∞ 19 ∞

3.7K 253 32
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Awak awak, oo awak,"

Panggil Eryna. Faeeq yang sedang menonton drama webtoon yang bertajuk Lookism itu mendongak sedikit sebagai balasan.

Eryna menggoncang bahu Faeeq kuat. "Ish Abang pandanglah saya nak bercakap ni!"

Marah Eryna. Sejak sudah berbadan dua, dia sering kali naik angin. Lagi-lagi dengan Faeeq yang menjadi mangsa kemarahannya.

Nota tepi, Faeeq masih lagi tidak tahu Eryna sudah berbadan dua.

"Iye sayang kita kenapa ni?" soal Faeeq sebelum menoleh memandang Eryna yang sudah menyilang tangan.

"Awak lebih pentingkan cerita kartun dari saya Faeeq Elhan?"

Hah sudah. Apabila Eryna sudah bertukar intonasinya Faeeq tahu dia akan melihat sisi garang Eryna.

"Sayang, say-"

"Awak nak saya bakar ps4 awak Faeeq?" soal Eryna sambil mata menjengil tajam kearah Faeeq.

Faeeq segera mengangkat kedua-dua tangan keatas.

"Tak mahu Puan!"

"Okay abang, janganlah macam tahanan sangat. Saya baik tau," kata Eryna sebelum tersengih lebar.

Faeeq memandang Eryna dari atas sehingga bawah apabila perangai isterinya itu berubah drastik.

"Kenapa sejak dua menjak ni awak asyik nak marah je sayang?" soal Faeeq sambil mengunyah popcorn yang dimasaknya tadi.

"Sebab saya mengandung." jawab Eryna mendatar. Saja nam tengok Faeeq peka atau tidak.

Faeeq mengangguk. "Oh mengandung.. Faham.."

Tiba-tiba Faeeq berhenti mengunyah lalu memandang Eryna semula. "Yang, awak cakap apa tadi?"

"Saya mengandung-"

pssst!

Maka tersembur bertih jagung yang ada di dalam mulut Faeeq. Tidak percaya dengan apa yang di dengar.

"Apa sayang?! Awak mengandung?!" soal Faeeq tidak percaya. Kedua belah bahu Eryna dipegang sebelum memeluk erat gadis itu.

Eryna tertawa sebelum membalas pelukan Faeeq. Menjadilah juga kejutan yang tak seberapa nak kejutan ni.

"Alhamdulillah Ya Allah terima kasih Ya Allah!" Faeeq mendukung Eryna dalam pelukan mereka sebelum menghadiahkan ciuman pada setiap inci wajah Eryna.

Eryna tertawa suka. Faeeq menurunkan Eryna perlahan-lahan. "Sayang, berapa lama awak rahsiakan benda ni?"

soal Faeeq masih tidak percaya yang dia akan bergelar seorang bapa tidak lama lagi.

Eryna memegang dagu seperti berfikir.

"Daripada minggu awak balik sampailah sekarang. Jadinya, lebih kurang 3 minggu,"

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now