Take #45

137 16 4
                                    

Day-12

"Oh sorry. Lupa nak kenalkan diri. You can call me Mr Jayden. So, tell me, how much do you want?" soal Jayden dengan senyuman mesra.

Harith yang seperti sudah dipukau apabila melihat senyuman Mr Jayden menyebut; "RM10 ribu."

"RM10 ribu?" soal Mr Jayden sekali lagi untuk kepastian.

Teragak-agak Harith mengangguk.

Mr Jayden memanggil pembantunya yang berdiri di pintu untuk datang kepadanya. Wanita itu datang mendekat. Mr Jayden berbisik sesuatu dan wanita itu mengangguk faham. Dia kemudian keluar dari bilik itu.

"Don't worry Mr Harith, I'll give you the best interest rate. Saya cuma mahu tolong ma."

+++

Day-10

Fly High Company

"Hari ini Cik Maria ada meeting dengan producer dari Fly High Entertainment berkenaan comeback SIRIUS dan selepas itu Cik Maria dijemput untuk hadir ke majlis makan malam amal anjuran Lou Foundation." Ahnaf membentangkan jadual kerja Maria untuk hari ini selepas Fiffy.

Maria sekadar mengangguk.

"Then what's for breakfast?" soal Maria pada mereka berdua.

"Blueberry pancake and warm latte." Jawab Fiffy.

Maria mengeluh pendek dan membuat isyarat untuk mereka berdua kembali ke tempat masing-masing.

Tidak lama kemudian, telefonnya berdering. Nama Mia naik di skrin. Laju Maria menjawab.

"Hello~" mood Maria yang gloomy tadi bertukar ceria.

"Hello good morning. Maria jom teman aku ke hospital. Anak aku ada monthly check up dan lepas tu apa kata kita brunch sama-sama?" ajak Mia.

"Hospital mana?" soal Maria.

"Hospital yang dekat dengan office kau tu. Aku tak ingatlah nama dia." jawab Mia.

"Okay on! Aku ambil kau kat rumah!" terus Maria bangun dan mencapai beg tangannya.

"Guys, saya keluar ni. If anything, just call okay?"

+++

Hospital

Maria berjalan di sekitar hospital sebaik Mia masuk ke unit pediatrik bersama anaknya. Dia mengenakan cermin mata hitam dan rambutnya pula diikat ekor kuda. Matanya melihat ke kiri dan kanan, kearah semua doktor yang berselisih dengannya. Namun semuanya bukan orang yang dicari-cari.

"Hahahaha. You ni kelakarlah Hui."

Mendengar nama yang sangat familiar ini buat dia mencari dari mana arah datang suara itu. Dia berhenti dan mengintai ke arah lorong di bahagian kanannya - lorong ke bilik X-ray.

Di situ dia nampak Hui sedang berdiri di kaunter sambil berbual mesra dengan tiga orang jururawat yang menjaga kaunter tersebut.

"Betullah. I tak tipu. Lepas tu kan..." Maria dah tak dengar apa yang Hui ceritakan kepada mereka sebab dia focus pada mata mereka bertiga yang dipenuhi dengan love emoji memancar terus kepada Hui.

Hui pula bukan main rancak bercerita. Siap buat gaya apa semua. Melihat Hui yang rancak bercerita, mereka bertiga pun apa lagi, bagi sokongan yang tak berbelah bahagi. Bahagia sungguh ketawanya. Control ayu pun ya, sambil-sambil hantar isyarat flirting dengan Hui.

"Huh seronok ya kau ber haha hihi kat sini?" kata Maria perlahan. Dia menyorok di belakang dinding sambil jadi pemerhati.

Mereka masih rancak bercerita. Kali ini siap bertepuk tampar. Setiap kali ada antara mereka yang ingin menepuk bahu Hui sambil ketawa, setiap kali itu juga terjegil mata Maria.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now