Take #46

128 15 5
                                    

Day-9

RING!

RING!

RING!

Telefon Hoon berdering tanpa henti dan mengganggu lenanya. Dengan mata separuh terbuka dia mencari telefonnya.

Nama Zakri tertera di skrin dan dia menekan butang accept.

"Hel-"

"CHECK NOMBOR HARI NI! KITA KAYA WEI! KITA KAYA!" teriakan Zakri buat Hoon yang tadinya mengantuk terus segar.

Hampir jatuh dia turun dari katil dan terus mencapai pouch bagnya dan mencari kertas nombor yang dibelinya dengan Zakri tempoh hari. Talian tadi sudah dimatikan dan Hoon segera membuka laman web untuk menyemak nombor bertuah hari ini.

"GRAND PRIZE - RM 1 JUTA

-4413-

ANNIVERSARY SPECIAL PRIZE - RM 1 JUTA

-4040- "

Mulut Hoon ternganga. Kedua-dua nombor tersebut adalah nombor dia dan juga Zakri. Dia kembali mendail nombor Zakri.

"Sekarang kita nak kena buat apa?" soal Hoon. Sungguh inilah kali pertama nombor yang dibelinya mengena. Selama ini tak pernah mengena walaupun dengan nilai yang sedikit. Kali ini mengena dan grand prize pula tu! Jadi saat ini kepalanya kosong.

"Get dressed and let's claim our money!"

+++

Day-8

KLIA

"Hello Saiful! Dapat tak duit yang aku transfer tu?" soal Zakri sambil dia menarik bagasinya menuju ke gate perlepasan.

Sebaik dia dan Hoon menerima duit kemenangan mereka, on the spot mereka membeli tiket ke Las Vegas. Zakri juga menghubungi Saiful untuk melabur dalam bisnesnya yang makin berkembang itu.

Dari cerita Saiful dan bukti yang ditunjukkan, Zakri sedikit sebanyak terpengaruh. Tambah pula bila dia tengok Harith pun dah terima pulangan yang berlibat ganda selepas menyertai Saiful.

"Yang RM60 ribu tu?" soal Saiful untuk kepastian di hujung talian.

"Yup. RM60 ribu dari aku dan Hoon. Aku harap pulangan yang besar tau." kata Zakri dan Saiful ketawa.

"Jangan risau. Labur banyak, dapat banyak. Bukti dah ada ma. Tapi dari mana kau dapat duit banyak-banyak tu?" nak juga Saiful tahu sebab setakat yang dia tahu, Zakri dan Hoon ni bukannya ada duit. Duit sikit-sikit habis pergi main judi.

"Heh, luck on our side. Nombor kami mengena." Kata Zakri bangga.

"Damn lucky! Also, kau kat mana tu? Bunyi macam kau bukan kat rumah."

"Oh ya. Starting from today, aku dengan Hoon ke Las Vegas. So anything, just contact me through whatsApp. Adios~"

+++

Hospital

"Remember Jia. After this, we need to have your dress fitting for the GRAFF event. So don't wonder around and come straight here after you are done with your routine check up." Pesan managernya pada Jia. Mereka sudah berhenti di parkir VIP.

"Don't worry. Nothing's interesting here anyway." Kata Jia dan dia membuka pintu alphard hitam yang dikhususkan untuknya.

Jia menyarung cermin mata hitam dan berjalan masuk ke hospital, terus ke bilik doktor yang diberitahu.

+++

"Okay that's all for today. Seperti biasa, keputusan akan di emailkan kepada alamat email yang dinyatakan." kata doktor yang bertanggungjawab untuk menjalankan ujian kesihatan berkala ke atas Jia.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now