14

66 10 0
                                    

Ivonix Inn, floor 60.
Chief executive officer (CEO) Room.

_____________________________________________

" Someone followed me. Lepas saya dah habis kelas tadi. "

Sesekali aku mengetap bibir, menahan sakit bila ada cecair iodin terkena pada luka di lutut kanan aku. Pedih! Aku mengerling ke arah Juyeon yang sedang bersandar pada meja besar yang terletak di tengah-tengah pejabat aku itu. Tangannya dimasukkan ke dalam poket jeans, merenung aku dengan mata tajamnya. Serius semacam saja wajah dia. Takut pula aku. Pandangan aku beralih pula pada Hyunjae dan Younghoon yang berdiri bertentangan dengan aku, mendengar penuh teliti cerita aku sambil Secretary Moon merawat luka aku. Di sebelah aku adanya Jaehee, adik Juyeon. Sekarang aku sudah tahu rupa si adik— cantik orangnya. Rambut perang semula jadinya itu disanggul tinggi, wajahnya ada iras Juyeon juga. Aku juga baru tahu Jaehee ni pegang jawatan ketua bahagian sekuriti siber syarikat ni. Mesti otak dia genius bab-bab teknologi siber sampaikan dia diberi kepercayaan untuk pegang jawatan sebegitu.

" L–Lepas saya jatuh, he's gone. Dia hilang. Macam tahu Juyeon nak datang jemput saya. "

Suara aku terketar-ketar menyambung cerita. Sungguh, aku tak pernah rasa dikejar seperti itu. Panik menyerang tiba-tiba sampaikan aku tak tahu apa patut aku buat. Aku boleh dengar keluhan Younghoon, seperti kesal dengan apa yang berlaku pada aku. Suaranya perlahan menutur ayat, " Rasa macam diorang dah start serangan balik. " Aku berkerut dahi, tidak faham. Serangan? Serangan apa? Dan, kini rasa curiga itu semakin membuak-buak dalam hati aku. Seakan-akan aku dipinggirkan dalam hal ini sedangkan perkara ini melibatkan nyawa aku, " Saya dah lama nak cakap tentang ni. You guys ada sorok something dari saya, kan? "

Diam. Tiada sesiapa pun yang berani membuka mulut. Mereka tidak mahu menjawab soalan aku. Aku mengigit bibir— geram! Sampai hati tidak libatkan aku. Bukan aku boss mereka ke? " I know it! Saya tahu! Awak semua ni ada buat kerja lain selain jadi bodyguards saya, kan? Kenapa tak mahu mengaku? Takut dikenakan apa-apa tindakan? Atau, korang takut saya buat kerja gila lagi? " Suara aku meninggi. Terhinjut bahu Secretary Moon ini, terbantut dia mahu mengemas segala alatan yang digunakan untuk cuci luka aku tadi. Terkebil-kebil matanya melihat aku tiba-tiba naik hantu itu.

" Korang keluar lah dulu. Let me speak to her. Alone. "

" Kenapa nak suruh mereka keluar? Biarlah mereka duduk di sini. I want to know the truth! "

Namun, mereka semua hanya menurut saja arahan Juyeon. Wajah aku memerah menahan marah. Siapa boss sebenarnya ni? Aku atau Juyeon? Kenapa mereka lagi sanggup ikut kata lelaki itu dan bukannya aku? Baru saja aku mahu ikut mereka yang lain keluar dari bilik itu, Juyeon terlebih dahulu menghalang. Tangannya mencengkam erat pergelangan tangan kiri aku. Aku menepis kasar, tidak suka, " Apa? Saya tak nak dengar apa yang awak nak cakap! " Menolaklah macam mana pun, semuanya hanya sia-sia. Macam tiada kesan pun pada lelaki ini. Masih teguh disitu.

" Iris. Listen—  "

" Saya dah cakap saya tak nak dengar! "

" Iris— "

" Let me go! "

" Stop screaming and tolong dengar apa yang saya nak cakapkan ni kalau tak nak jadi apa-apa pada awak sekarang ni! "

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now