∞ 32 ∞

3.1K 222 26
                                    

: Semanis Cinta :

'. '. '. '.

Keesokan paginya, Eryna bangun daripada tidur lenanya selepas pengsan di dalam dakapan Faeeq.

Eryna menggeleng kepalanya untuk menghilangkan rasa berpusing.

Tiba-tiba notifikasi telefonnya berbunyi, Eryna terus mencapai telefon bimbitnya di dalam beg.

The Gegels

Hawa-iian
Assalamualaikum Anak-anak kuntum jom Midvalley nak?

Nad-rawrh
Waalaikumussalam, Aku onz. Eryn, awalla. Kata nak berbaik.

Me
Korang nak maafkan aku ke?

Hawa-iian
Kitaorang member kau beb. Tapi takpelah benda dah lepas

Nad-rawrh
Betul. Lupakan apa yang patut dilupakan. Jom eh?

Me
Okay. Pukul berapa?

Nad-rawrh
Lepas zohor.

Me
Okay. Jumpa nanti. Ciao

Eryna terus mencampakkan telefon di atas katil lalu membersihkan diri.

Dia tetap mahu mengambil fail penceraian. Dia nekad untuk berpisah dengan lelaki itu.

Eryna mula membuka pili air lalu membasuh wajahnya sebelum membersihkan diri.

'. '. '. '.

"Luth! Kau dari termenung apa hah?" marah Arman apabila Luth dari tadi tidak lepas memandang Nadrah yang sedang bermain permainan bola keranjang itu.

Kini Luth, Arman, Nadrah dan Hawa telah menunggu di hadapan arcade.

"Dia, Nadrah. Cantik kan?" bisik Luth perlahan. Arman memandang Nadrah sebelum berdecit.

"Cantik lagi Hawa," Arman membalas. Luth memberi pandangan tajam kepada lelaki itu.

"Takde, Nadrah lagi cantik."

"Hawa lagi gojes,"

"Ah kau, Nadrah lagi meletop,"

"Eryna top tier." muncul Faeeq di antara mereka berdua.

"Eleh. Kau dah hilang bini, ada hati nak lawan kitaorang yang soon to be ni," balas Arman.

Faeeq tersengih. Ada betul juga apa yang dikatakan Arman sebentar tadi.

"Soon to be apa ni?" celah Nadrah di sebalik Faeeq. Luth berdehem manakala Arman menahan dirinya daripada ketawa.

"Ada orang tu kata soon to be nak jadikan seseorang tu girlfriend dia," sakat Arman sebelum memandang Luth yang sudah menggeleng kepala.

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now