∞ 34 ∞

2.8K 223 2
                                    

'. '. '. '.

Sejurus tiba di rumah Puan Halida, Eryna terus turun lalu memberi semula helmet kepada Faeeq.

"Thanks hantarkan aku," ucap Eryna. Faeeq mengangguk sebelum menghulurkan tangannya pada Eryna.

Eryna memandang huluran Faeeq sebelum beralih pandangan ke tuan empunya badan.

"Apa ni? Nak suruh tampar tangan tu ke macam mana?" soal Eryna kasar. Faeeq melepaskan keluhan perlahan.

"Saya kan suami awak, awak kenalah salam saya," balas Faeeq lembut. Eryna menjuling biji mata sebelum menyalam tangan Faeeq secara tidak ikhlas.

Faeeq terkekek suka namun terus berubah  apabila Eryna menjengil nya tajam.

"Dahlah, bye," kata Eryna sebelum melangkah masuk ke perkarangan rumah.

"Assalamualaikum sayang!"

pinta Faeeq sebelum menghidupkan enjin. Eryna menoleh.

"Waalaikumussalam, dah shuh!" halau Eryna. Faeeq menggeleng.

"Apahal kau taknak blah pula ni?!" marah Eryna tidak puas hati. "Saya nak tunggu awak masuk rumah dulu,"

Faeeq membalas dengan sengihan. Eryna memandangnya jengkel sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

"Dah puas? Boleh blah,"

bam!

Kata Eryna sebelum menghempas pintu dengan kasar. Faeeq tersenyum nipis.

"Takpe, saya tetap sayangkan awak,"

'. '. '. '.

Faeeq tiba di Lumut selepas seminggu cuti. Dia kini harus melaporkan diri.

"Amacam majlis kau nanti Arman?" soal Faeeq sambil membuat kerja di pejabatnya.

Arman tersengih, "Insya-Allah, hujung tahun ni,"

Faeeq menepuk bahu Arman, "Macam biasa, aku pula jadi pengapit kau. Okay?" soal Faeeq. Arman mengangguk.

"Thanks bro,"

"Faeeq masuk dalam kejap," Jeneral Hisham tiba-tiba muncul.

Faeeq dan Arman memandang sesama sendiri. Faeeq terus bangun lalu berjalan ke bilik Jeneral Hisham.

"Tuan," sapa Faeeq sebelum berdiri senang diri.

"Luth masih hidup Faeeq?"

Badan Faeeq terasa kejung mendengar soalan yang dituju kepadanya.

"Jawab saya, Faeeq." Jeneral Hisham bersuara tegas.

Faeeq terus mengeluarkan telefon. Kening Jeneral Hisham terangkat.

"Saya rasa dia pun patut tahu Jeneral dah tahu dia hidup," kata Faeeq sebelum mendail nombor seseorang.

"Luth, Jeneral Hisham nak jumpa kau,"

Luth terkedu dengan apa yang dikatakan Faeeq.

"A-apa?"

"Datang pejabat Luth, Jeneral Hisham nak jumpa," kata Faeeq sebelum mematikan panggilan.

Luth ketap bibir. Terus dia menaiki motorbike nya lalu menuju ke Lumut memandang dia berada di Ipoh pada waktu itu.

Sejurus dia tiba di lokasi, ramai kenalan yang kenal dirinya terkejut dengan kehadiran Luth.

"K-Kapten Luth.." panggil Leftenan yang lama berlatih di Lumut.

Luth hanya berjalan terus ke pejabat tanpa menghiraukan kadet lain yang memandang dirinya.

"Luth-"

Baru sahaja Arman hendak memanggil Luth, Luth terus menerjah masuk ke dalam bilik Jeneral Hisham.

Jeneral Hisham memandang figura yang masuk ke dalam biliknya. Lelaki tua itu berdiri tidak percaya.

Luth menabik hormat pada Jeneral Hisham. "Tuan,"

Jeneral Hisham jalan mendekati Luth. Terus ditariknya lelaki itu ke dalam dakapan.

"Allahuakbar syukur Ya Allah Luth kamu selamat!" Jeneral Hisham berkata terharu.

Luth memandang Faeeq meminta penjelasan namun lelaki itu hanya buat tak endah.

Jeneral Hisham terus melepaskan pelukan. "Cuba terangkan kat saya macam mana semua ni boleh jadi?"

"Dan dengan balasan saya ceritakan apa yang terjadi, boleh Jeneral ceritakan pada kami siapa Syed Ifwan."

Jeneral Hisham terkedu dengan apa yang dikata kan Luth.

'. '. '. '.
Chapter 34 sudah up! Terima kasih 20K readers! Jangan lupa singgah karya baru saya, Ziqry's !

C | Eryna's Love StoryWhere stories live. Discover now