∞ 27 ∞

2.7K 190 2
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

Selepas tamat upacara, Faeeq meminta diri untuk pulang awal.

"Dah nak balik? Taknak tunggu grand dinner ke?" soal Arman. Faeeq menggeleng.

"Aku ada hal. Cakap kat Jeneral Hisham aku minta maaf tak dapat datang malam ni," ujar Faeeq. Arman hanya diam.

"Kau nak pergi mana sebenarnya?" soal Arman musykil. Faeeq memandang Arman dengan pandangan serius.

"Kau tak perlu tahu, Arman." balasnya.

"Dah tu kalau aku tak perlu tahu apa fungsinya kita berkawan?" soal Arman geram.

Faeeq melepaskan keluhan berat, "Aku taknak cederakan siapa-siapa Arman,"

"Kau nak aku tengok kau mati? Macam tu Faeeq?" marah Arman. Faeeq menggeleng.

"Aku nak cari siapa yang langgar Eryna dan kenapa dia jadikan Eryna target dia, puas hati kau? Dah aku kena gerak, Assalamualaikum,"

kata Faeeq sebelum berjalan keluar dari dewan. Arman meraup wajahnya kasar.

"Kau memang keras kepala Faeeq.."

Arman berkata perlahan apabila bayangan Faeeq tidak lagi kelihatan.

'. '. '. '.

Selesai menyimpan pakaian seragamnya, Faeeq menukar pakaian kepada jaket hitam biasa.

Dia telah menulis surat untuk mengambil cuti selama beberapa hari.

Topi keledar dipakai. Baru hendak menghidupkan enjin motorsikalnya, Faeeq perasan ada satu figura yang dia sangat kenal.

Topi keledar dibuka semula sebelum dia mengejar figura yang hampir hilang dari pandangan itu.

Faeeq memegang bahu lelaki itu. Dia kenal ketinggian dan bentuk tubuh ini.

Takkanlah..

"Luth?"

Lelaki itu menoleh. Faeeq terkedu.

"Luth! Ya Allah!" Faeeq terlampau terkejut sehingga terpeluk Luth.

Luth sedikit terpana dengan tindakan Faeeq. "Aku ingat kau dah mati Luth!" ujar Faeeq.

Luth mengusap pelukan Faeeq perlahan sebelum pelukan mereka terlepas.

"Kau sihat? Dah beberapa bulan sejak haritu.." Faeeq senyum nipis mengingatkan bahawa dia akan kehilangan Luth selama-lamanya.

"Aku sihat, ibu dan Farisha sihat juga kan?" ujar Luth. Faeeq memandang Luth tidak percaya.

"Jadi kau jumpa ibu hari tu? Luth Emran bin Idhan tu kau?" soal Faeeq tidak percaya. Luth mengangguk.

"Cara ni je aku boleh jumpa Ibu dan Farisha, Faeeq." keluh Luth perlahan. Faeeq menumbuk bahu Luth kuat.

"Idhan tu nama lelaki mana kau kutip hah? Kau ni memang betul-betul taknak mengaku kau anak Jeneral Khairul ke?"

soal Faeeq tak puas hati. Luth mengangkat bahu.

Kini mereka berdua duduk di sebuah gazebo yang terletak jauh sedikit daripada dewan utama.

"Aku tak boleh terima ayah buat aku macam tu Faeeq.." Luth bersuara perlahan. Faeeq memandang Luth yang seperti menyorok wajahnya.

"Aku tak buat Faeeq.. Aku tak buat.. Kau tahu aku takkan khianati Ghibran kan? Kau kenal aku dengan Ghibran sejak kitaorang sekolah kan?"

soal Luth bertubi-tubi. Dia memandang Faeeq dengan mata berair. Tak kisahlah apa Faeeq nak kata.

Faeeq memegang bahu Luth bagi menenangkan lelaki itu.

"Aku tahu Luth. Aku tahu kau tak salah. Tapi kau tak boleh salahkan ayah macam ni,"

"Ayah yang buat aku kena tindakan berat dan terus dibuang dari tentera! Aku tak buat langsung benda tu! Kenapa? Sebab aku orang terakhir yang pegang Ghibran sebab tu diorang tuduh aku?"

Luth menjadi berang apabila teringat peristiwa yang terjadi 7 tahun lepas.

"Aku.. Aku tak tahu cerita sebenar.. Aku minta maaf Luth.." balas Faeeq bagi menenangkan abangnya.

"Waktu benda ni jadi, kau baru lepas intake dan kau diberi cuti selama 2 minggu dan aku, Ghib dengan pasukan kitaorang tengah melawat kawasan dekat dorm,"

'. '. '. '.
Chapter 27 dah up!

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now