Take #24

114 17 0
                                    

"Why did you come here?"

Maria dan Louis kini di sebuah meja yang disediakan di bawah sebuah khemah untuk kru penggambaran. Hanya mereka berdua di situ.

"Sebab I dapat report yang tunang I had gone missing. I just done my part as a loving fiancée." Jawab Louis selamba. Hilang wajah seriousnya tadi, kini bertukar dengan senyuman palsu yang Maria benci.

"Ya regarding that. Did you realize the damage you had done to me since you announced it publicly like that? Dan kenapa you baru muncul hari ni?"

Sejak berita pertunangan mereka menjadi tajuk utama berita Isnin yang lalu, inilah kali pertama Maria bersua muka dengan Louis. Hampir seminggu Louis hilang tanpa berita dan tidak dapat dihubungi. Menurut sumber, Louis ada business trip ke Perancis.

"You tahu tak apa yang I kena hadap sepanjang you tak ada? Wartawan tanya benda yang sama berulang kali, paparazzi follows me around almost everywhere I go and I don't have time to hang out with my boys. Lebih kepada, I cannot go out with them." Maria membebel panjang.

Mendengar kata-kata Maria buat Louis ketawa.

"So that's the real reason huh? Maria, you dah setuju kan untuk be my fiancé and act accordingly. I can't have a fiancée that goes around having scandal here and there." kata Louis sambil membetulkan tali lehernya.

"Pembetulan. Kita tak pernah ada sebarang perbincangan tentang apa yang patut dan tak patut kita buat selama kita dalam hubungan ini. You know I don't do things for free." Maria menyilang kedua tangannya.

Louis kemudian senyum penuh makna.

"That's why I'm here my dear. Apa kata kita mula dengan apa yang you nak bila semua ni berakhir. Tell me anything. I akan tunaikan."

"Anything?" mendengar perkataan kegemarannya buat Maria senyum lebar.

"Yup. Anything." Louis mengangguk.

"Tapi sebelum tu. Bagitahu I the real reason kenapa you terima engagement yang Sir Bastian tetapkan ni tanpa sebarang bantahan. Sebab Louis yang I kenal, he will never ever want anything to do with me. I know how much you hate me, Louis Aryan." Maria berkata kemudian mengangkat sebelah keningnya.

Louis senyum sinis. "Ya. I hate you so much but..."

Louis memandang Maria tepat kedalam anak matanya.

"Only you can help me, Maria. I need you."

+++

Fiffy, Ahnaf dan Hui duduk di sebuah meja jauh dari meja Maria dan Louis tapi cukup untuk mereka melihat jelas Maria dan Louis yang sedang berbual.

"Dia datang dengan apa Ahnaf? Mustahil dengan kereta sebab kalau naik kereta, mesti dia dah perasan kami yang tersadai kat tepi jalan tu." kata Fiffy merujuk kepada Louis dan Zaiq. Sedang Louis dan Maria berbual, Zaiq berdiri tidak jauh dari mereka, seperti butler yang sedang mengawasi young master.

"Naik helicopter. Tak sampai sejam lepas aku call dia, tiba-tiba kitorang dengar bunyi helicopter. Rupa-rupanya dia." Aku tak expect dia datang secepat itu. Dia tak sibuk ke hari ini? Ahnaf memandang Louis tajam. Ya, memang dia yang menelefon Louis bertanya tentang Maria tapi tak sangka Louis sendiri yang datang ke lokasi ini.

"Entah-entah diorang memang secretly in love with each other kan? Sebab tu dia sanggup tinggal kerja dia dan sepantas kilat datang sini. Like a prince charming on a white horse. How sweet!"

"Tak!" "Mustahil!" serentak Ahnaf dan Hui berkata, menyangkal kata-kata Fiffy. Mereka berpandangan sesama sendiri kemudian kembali diam.

"Anyway, they are far from loving each other. Aku tak boleh cerita lebih tapi kau kena tahu yang antara mereka, no romantic feeling involved whatsoever." Ahnaf berkata tegas kemudian dia berdiri untuk pergi.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now