Take #10 (Re-write Ver.)

204 24 2
                                    

Café XX

Maria duduk di meja bersebelahan dengan tingkap. Dari mejanya dia dapat melihat orang lalu lalang di luar.

Apa yang aku buat kat sini? Desis Maria sambil membetulkan cermin mata hitamnya. Setiap kali dia keluar sendiri, dia mengenakan bucket hat dan juga cermin mata hitam. Untuk elakkan dirinya dari dikerumuni.

Maria menggosok perutnya. Rasa sakit yang mencucuk-cucuk itu buat dia mengeluh. Dia dah ingat tujuan dia ke cafe ini.

Dia sedang menunggu kopinya siap. Selepas dia mendapatkan kopi, dia akan pergi beli makan tengah hari dan pulang ke condominiumnya. Sampai di rumah nanti, dia akan duduk tengok movie sampai dia tidur. Inilah rancangannya untuk menghabiskan hujung minggu nya ini.

Tapi lambatnya kopi ni siap! Kenapa ramai sangat orang hari ni! Maria mula angin kemudian dia menarik nafas dalam.

Tenang Maria. Kawal emosi.

Hah, this is why I hate the mood swing during my period!

Maria bersandar pada kerusi, cuba menenangkan mood berangin dia saat ini. Saat ini, siapa yang cari pasal memang dia meletup. Confirm.

"Wei kau tengok tak episode baru semalam?" soal satu suara wanita yang duduk di meja belakang Maria.

"Tengok semestinya! Tapi aku tak suka scene Maria tu. Over sangat menangisnya. Menyampah aku tengok!" Komen kawannya terasa dipanah tepat ke jantung Maria. Ouch!

Maria diam dari kerusinya dan terus mendengar perbualan mereka berdua.

"Alah dia kan memang macam tu. Suka curi spotlight Irana. Tapi apa boleh buat, fanbase dia pun sama je. Kau tengok je lah kat twitter. Melambung tinggi memuji Maria padahal lakonan Irana lagi bagus kot." Mereka berdua kemudian ketawa mengejek.

"Serious talk. Lepas semua scandal yang dia buat, dia masih tak malu ya nak tunjuk muka dia kat tv. Kalau aku, memang aku berhenti dah." Tambah suara itu lagi.

"Muka tembok, gitulah!" Mereka berdua ketawa lagi.

Maria menahan dirinya. Maria, tenang.

"Cik, ini kopinya." Seorang pelayan datang ke meja Maria, menghantar pesanannya.

"Thank you." balas Maria dan pelayan itu pergi. Maria bangun dari kerusinya dan bercadang untuk pergi. Dia dah biasa dengar komen haters tapi kata-kata mereka yang seterusnya ini membuatkan Maria terhenti.

"No wonder Tuan Rafie putus tunang dengan dia. Who is crazy enough to marry a woman that is clearly cheating on him? Also- AHHHHHH!"

Belum sempat kata-katanya habis, kopi panas sudah singgah di kepalanya membuatkan dia melompat bangun dan menjerit kesakitan sambil mengelap kepalanya dengan tisu.

"PANAS! PANAS!" Katanya sambil mengelap air panas yang mengenai kulit. Kulitnya mula terasa pedih. Dia memandang Maria tajam.

"KAU DAH GILA KE?!" Jeritnya lantang pada Maria.

Semua mata di dalam café itu memandang mereka dan ada yang sudah merakam semua yang sedang terjadi ini.

"Sorry. Tangan aku licin." Kata Maria tanpa nada dan dia berjalan pergi.

Wanita itu menyentap kuat tangan Maria dan Maria berpusing memandangnya. Saat wajah Maria berpaling padanya;

PANG!

Satu tamparan kuat mengenai pipi Maria. Cermin mata hitamnya tercabut dan tercampak ke lantai.

SNAP.

Love, Maria AnneWhere stories live. Discover now