∞ 24 ∞

3.1K 226 41
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Kau siapa and siapa sayang kau?" soal Eryna hairan. Senyuman Faeeq merundum sebelum memandang Puan Halida.

"Siapa dia ni mama? Anak Eryn mana? Eryn baru 6 bulan mengandung bangun-bangun dah kempis," seloroh Eryna.

Faeeq memandang Eryna semula sebelum bersuara. "Awak tak ingat saya?"

Eryna merenung Faeeq sebelum menjeling lelaki itu. "Tak kenal lah. Blah lah, bagi mama aku duduk."

Hanya Tuhan sahaja tahu betapa hancur nya hati seorang Faeeq Elhan apabila mendengar insan yang dia paling sayang berkata begitu kepadanya.

"Faeeq.." panggil Puan Halida sebelum menarik Faeeq keluar dari bilik Eryna.

Hawa dan Nadrah berpandangan. "Weh Eryna, kau tak ingat ke lelaki tadi siapa?" soal Nadrah.

Eryna merengus. "Siapa lelaki tu? Skandal kau ke? Entah, manalah aku kenal. Tiba-tiba je panggil sayang, geli,"

balas Eryna malas. Hawa dan Nadrah ditenung.

"Anak aku mana? Takkan kau tak tahu mana anak aku kot," soal Eryna musykil. Hawa dan Nadrah memandang Arman meminta pertolongan.

"Apa?" soal Arman. Hawa mencubit lengan Arman sehingga lelaki itu mengadu kesakitan.

"Tolonglah kitaorang cari jawapan pasal arwah Emir," bisik Hawa. Arman angguk.

"Doktor tak bagi jumpa lagi, anak kau kan pra-matang, kena pantau ketat," jawapan dari Arman membuatkan Hawa dan Nadrah melepaskan keluhan lega.

Eryna mengangguk. "Hm okaylah. Aku nak makan lapar," kata Eryna sebelum menukar posisi kepada duduk.

"Boleh sayang, papa tanya doktor dulu kalau Eryn boleh makan makanan luar ke tak ya?" kata Encik Zamir sebelum keluar dari bilik Eryna.

Encik Zamir lihat isterinya bersama Puan Fatimah memujuk Faeeq yang sudah menangis di dalam pelukan Puan Fatimah.

"D-Dia amnesia? Dia ingat semua orang termasuk anak kami tapi tak ingat Faeeq?" soal Faeeq tersedu sedan.

Puan Fatimah mengangguk lemah. Faeeq meraup wajah kerana terlalu kecewa dengan diri sendiri.

"Faeeq jumpalah Eryna. Tolong dia ingat balik siapa kamu," pujuk Puan Halida pula dan Puan Fatimah mengangguk dengan cadangan Puan Halida.

"Tapi macam mana? Faeeq tak kuat nak berjumpa dengan orang yang Faeeq sayang tapi dia tak ingat siapa Faeeq,"

kata Faeeq. Sejujurnya dia amat sedih tapi dia tidak boleh menyalahkan takdir yang sudah tertulis.

"Slow talk dengan Eryna. Cerita lah apa yang kamu berdua buat bersama dulu, jangan paksa dia tapi bagi dia ingat perlahan-lahan,"

Puan Fatimah memberi idea. Faeeq diam sejenak. Ada benar juga apa yang dikatakan Puan Fatimah.

"Kita cuba dan tawakal ya?" ujar Puan Halida. Faeeq mengangguk lemah sebelum berjalan perlahan kearah bilik Eryna.

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now