∞ 10 ∞

4.9K 302 56
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

"Eryn!"

Faeeq dan Eryna menoleh kearah panggilan Hawa. Hawa dan Nadrah melambai kearah mereka.

Eryna menarik Faeeq berjalan kearah meja yang Hawa dan Nadrah duduk. Senyuman riang gadis itu bertukar pudar apabila melihat Damia berada di meja yang sama.

Nadrah dan Hawa memandang Eryna, "Meja ni je kosong, sorry Eryn," bisik Nadrah perlahan.

Eryna tersenyum sebelum menggeleng. "Takpe, anyways helo semua,"

Damia dan beberapa pelajar lain menoleh. Masing-masing berbisik sesama sendiri memandang penampilan Eryna yang banyak berubah.

"Kau Eryna kan? Bukan anak tunggal ke? Jantan mana kau kutip buat jadi fake boyfriend ni?"

soal Damia sinis. Pernyataan Damia di sokong dengan seorang lagi pelajar lama yang hadir bersama.

"Haah, kau kan anak tunggal. Ni aku dengan Damia nampak kat luar tadi korang berpeluk, siap cium dahi, wah Eryna ingat kau dah berubah," kata Khayra pula.

"Berubah muka jelah, perangai sama je macam sampah,"

satu meja tertawa kecuali Hawa dan Nadrah. Mereka berdua tidak lekang menjeling tajam kearah Damia dan Khayra.

Baru sahaja Eryna hendak membalas, Faeeq terus memotong.

"Uhm, excuse me. Saya suami dia. Suami sah dia. Apa masalah awak nak kata isteri saya perangai macam sampah eh?"

Faeeq mula memandang kearah Damia dan Khayra yang memandang dirinya tidak percaya.

Genggaman tangan mereka diangkat. Eryna menoleh memandang Faeeq, "Pergi buat spek baru lah. Tak nampak ke tangan dia berinai?"

Damia membetulkan spek matanya manakala Khayra sudah menelan air liur kelat.

"Memalukan betul ya. Daripada mengumpat isteri saya, baik ucap tahniah kan?"

Satu meja mula terkulat-kulat kecuali Hawa dan Nadrah yang sudah tersenyum puas.

Eryna memandang Faeeq tidak percaya. Faeeq menoleh memandang Eryna sebelum lelaki itu tersenyum.

"Kawan dengan orang lain kali jangan tengok rupa dan status je tau. Tengok attitude dia sekali. Lagi busuk daripada sampah."

kata Faeeq sebelum menjeling tajam pada Damia. Damia terus memandang ke tempat lain.

"Okaylah! Kami minta diri sekejap. Nak ambil makanan. Kesian isteri saya lapar."

kata Faeeq dengan senyuman sinisnya sebelum mengajak Eryna untuk mengambil hidangan.

"Duhh suami dia ada aura lain macam," bisik salah seorang pelajar di situ.

"Dia tak tahu suami member kita ni kapten," bisik Hawa pada Nadrah sebelum mereka berdua ketawa terkekek.

Lagi rasa nak berguling bila melihat wajah dua manusia di hadapan mereka yang dah tak macam manusia dah.

'. '. '. '

"Thank you so much Encik Suami!" Eryna terus menarik Faeeq ke dalam pelukan.

Faeeq gembira melihat Eryna segembira itu selepas apa yang terjadi. Berani benar cakap isterinya sampah? Salah orang derr.

"Kalau takde awak tadi, dah lama air hijau tu singgah muka diorang tau. Awak memang the best!"

tertawa halus Faeeq mendengar apa yang di katakan Eryna. Memang dia rasa hendak baling sahaja mee Nadrah tadi ke muka mereka berdua.

Namun kena lah bersabar. Taknak mencalarkam imej sesiapa pun. Eh, yeke?

"Sama sama Cik Isteri. I'm glad to see your smiley happy face sooo cute," kata Faeeq lalu mencubit pipi Eryna lembut.

Eryna tersengih, "Seronok juga ada suami ni. Boleh back-up kita," kata Eryna sebelum memakai tali pinggang.

"Mestilah kena back-up dah nama pun pasangan sehidup semati, agak-agaklah nak biar macam tu je kan?"

soal Faeeq sambil memandu. Eryna mengangguk. Ada betulnya juga.

"Jangan biar diorang pijak kepala kau lagi Safia. Aku tak suka," kata Faeeq tegas.

Eryna menoleh memandang Faeeq sebelum memandang tangannya yang tidak lepas menggenggam tangan Eryna ketika memandu.

"Baik Kapten Elhan," balas Eryna. Faeeq tersenyum dalam diam apabila Eryna memanggilnya dengan nama kedua lelaki itu.

"Call me Elhan. I would love to hear that," kata Faeeq. Eryna tertawa, "Awak patut panggil saya Safia jugak. Telinga saya tak puas dengar,"

Sejurus tiba di rumah mereka. Faeeq terus mendukung Eryna masuk ke dalam bilik mereka.

Biar mereka sajalah yang tahu apa yang terjadi seterusnya.

'. '. '. '
Chapter 10 sudah up! Terima kasih atas sokongan anda!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now