1

190 30 5
                                    

" Cik Iris. "

Mata sembap aku menoleh ke arah si pemanggil, menayangkan wajah yang kelihatan tidak terurus itu. Rambut aku sudah tidak sekemas tadi, beberapa helaian rambut terlepas dari ikatan. Seharian aku menguruskan proses pengebumian kakak sulung aku, tiada peluang untuk merehatkan badan yang semakin lembik Aku mengerutkan dahi, tidak mengenali gerangan yang berdiri di hadapan aku ketika ini.

" Ya...? "

" Memandangkan cik Ivy dah tiada, rasanya dah tiba masanya cik Iris yang ambil alih tempat cik Ivy. "

Dalam masa begini pun dia masih berfikir tentang urusan dunia. Kakak aku baru meninggal! Namun, semua itu tidak mampu terluah keluar dari mulut, cukup diucap perlahan di sudut hati. Masih penat. Aku membisu, membiarkan kenyataan itu tergantung di situ tanpa jawapan. Lelaki muda berkot hitam ini masih setia berada di sisi aku, sama ketika dia bersama dengan Ivy.

" S–saya fikirkan pasal tu kemudian. Saya harap awak boleh faham keadaan saya sekarang– " Mata aku tertancap pada kotnya, cuba mencari nametag. Menyedari kelakuan aku, lelaki ini tersenyum sambil meletakkan tangan kanan ke dada, " Kevin Moon. "

" Secretary Moon. " Aku mengangguk, mengerti. Inilah dia orangnya. Setiausaha kakak aku. Sangat setia sehingga sekarang pun dia sanggup menemani aku di sini sehingga tamat proses pengebumian Ivy. Parents aku tiada– I mean, mereka bercerai. Syarikat yang Ivy usahakan ini milik mama tapi, mama hilang entah ke mana. Tanpa jejak. Banyak spekulasi mama mungkin dibawa pergi, diculik, dibunuh oleh musuhnya sendiri. Aku tidak pasti. Menjadi orang berpengaruh dan penting di syarikat gah seperti ini hanya membuatkan aku berasa gerun. Dan kemudian, Ivy yang ambil alih.

Tapi sekarang, Ivy dah tiada.

" Cik, cik patut berehat sekarang. Muka cik pucat sangat. Saya ambilkan air. "

Aku menggeleng lemah, " S–saya nak balik. "

" Sure, saya hantar cik pulang sekarang juga. "

Pada ketika Secretary Moon ini call aku awal pagi tadi bagi memaklumkan keadaan Ivy, aku sewaktu itu masih di dalam dewan kuliah. Masih menumpukan perhatian sepenuh hati. Mulanya aku keliru, daripada mana lelaki itu dapatkan nombor telefon aku. Mungkin Ivy pernah bagi padanya number tersebut, takut-takut ada perkara yang terjadi. Dan, iya.

Itu yang berlaku sekarang. Lutut aku lemah sebaik saja mendengar berita kematian Ivy pagi tadi. Segala isi kuliah pagi itu tidak mampu masuk ke dalam otak lagi. Kepala aku seakan berpusing, tidak mempercayai apa yang disampaikan oleh setiausaha kakak aku itu. Tubuh kaku Ivy ditemui tak bernyawa dalam pejabatnya sendiri. Padahal malam semalam aku berbual dengannya!

" Kak, jangan lambat sangat balik. "

" Iya, Ris. Kejap lagi aku balik. Kalau aku tak balik, jaga diri baik baik ya. "

Jantung aku seakan terhenti. Ayat terakhir Ivy semalam berputar semula dalam kotak fikiran. Dia– seperti tahu dia akan pergi? Kenapa aku tak sedar tentang ni semalam?

" Cik Iris? "

Aku tersentak. Mata aku menoleh ke arah si pemandu yang berada di sebelah aku. Bukan pemandu peribadi, tapi lebih kepada...

" Cik Iris ada problem ke? "

" N–no, nothing, Juyeon."

Lee Juyeon, bodyguard Ivy. Aku sebenarnya pelik sedikit– daripada mana Ivy dapat lelaki kacak seperti Juyeon dan Kevin ni untuk bekerja sekali dengannya. Aku bukan mahu menggatal atau seumpama dengannya. Aku cuma curious. Mereka masih nampak muda. Susah untuk cari pemuda yang sanggup bekerja hampir 24 jam di dalam bangunan setiap hari. 2-3 kali juga nampak mereka di sana setiap kali aku datang melawat Ivy di tempat kerja. Jadi, ada beberapa orang wajah mereka sudah aku sudah dapat kenal pasti. Aku perasan Juyeon menoleh ke arah aku beberapa kali namun, aku abaikan saja pandangannya. Mungkin juga tengah judge penampilan aku tika ini, serabai! Biarlah. Aku sendiri tidak lalu melihat keadaan diri, serupa puntianak. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, mata aku hanya merenung ke luar tingkap kereta. Bunyi radio yang tidak begitu kuat seakan memahami keadaan diri aku, lagu Breathe milik LeeHi kedengaran sayup-sayup di telinga.

Tik!

Malah, langit malam itu juga menangisi pemergian Ivy. Mula-mula hanya 2-3 titisan hujan, kini lebat. Selebat air mata aku yang mengalir ketika ini. Aku sendiri sekarang. Mama tiada. Papa tiada. Ivy tiada. Hanya aku seorang. Semahu-mahunya aku ingin tahan air mata daripada terus membanjiri, namun aku tak mampu. Aku tak kuat.

_______________________________


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


you as Iris Kim
the boyz members

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now