Take #49

102 14 4
                                    

Hui memandang kipas di siling biliknya tak berkelip.

"Then the same goes for me. The fact that I like you is enough to justify all my actions right? So stop questioning me. Kau boleh pergi kalau kau tak suka. This is my style. Take it or leave it."

Kata-kata Maria tadi bermain seperti kaset rosak, berulang-ulang di kepalanya tanpa henti.

Maria suka aku?

For real?

Sejak bila?

How?

Tapi seriouslah Maria suka aku?!

Hui menendang selimut gara-gara terlau gembira. Sungguh dia tak percaya dengan apa yang dia dengar tadi. Lepas mendengar luahan Maria, dia kaku di situ dan apabila dia sedar, Maria sudah pun masuk ke dalam rumah.

Now what? Aku suka dia, dan dia pun suka aku... then...are we in relationship?

Hui yang tadinya dalam keadaan baring kini mengiring ke kanannya.

Tapi confession tak bermakna in relationship. Plus, with Maria, it's possible that she likes me but don't want to be in relationship. Because she hate commitment.

Hui mengangguk setuju dengan fikirannya.

Well, aku akan tanya dia esok pagi.

+++

Day-4

SHADOW HQ Villa

"HUH?! Dia ke mana?"

"Oversea. Aku pun tak tahu bila dia balik." jawapan Rex buat semua harapan Hui hancur.

Dia baru berangan nak ada heart-to-heart session dengan Maria pagi ni sebelum mereka ke tempat kerja, alih-alih kata Rex, Maria dah keluar gelap subuh untuk ke airport.

Dia memang suka kan tinggal aku tergantung macam ni...

+++

Restoran

"Sahabat saya sekalian, kita dah tahu betapa peritnya perjalanan untuk kita berjaya sebelum ini tapi yang ni!" Saiful menunjukkan satu flyer dengan gambar Uncle Toby terpampang di situ.

"Investment kali ini memang yang betul-betul punya. Korang tengok akaun bank aku." Saiful mengedar flyer yang disertai screenshoot akaun bank nya pada sekitar 10 orang yang dipanggil untuk datang ke restoran ini.

Mereka semua mengira nombor di atas kertas dan terkejut. Saiful senyum bangga.

"Banyak kan? Cuba teka berapa lama aku join bisnes ni?"

Ada beberapa tekaan namun semuanya tidak tepat.

"Tak sampai dua minggu." Dengar sahaja jawapan Saiful, masing-masing dah terkejut.

"Haha tapi jangan risau sahabat saya semua. Korang ni insan yang terpilih sebab hari ini, aku akan bantu korang untuk dapat apa yang aku dapat TAPI! Dengan masa yang lebih pendek. Korang labur hari ni, aku jamin esok boleh dapat." Saiful menabur janji.

"Aye mana ada pelaburan boleh dapat pulangan secepat tu." Sangkal salah seorang dari mereka yang hadir.

"Kau tak percaya? Tengok ni. Semalam aku labur ni, pagi tadi masuk yang ni." sekali lagi Saiful menunjukkan akaun bank nya pada mereka.

"Tapi mana kami nak dapat duit sebanyak itu. RM 100 ribu kot bukannya RM100." keluh seorang lagi.

Saiful senyum lebar.

"Jangan risau. Kan aku dah janji aku akan tolong korang." Saiful mengedarkan business card dengan nama Jayden tertera di situ.

"Korang contact nombor tu. Dalam masa sejam, pinjaman boleh lulus. Lepas dapat pinjaman, bank in kat aku, dan aku akan daftarkan korang. Lepas dah daftar, esok korang tunggu duit korang masuk. Korang jangan risau. Uncle Toby is the real deal."

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now