Take #26

84 12 0
                                    

Hospital

Unit Kecemasan

"Question: is it possible to develop feelings for someone that always ignore you? Or someone that never notice you?" soal Hui tiba-tiba saat dia datang melawat a.k.a menyibuk di unit kecemasan pada Emir yang sedang menulis sesuatu di rekod pesakit. Hui berada di hospital kerana dia ada dua appointment dengan pesakit hari ini. Selesai kerja di sini barulah dia akan melawat ibunya.

Emir menyudahkan penulisannya kemudian menghulurkan rekod tersebut pada seorang jururawat yang sedang menunggu.

"Kau suka someone?" soal Emir dan Hui menggeleng.

"Nah not me. Ni soalan dari kawan pada kawan aku."

"Hmm... kau pernah tak ada crush pada someone yang kau tak kenal contohnya macam budak kelas sebelah atau a girl that you always met on bus sebab korang ambil bas yang sama untuk ke kelas?" soal Emir kembali.

"That's a very specific example but ya. Pernah."

"But then, even kau tak kenal dia, kau still rasa jealous kan bila kau nampak dia interact with other guy?"

"Haah! Ya betul-betul!" Hui mengangguk laju kali ini.

"Then it means that you only have a small crush on her. Don't worry. That kind of affection will only last for 3 months then it'll gone." Jawapan Emir buat Hui berfikir dalam.

"Habis tu... apa jadi kalau that feeling doesn't go even after 3 months?"

Mendengar soalan Hui buat Emir senyum.

"Then congratulations! You have fallen in love!" Emir menepuk bahu Hui.

"Ha?! Fall in love? With her? Mengarut!" Hui beria menidakkan kata-kata Emir.

"Yang kau beria in denial dah kenapa? Kau cakap tu situasi kawan pada kawan kau. Or....it's actually about you?" Emir memandang Hui tajam, mencari jawapan.

"Eyyy bukan aku. Aku tak ada masa untuk semua tu." Hui menyangkal sangkaan Emir.

"Oh aku ingat-" "Doktor! Ada mangsa kemalangan on the way."

Kata-kata Emir dipotong oleh seorang jururawat.

"Baik." Emir berdiri dari kerusi dan mencapai alatan yang patut. Hui mengambil ini sebagai tanda untuk dia kembali ke biliknya dan bersedia untuk bertemu pesakitnya sebentar lagi. Hui turut berdiri.

"Tapi Hui, don't deny your feeling. The more you deny, the stronger it become."

"Ini bukan tentang akulah Emir."

"Ha yelah. Kawan pada kawan kau? Jangan nak tipu. Aku sorang je kawan yang kau ada." itu kata-kata Emir dan dia menghilang di antara jururawat dan petugas yang sedang bersiap sedia untuk menerima mangsa kemalangan yang bakal tiba.

Ouchie! Aku memang tak boleh nak tipu kau kan, Emir? Huh!

+++

SHADOW HQ Villa

"Ack! NO! NO! ARGHHH!!!!"

"Hoyeah! Aku menang lagi!"

Brian menari kegembiraan di ruang tamu. Rex pula dah menonggeng frust di sofa. Untuk kali ke lima dia kalah dengan Brian dalam game Mario Kart.

"Kita main game lain! Kali ini aku yakin aku akan menang!" Rex sekali lagi cabar Brian.

"Okay. Then kau pilihlah game yang kau nak. I will win it all." Brian menyahut cabaran Rex.

"Tak habis-habis dengan game." Kata Freya saat dia lalu di ruang tamu untuk ke dapur. Hari sudah petang dan tiba masa untuk dia masak makan malam.

"You should play some game too Miss Lawyer. You are too stiff sometimes." Kata Brian kemudian disambut oleh tawa dari Rex.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now