∞ 25 ∞

2.9K 214 24
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

"Korang dua boleh diam tak? Daripada tadi cakap pasal jantan tu dah kenapa?" soal Eryna rimas.

Hawa menjeling Eryna tajam. "Aku tak tahu pula aku kawan dengan orang yang tak reti hormat suami." Hawa memerli Eryna.

"Itulah. Dulu waktu sekolah bahasa je kasar, adab ada lagi. Kepala kau terhantuk 18 kali ganda kuat ke Eryn?" soal Nadrah pula.

Eryna menjeling dua rakannya. "Pergi mati. Selagi aku tak tengok anak aku, selagi tu aku taknak tengok muka dia,"

balas Eryna dingin. "Tak yang kau benci sangat dengan Faeeq kenapa? Cuba kau bagitahu kitaorang," ujar Nadrah.

"Apa lagi aku nak bagitahu? Aku tengok muka dia pun aku rasa macam nak bunuh dia. Aku rasakan dia adalah punca kenapa aku masuk hospital."

Eryna membalas dingin. Hawa dan Nadrah melepaskan keluhan nipis.

"Aku harap kau menyesal dengan apa yang kau cakap ni Eryna." kata Hawa tegas sebelum keluar dari bilik Eryna diikuti Nadrah.

Eryna sudah dibenarkan pulang selepas hampir 3 minggu di hospital. Dia kini menjalani proses pantang di rumahnya.

Eryna berdecit. "Menyesal? Jantan tu mati pun aku takkan menyesal lah weh!" teriak Eryna dari dalam bilik.

Nadrah baru sahaja hendak menerjah masuk kembali ke bilik Eryna namun dihalang Hawa.

"Apa? Kau sendiri tahu benda ni bukan salah Faeeq. Kau nak diam je bila dia kurang ajar dengan Faeeq?" Nadrah menyoal dengan geram.

"Apa kita boleh buat Nadrah kalau kerja kita hanya menyampaikan apa yang patut kat Eryna? Kita dah janji dengan Faeeq. Kita kena jaga Eryna sampai dia habis pantang."

kata Hawa. Dia juga sebenarnya tidak tahan dengan perangai Eryna yang semakin melampau itu.

"Lepas tu, lepas dia habis pantang, dia tengok kubur Emir, kau rasa dia akan suruh Faeeq buat apa? Kau dah boleh agak kan?"

soal Nadrah sebelum meninggalkan kawasan rumah Eryna. Puan Halida pula keluar sekejap ke kedai untuk membeli barang.

"Kau nak tunggu sampai aunty Halida balik, kau tunggulah. Aku tak tahan duduk sini dengar dia maki hamun orang yang tak bersalah,"

kata Nadrah sebelum memulakan enjin keretanya. "Kita kena jaga dia Nadrah. Kau tak jalankan amanah orang kau tahu tak?"

Hawa menyoal. Nadrah merengus kasar.

"Aku tak tahu lah weh. Hadap Eryna versi baru ni boleh menguji kesabaran aku. Aku minta maaf. Sebelum benda jadi lebih teruk, baik aku gerak dulu. Aku bagitahu Faeeq nanti, Assalamualaikum,"

pinta Nadrah sebelum kereta Axia merahnya meluncur laju di perkarangan rumah Eryna. Hawa mengeluh perlahan.

Eryna yang melihat adegan tadi tersenyum sinis.

"Kalau rasa aku ni beban, cakaplah bodoh! Kau tak payah nak ikut amanah jantan gila tu sangatlah! Menyampah!" teriak Eryna dari pintu rumah.

Hawa terkejut sebelum menoleh melihat Eryna yang sudah menyilang tangan memandangnya sinis.

"Kalau kau dengan kawan kau tu rasa aku ni beban, berambus lah! Aku boleh jaga diri aku sendiri lah!"

bam!

teriak Eryna sebelum menutup pintu dengan kuat. Hawa menggempal penumbuk menahan geram.

"Kau tak bersyukur Eryna! Semua orang nak tolong kau tapi kau buat kitaorang macam sampah! Kitaorang pun ada hati dan perasaan Eryna!"

"Bukan kau seorang je boleh marah lah weh! Orang lain pun ada tahap kesabaran juga!"

"Kalau perangai kau macam ni, baik kau tak payahlah tengok anak kau! Lebih-lebih siapa nak layan sia! Pandai-pandai lah kau layan emosi kau tu! Assalamualaikum!"

teriak Hawa panjang lebar. Sungguh lama dia pendam ini. Anggap sahajalah dia mewakili Faeeq.

Hawa terus masuk ke dalam kereta Myvi nya dan beredar.

Eryna berdecit. "Semua bodoh. Kau ingat kau siapa nak tentukan aku boleh tengok anak aku ke tak? Huh,"

Eryna terus naik ke biliknya.

'. '. '. '.

"Assalamualaikum, Kapten Faeeq Elhan ui!" Arman menepuk kuat meja kantin yang di duduki Faeeq.

Tersentak Faeeq dari lamunannya. "Waalaikumussalam, kau ni aduh," marah Faeeq.

Arman tersengih. "Kau ni termenung apa hah? Teringat Eryna?"

Faeeq mengangguk perlahan sebelum kembali menjamah sarapannya. "Kau agak-agak dia buat apa eh? Selalunya waktu-waktu macam ni dia pergi kedai kek dia.."

"..Tapi sekarang dia tengah pantang, mungkin tengah berehat kot, kan weh?" soal Faeeq sambil tersenyum nipis.

Arman yang mendengar itu hanya mampu menepuk bahu Faeeq.

"Sabarlah weh, 3 bulan lagi lepastu kau boleh jumpa dia. Kejap je ni. Tahan kejap je okay? Kau boleh bro,"

Arman memberi kata-kata semangat kepada Faeeq. Faeeq hanya tersenyum nipis sebagai balasan.

"Lepasni kau kena pergi pelantikan kadet kan? Baju kau dah siap gosok? Kalau belum aku gosokkan alang-alang sekali jalan,"

ujar Arman. Dia tahu keadaan Faeeq masih belum stabil sepenuhnya. Faeeq menggeleng.

"Aku dah siapkan semua dah takpe. Aku gerak dulu lah, jumpa esok pagi. Assalamualaikum,"

pinta Faeeq. Arman mengangguk. "Waalaikumussalam okay bro

"Semoga Allah permudahkan urusan kau, Faeeq,"

'. '. '. '.
Chapter 25 is up! 365/365!
Jaga diri semua!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now