∞ 11 ∞

4.4K 276 15
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

"Assalamualaikum sayang, bangun subuh," kejut Faeeq perlahan. Pipi gebu Eryna diusap lembut.

"Waalaikumussalam, kejaplah awak. 5 minit lagi. Penatlah," rengek Eryna sebelum membenamkan wajahnya pada dada Faeeq.

Faeeq hanya mampu menggeleng kepala Eryna. Dia terus bangkit dari katil dan mendukung Eryna masuk ke dalam bilik.

"Eh, Faeeq! Taknak taknak saya nak mandi sendiri!" teriak Eryna. Belum sempat dia melarikan diri, Faeeq sudah mengunci pintu.

"Aku tahu kau penat sebab semalam, betul Safia?"

Eryna mengetap bibir sebelum mendongak memandang suaminya. "Ye Elhan. Saya penat sebab awak!"

Faeeq senyum melihat wajah Eryna yang sudah merah-merah kerana dirinya. "Sorry sayang, tapi terima kasih juga,"

ucap Faeeq lembut. Eryna memandang Faeeq lalu mengangguk. "Tugas saya sebagai isteri, sama-sama,"

balas Eryna. Faeeq terus mencium bibir Eryna sekilas sebelum keluar dari bilik air. Eryna terkedu dengan aksi spontan daripada suaminya itu.

"Faeeq Elhan!"

Bergema suara Eryna menjerit. Manakala Faeeq pula sudah selamat baring di atas katil sambil ketawa.

'. '. '. '

"Lusa awak dah balik kem kan? Kena lapor diri?" soal Eryna sambil menuang kopi pada cawan Faeeq.

Faeeq yang sedang menunggu Eryna menuang kopi mengangguk. Eryna memgambil tempat di sebelah Faeeq.

"Kenapa? Nanti kau rindu?" soal Faeeq. Eryna mengangkat bahu.

"Entahlah, mungkin rindu. Mungkin tak," balas gadis itu sambil menyuap mee goreng.

Faeeq terus meletakkan garpunya di atas pinggan. Tangan Eryna dicapai lembut. Eryna memandangnya, mata gadis itu kemerahan.

"Aku ambik jawapan pertama kau. Aku belum pergi lagi, kau dah menangis. Macam mana bila aku takde nanti?"

Mendengar kata-kata dari Faeeq, air mata Eryna semakin mengalir dengan laju.

Faeeq terus menarik Eryna duduk di atas ribanya. Tersedu-sedu Eryna memandang Faeeq yang tidak lepas merenung dirinya.

"Jangan nangis tau. Sekarang kau nangis takpe sebab ada aku boleh pujuk kau. Nanti aku pergi kerja, siapa nak pujuk kau?"

Faeeq mengelap wajah Eryna yang sudah basah dengan air mata. Eryna mencebik. "Siapa saya nak peluk nanti?"

"Bantal peluk kan ada? Apa guna nama bantal peluk tetapi tidak dipeluk?"

"Bapak annoying nya jawapan," marah Eryna. Faeeq ketawa dengan ekpresi wajah Eryna.

"Kejap je. Tunggu aku 3 minggu. Lepastu, aku balik," pujuk Faeeq. Mata mereka bertembung.

"3 minggu je eh. Takde lebih-lebih? Janji?"

Faeeq mengangguk. "Janji. Purple promise," janji Faeeq. Berkerut dahi Eryna mendengar janji Faeeq.

"Purple? Bukan pinky?" soal gadis itu hairan.

"Biarlah warna lain, suami kau kan kreatif,"

Eryna mampu geleng kepala dengan Faeeq. Ada-ada saja di benak kepala lelaki itu.

"Banyaklah awak punya kreatif,"

'. '. '. '
Chapter 11 is up! Thank you sebab support!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now