Take #57

161 11 8
                                    

T/w: Vi0lenc3

Condominium

"Uwah! Besarnya rumah ni! Tapi besar lagi rumah Auntie Maria!" kata Affan sebaik melangkah masuk ke condominium yang dahulunya milik Amber Jia. Laju Aniza mencuit Affan. Rex dan Maria sekadar senyum.

Ya, mulai hari ini, rumah yang dahulunya dihuni oleh Amber Jia, akan didiami oleh Aniza dan Affan. Mereka tidak lagi tinggal di villa. Mereka akan mulakan hidup baru mereka di tempat baru.

"Affan, jom tengok bilik tidur. Nanti Affan boleh pilih nak tidur kat bilik mana satu." Ajak Rex sambil menghulurkan tangannya. Laju Affan mengangguk dan menyambut huluran tangan Rex. Mereka berdua kemudian laju pergi dari satu bilik ke satu bilik, memilih bilik untuk Affan.

"Kalau ada barang-barang yang tertinggal kat villa, boleh bagitahu Rex. Nanti dia hantarkan." Kata Maria. Dia dan Aniza kini sudah mengambil tempat di meja makan di ruang makan.

Aniza mengangguk. Dia memandang Maria sambil menyusun ayat di dalam kepalanya.

"By the way, macam mana dengan urusan di pejabat agama?" soal Maria. Setahu dia, Aniza dan Freya dipanggil ke mahkamah semalam.

"Ruling dah keluar jadi saya sudah sah berpisah dengan Harith." Jawab Aniza dan Maria mengangguk.

"Jadi kiranya sekarang awak dalam tempoh iddah lah ni kan?" soal Maria. Aniza mengangguk.

"Tapi mungkin nanti saya nak tanya ustaz tentang boleh atau tak saya keluar untuk cari kerja memandangkan saya dah tak ada tempat bergantung plus tiada kerja untuk sara hidup saya dan juga Affan." Cerita Aniza.

Maria kerut dahi, jelas dia tidak bersetuju dengan kata-kata Aniza.

"Kerja? Oh ya, FYI I don't put you here for free tau." Maria kemudian mengeluarkan sehelai kertas dari begnya.

Melihat kertas yang dikeluarkan Maria buat Aniza berdebar. Dalam kepalanya, dia yakin Maria mahu menuntut semua kos perbelanjaan sepanjang mereka tinggal di villa itu.

Ah mana aku nak cekau duit... Emas seurat pun aku tak ada nak gadai... Aniza dah terlebih dahulu runsing sebelum dia membaca apa isi kertas yang dikeluarkan oleh Maria.

Maria membaca kertas tersebut kemudian menghulurkannya kepada Aniza.

"Rumah ni perlukan penjagaan dan I have trust issue with stranger going in and out of my house. Jadi saya nak offer awak untuk take that role and maintain this house. Awak free untuk buat apa je yang awak nak kat dalam rumah ni. Treat it like your own. Cuma maklumkan pada saya jika berlaku sebarang kerosakan atau apa-apa yang berkaitan. Tu je." kata Maria.

Aniza membaca isi kontrak itu dan matanya membulat dengan gaji yang diberikan. Gaji bulanan yang cukup untuk sara hidup dia dan Affan tanpa perlu dia keluar kerja, siap ada extra untuk shopping plus ada potongan EPF dan SOCSO!

Aniza memandang Maria tidak percaya. "This is too good to be true, Cik Maria."

Aniza rasa serba salah pula untuk terima, sebab secara umumnya, dia macam dibayar free-free je tanpa sebarang kerja. Setakat jaga rumah yang kita duduk, memang kerja harian kan. Jadi untuk apa Maria bayar gaji sebanyak ini kepadanya?

"Tu minimum gaji for my staff actually. Nothing too good to be true pun." Balas Maria.

Aniza masih menatap kontrak di tangannya. Dia masih ragu-ragu mahu terima tawaran itu. Tapi kalau tak terima, ke mana dia nak pergi? Walaupun dia boleh kerja sekalipun, nak cari kerja sekarang bukan senang. Pula tu dia hanya ada sijil SPM.

Baru Aniza mahu membuka mulut bertanya, telefon Maria berdering.

"Later ya." jawab Maria dan dia ke ruang tamu untuk menjawab panggilan yang baru masuk itu.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now