∞ 21 ∞

3.3K 225 29
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Abang, saya nak tengok awak pakai tudunglah."

"Abang nak minum boba 3 cawan,"

"Abang nak asam pedas cili api!"

"Abang nak baskin robbin perisa yang baru tu,"

"Abang bagilah saya gigit sabun tu!"

"Abang nak bau minyak petron,"

"Abang bawak saya bau jalan tar,",

Usia kandungan Eryna yang telah mencecah 6 bulan itu membuatkan Faeeq garu kepala dengan Eryna yang semakin kuat mengidam.

Sehinggakan dia terpaksa keluar dari kem yang dari Perak ke Kuala Lumpur selepas separuh hari bekerja.

Kerana Eryna menelefonnya hanya untuk sebuah pelukan dan mengugut lelaki itu dengan ayat,

"Kalau ni pelukan terakhir kita macam mana? Nanti jangan menyesal,"

Faeeq apa lagi, terus lelaki itu shoot balik ke Kuala Lumpur.

Faeeq juga mencari masa untuk menemani Eryna setiap kali pemeriksaan bulanan di lakukan.

"Abang hari ni Faeeq nak jumpa ibu boleh? Saya rindu masak gulai ibu," soal Eryna. Dia kini sedang berhubung dengan Faeeq di talian.

"Boleh sayang. Hati-hati. Jaga baby kita okay? Apa-apa telefon saya," pesan Faeeq. Eryna mengangguk.

Panggilan dimatikan. Eryna segera bersiap untuk ke rumah Puan Fatimah.

Sejurus tiba di rumah Puan Fatimah, Eryna segera keluar dari kereta ingin membuat kejutan kerana sudah lama tidak menjenguk ibu mertuanya.

Tiba-tiba ada sebuah kereta berkuasa tinggi meluncur laju kearah Eryna tanpa gadis itu sedar.

Eryna hendak mengelak namun tanpa sempat melakukan sedemikian dirinya melambung keatas bumbung kereta itu.

buk!

Kereta yang melanggar lari Eryna terus menghilangkan diri. Tubuh Eryna kini bermandi darah. Eryna sedaya upaya memegang perutnya yang terasa seperti ditikam berkali-kali.

"Ibu! Kak Eryn kena langgar bu!"

Kebetulan Farisha yang sedang membuka langsir di tingkap ternampak tubuh Eryna yang sudah terlantar di hadapan rumah mereka.

Puan Fatimah segera membuka pintu rumah, alangkah terkejutnya apabila melihat Eryna terdampar di atas jalan dengan berlumuran darah.

"Allahuakbar Eryna! Farisha telefon ambulans dan abang kamu cepat!" arah Puan Fatimah.

Kepala Eryna yang berlumuran darah dipangku. Farisha mengangguk sebelum mendail nombor kecemasan.

"Jangan tidur sayang, jangan tidur," pujuk Puan Fatimah supaya Eryna tidak menutup mata.

Gadis itu sedaya upaya menahan matanya yang kian memberat serta menanggung sakit pada bawah perutnya yang semakin kuat.

"I-Ibu.. A-Anak F-Faeeq.." tersekat-sekat Eryna berkata. Puan Fatimah mengangguk.

"Ya sayang ibu tahu. Insya-Allah kamu berdua selamat," pujuk Puan Fatimah lagi.

Eryna merasakan kepalanya semakin memberat. Perkara terakhir yang dia dengar adalah Puan Fatimah memanggilnya sebelum semua menjadi gelap.

'. '. '. '.

"Apa?! Eryna kena langgar lari?!" Faeeq terkedu dengan apa yang didengar daripada Farisha.

"Okay lagi sejam abang sampai," Faeeq segera mematikan. Arman yang mendengar perbualan mereka.

"Bro bini kau kena langgar lari? Keadaan macam mana sekarang weh?" soal Arman. Faeeq menggeleng.

"Adik aku kata dia masih dalam pembedahan. Bini aku hilang banyak darah.."

"Kau tolong aku Arman, aku kena blah sekarang juga,"

kata Faeeq sebelum keluar dari pejabat mereka. "Allahuakbar.. Siapa main kacau dengan keluarga kau ni Faeeq.."

Arman mengeluh. Melihat wajah gusar Faeeq dia dapat tahu mesti ada sesuatu yang tidak kena.

Arman segera mencari sesuatu yang dia rasa ada kena mengena dengan hal ini walaupun dia kurang pasti.

"Allah.." Arman terdiam.

'. '. '. '.
Chapter 21 is up!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now