Take #18

136 15 0
                                    

"Kau yakin nak teruskan rancangan kau ni Maria?" soal Hui dari dalam bilik persalinan. Dia on the phone dengan Maria sambil dia menukar pakaiannya.

"Apa-apa pun yang kau cakap sekarang tidak akan dilayan. We need to go through this till the end." Balas Maria.

Hui diam seketika sebelum menyambung;

"Baik bos."

"Call aku semula lepas kau dah siap." Tambah Maria dan panggilan dimatikan.

Hui hanya mampu mengeluh. Dia memandang pantulan dirinya di dalam cermin. Hui yang selama ini hanya berkemeja ataupun bert-shirt sempoi kini sedang memakai tuxedo mewah yang dia sendiri tidak mahu tahu berapa harganya.

Macam mana aku boleh terlibat dalam semua ni...

Knock! Knock!

"Encik Hurul, kalau encik dah siap, terus ke meja solek ya. We need to do your makeup and hair." Suara stylist yang ditugaskan Maria berbunyi dari luar.

"Baik!" balas Hui dan dia kembali memandang wajahnya di cermin.

No matter how much I think, this is all too high level for me!

+++

Sehari sebelum

KING'S Tailor

Langkah Hui mati di depan kedai ini. Kedai yang jelas khusus untuk VIP, bukan rakyat marhaen sepertinya. Hui balik-balik melihat alamat yang dikongsi oleh Maria.

Saat itu juga panggilan dari Maria masuk. Hui menjawab.

"Kau dah sampai ke?" soal Maria.

"Dah tapi memang ini ke tempatnya?" Hui mahukan kepastian.

"Ada lagi ke KING'S Tailor selain dari yang ada depan mata kau tu?" soal Maria sarkastik dan Hui buat rolled eye.

"Anyway, kau masuklah dulu. Sekejap lagi aku sampai." Kata Maria dan talian dimatikan.

Wa- wait! Dia suruh aku cepat tapi dia sendiri pun masih on the way?! Hui geram. Dia menarik nafas dalam menenangkan dirinya.

Apa-apa pun baik aku masuk dulu. Kalau aku masuk sekali dengan Maria kang lain pula jadinya.

Itu apa yang Hui fikirkan tapi dia silap. Saat ini dia rasa masuk sekali dengan Maria adalah jalan yang terbaik kerana sebaik dia masuk ke dalam kedai tadi, semua mata staff tertumpu kepadanya;- menilai dari atas ke bawah. Hui mengambil tempat di sebuah kerusi kosong di dalam kedai itu.

"Hello, may I help you sir?" soal seorang staf yang memakai tag nama Lucy. Dia mendekati Hui namun masih mengekalkan jarak selamat. Bibirnya senyum namun matanya menilai.

Sangat tidak ramah. Desis isi hati Hui.

"Oh yeah. Actually I'm here to meet Maria Anne. I have appointmentment with her but she'll arrive later." Jawab Hui dengan senyuman. Orang 'speaking', kita pun kena 'speaking' juga.

Lucy ketawa sinis.

"Another Maria's crazy fan." Katanya perlahan.

"Apa dia?" Hui rasa ada sesuatu yang Lucy katakan namun tidak berapa jelas di pendengarannya.

"Nothing. But as you can see, dia tiada di sini jadi sila keluar." Lucy berkata sambil menunjuk ke pintu keluar.

"Ya itu saya tahu. That's why I said, I'll wait for her here. Cik boleh sambung kerja cik dan saya tunggu Maria di sini." Hui tidak mahu kalah.

"Sir, please get out or I'll call security." Kali ini nada Lucy penuh ugutan.

Hui ketawa tidak percaya dengan layanan yang diterimanya saat ini. Tapi sebab dia malas nak bergaduh dengan staf ini, dia bangun.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now