa kering.

"Hah ya right."

Siap kau Hanyu! Aku potong gaji kau bulan ni!

+++

Restaurant

"Hahahahaha!" Hui ketawa lepas sebaik dia membaca skrip webdrama Maria. Sampai terkeluar air matanya.

Mereka berdua janji untuk makan malam bersama selepas masing-masing habis kerja. Dan sebaik sampai, Maria terus bercerita tentang skrip '3 Meals A Day' tu.

Maria yang melihat Hui ketawa sakan ni sekadar buat rolled eye.

"Suka ek kau? Kau tahu tak yang the main character tu based on us sebab Hanyu si bertuah tu decide untuk ceritakan apa yang jadi pada Naina?"

Love, Maria AnneOnde histórias criam vida. Descubra agora