∞ 22 ∞

3.3K 254 55
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Ibu! Mama!" panggil Faeeq. Termengah-mengah diri lelaki itu apabila berlari mendapatkan Puan Halida dan Puan Fatimah.

"Safia.. Safia okay ibu? Safia akan okay kan mama?" soal Faeeq risau. Puan Halida dan Puan Fatimah memandang sesama sendiri.

"Eryna baru masuk dalam bilik bedah," kata Puan Halida. Puan Fatimah mengangguk.

"Baby.. baby dalam perut Eryna akan selamatkan?" soal Faeeq. Puan Fatimah dapat melihat air mata Faeeq bergelinang.

"Sabar Faeeq. Kita semua tak tahu lagi keadaan Ery-"

Baru sahaja Puan Fatimah hendak berkata, Doktor yang merawat Eryna keluar. Faeeq terus menerpa kearahnya.

"Doktor, saya suami Eryna. Isteri dan anak saya okay kan doktor? Diorang tak apa-apa kan? Tak teruk kan?" soal Faeeq bertubi-tubi.

Doktor wanita itu melepaskan keluhan berat.

"Begini Encik, sebenarnya bayi dalam kandungan Puan Eryna tak dapat diselamatkan kerana terlalu pra-matang. Puan Eryna pula disahkan koma kerana kecederaan serius di kepala. Kami tak berapa pasti bila Puan Eryna akan sedar kerana keadaan dia sekarang agak kritikal,"

Faeeq terduduk apabila mendengar penjelasan Doktor wanita itu. Anak mereka tidak dapat diselamatkan.

Kedua-dua ibu bapa Faeeq dan Eryna memandang sesama sendiri. Mereka sendiri terkedu dengan berita ini.

Bagaimana reaksi isterinya apabila dia sedar nanti? Apa yang Faeeq nak jawab di mana keberadaan anak mereka?

"Saya minta maaf sekali lagi dan salam takziah Encik. Encik boleh lihat jenazah di bilik mayat. Puan Eryna kami tempatkan di bilik ICU. Terhad kepada 2 orang sahaja yang boleh melawat. Saya minta diri dulu,"

pinta Doktor wanita itu. "Terima kasih doktor," ucap Encik Khairul bagi pihak Faeeq.

"Faeeq.." baru sahaja Puan Fatimah hendak memujuk anak lelakinya itu tangisan Faeeq bergema di ruang menunggu bilik bedah.

"Ibu.. Faeeq takut Faeeq akan kehilangan orang Faeeq sayang.. Anak kami ibu.. Anak kami tinggalkan kami berdua.."

nangis Faeeq. Puan Fatimah terus memeluk erat anaknya. Faeeq memeluk erat lengan Puan Fatimah yang mengusap belakang badannya lembut.

"Semua yang terjadi ada hikmahnya Faeeq. Redha dengan pemergian anak kamu. Mungkin belum rezeki kamu berdua lagi.." pujuk Puan Fatimah.

Air mata Faeeq mengalir dengan laju. Dia betul-betul serba salah dengan Eryna. Dia sepatutnya berada di tempat Eryna dan bukanlah diri Eryna dan anak mereka.

"Pergilah tengok anak kamu Faeeq. Tengoklah buat kali terakhir.." pujuk Puan Fatimah sambil mengelap air mata Faeeq.

Faeeq mengangguk perlahan sebelum berjalan lemah ke bilik mayat.

'. '. '. '.

Seorang bayi lelaki telah lahir ke dunia namun tidak sempat melihat dan mengenali apa itu dunia.

Air mata Faeeq mengalir deras apabila melihat anak mereka yang kecil itu.

"Muhammad Emir Farhan." nama itu yang dipilih Faeeq apabila dia teringat peristiwa di mana dia dan Eryna berebut untuk memilih nama anak mereka.

Flashback.

"Kalau baby ni baby girl, saya nak letak nama dia Sofia Ellyna tapi kalau baby boy saya nak Shakeel Edhal" kata Faeeq. Eryna berdecit.

"Nama saya lagi sedap! Kalau anak lelaki, saya nak Muhammad Emir Farhan, kalau perempuan pula nak letak Eliya Falisha ha lagi kiut!"

Eryna taknak kalah. Faeeq mencuit hidung Eryna lembut. "Kita tunggu baby ni keluar okay, abang teka baby ni baby girl. Sayang?"

Eryna berfikir sejenak. "Baby boy! Kalau Safia betul, kena letak pilihan Safia tau! Janji?"

Faeeq mengangkat bahu. "Kalau betul,"

"Ish abang! Janjilah!"

"Ye ye abang janji. Kalau betul lah hihi,"

"Abang!"

End of Flashback.

Faeeq menangis sepuas-puasnya di hadapan jenazah anak mereka. Wajah Emir benar-benar seperti Eryna. Pipi mulus dan kemerahan.

Mata dan hidung bayi itu juga mengikut isterinya. Kecuali mulut kerana mengikut Faeeq.

Faeeq mendukung Emir dengan berhati-hati sebelum mencium pipi Emir yang lembut itu.

"Tunggu mama dengan papa di syurga ya sayang?" bisik Faeeq perlahan sebelum memeluk jenazah Emir buat kali terakhir.

Dia sendiri yang akan mengebumikan anaknya di tanah perkuburan. Walaupun dirinya tidak kuat. Tapi dia harus berjuang demi Eryna, isterinya yang masih koma.

'. '. '. '.

Warning : Bahasa tidak elok.

"Kau buat apa ni hah?! Kau langgar salah orang lah sial! Apa bodoh sangat kau ni!" tengking Luth dengan dirinya yang tidak berhenti menendang anak buah lelaki tua itu.

"M-Maaf Tuan.. S-Saya tersilap orang.." kata lelaki itu separa sedar apabila sudah dibelasah teruk oleh Luth.

"Sial! Diorang baru nak bahagia lah bodoh! Sesuka hati kau je bunuh anak buah aku yang tak sempat tengok dunia disebabkan kesilapan baruah macam kau ni!"

marah Luth sebelum meludah tepat ke wajah lelaki itu. Luth berjalan kearah jendela banglo itu.

"Faeeq aku minta maaf Faeeq. Aku betul-betul minta maaf.." bisik hati Luth. Serba salah semakin menggunung dalam dirinya.

"Potong mayat dia bagi babi makan. Kalau boleh mata dia pun aku taknak tengok," arah Luth sebelum beredar dari situ.

"T-Tapi T-Tuan! Tuan! Maafkan saya Tuan. Tuan!!"

"Sakit Tuan! Saya minta maaf!"

dum!

Pintu besi itu ditutup. Luth mendongak ke langit yang sudah mendung. Seakan-akan tahu apa yang telah terjadi.

"Aku minta maaf Faeeq. Aku minta maaf Eryna.."

Air mata jantan milik Luth akhirnya gugur buat kali kedua.

'. '. '. '.
Chapter 22 selesai. Jangan lupa vote dan comment! Jemput baca juga upcoming story 2023 saya, Pelangi Senja <3

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now