∞ 12 ∞

4.2K 281 32
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '

"Salam,"

"Peluk,"

"Kis-"

"Eih! Banyak pulak permintaan dia. Pergi 3 minggu je tau," marah Eryna. Faeeq mencebik.

"3 minggu lama la. Tiba-tiba dalam durasi 3 minggu tu aku tak balik, kau jugak yang meroyan takde aku,"

balas Faeeq dengan nada sedih. Eryna mengecilkan matanya sambil menyilang tangan.

"Awak minta sangat awak tak balik? Awak taknak teman saya? Awak nak saya meroyan sebab awak tak balik? Macam tu Faeeq Elhan?"

soal Eryna mendatar. Faeeq tersengih sebelum menarik Eryna ke dalam dakapannya.

Eryna menjeling Faeeq kemudian memandang kearah lain. Tidak mahu bertembung mata dengan suaminya.

"Tengoklah suami kau yang hot-hot meletop ni. 3 minggu kau tak jumpa muka kacak menawan kebaboom ni," pujuk Faeeq. Eryna menoleh merenung Faeeq.

Faeeq tersengih sebelum merendahkan tubuhnya supaya sama tinggi dengan Eryna. Dahi mereka berlaga.

"Taknak. Aku nak balik. Mungkin dulu ya, aku rasa aku taknak balik KL sebab takde peneman. Tapi sekarang lain.."

"... sekarang aku dah ada kau, Eryna. Kau penyebab untuk aku balik sekarang. Kau lah peneman yang patut aku teman dan bukannya tinggalkan kau. Kau, isteri aku Eryna."

berkaca mata Eryna apabila mendengar apa yang dikatakan Faeeq.

"I'm telling you this sayang, aku taknak tengok sesiapa pun sedih sebab aku. Terutamanya kau, Eryna. Aku tak suka," Faeeq mengelap air mata Eryna yang mengalir dengan lembut.

Eryna tersenyum sebelum gadis itu tertawa, "Awak ni, cakap sikit punya main sweet tapi guna kau aku pula. Cakap macam dengan gengster,"

seloroh Eryna. Faeeq memandang Eryna sebelum kembali bersuara.

"Kau jangan cair bila aku bahasakan diri aku awak saya ha makin rindu kau kat aku nanti," sakat Faeeq. Eryna berdecit.

"Cubalah nak dengar,"

"Awak kena janji dengan saya, awak takkan meroyan atau sedih bila saya tak balik, boleh?" suara garau itu menyoal lembut.

Terus wajah Eryna menjadi kemerahan mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Faeeq.

Faeeq tertawa sebelum menarik Eryna kedalam pelukan. Eryna membalas pelukan mereka erat.

"Jaga diri awak."

"Jaga diri juga sayang. Kalau awak takut tinggal seorang, stay dekat rumah mama atau ibu. Saya izinkan. Kalau awak taknak, ajaklah Hawa dengan Nadrah duduk dengan awak,"

pesan Faeeq. Eryna mengangguk. Dakapan mereka dilepaskan Eryna. Faeeq mengucup dahi Eryna lembut.

Selepas itu, Faeeq terus mengambil beg sandang dan helmetnya. Motor Yamaha MT-15 Faeeq dihidupkan.

"Assalamualaikum sayang. Saya pergi dulu," pinta Faeeq. Visor helmet ditutup.

"Waalaikumussalam. Bye abang!" teriak Eryna sambil melambai kearah Faeeq. Hampir terkena renjatan elektrik Faeeq dibuatnya apabila dipanggil gelaran itu oleh Eryna.

Faeeq sedaya upaya menahan diri daripada tersenyum. Lambaian Eryna dibalas sebelum motornya meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan mereka.

"Jangan lupa rasa kek coklat Fia.."

'. '. '. '
Chapter 12 juga sudah up!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now