5

102 18 5
                                    

" Let me go! Buka pintu ni, Juyeon! "

Aku sedaya upaya cuba keluar dari kereta, menghentak pintu sekuat hati. Aku tak mahu tinggalkan Chase begitu saja. Juyeon menghalang aku berbuat demikian, memeluk aku sekemas yang mungkin sehingga aku tidak terdaya lagi mahu buat apa-apa. Hanya menangis di situ semahu-mahunya. Juyeon membiarkan aku menangis, habis basah kemaja yang dipakai lelaki itu dek kerana aku menyembamkan wajah pada dadanya. Rambut aku diusap perlahan cuba menenangkan aku.

" You'll be fine. I promise. "

Juyeon menekan pedal minyak semaksima mungkin, memandu jauh daripada kawasan rumah aku. Tidak tahu ke mana dia bawa aku pergi, aku tidak peduli. Fikiran aku masih terbayangkan Chase. Terbayangkan kesakitan yang dilalui Chase semasa aku tiada. Aku tak berjaya selamatkan dia. Aku dah kehilangan dia. Buat sekian kalinya aku menangis lagi. Tidak peduli dengan Juyeon di sebelah, aku meraung sekuat hati.

________________________________

" Hyung, they found her. "

Juyeon berbisik perlahan, berkomunikasi dengan mereka yang lain di bangunan syarikat melalui telefon pintar secara rahsia. Tidak mahu Iris mendengar perbualan itu, dia cuba kekalkan volume suara. Khuatir gadis itu makin menberontak lagi kalau dapat tahu tentang perkara ini. Telinga kirinya disumbat dengan airpods, matanya masih fokus dengan pemanduan yang dibawa pada kelajuan hampir maksimum. Satu perkara lagi yang membimbangkannya ialah kalau jejak mereka dapat diketahui oleh musuh.

" Bawa Iris balik ke mansion Ivy. She will be safe there, at least buat sementara waktu. "

" Okay. "

Panggilan dimatikan serta-merta. Mata Juyeon mengerling ke arah Iris yang sudah senyap. Tidak lagi meraung seperti tadi, nampak macam dah terlena dengan sendirinya. Wajahnya berbekas dengan kesan air mata, tidak sampai beberapa jam dia kehilangan anggota keluarga. Kali ini kucing peliharaannya pula jadi mangsa. Gadis itu alami perkara yang dirinya sendiri tidak mampu untuk hadapi. Kini hidup sendiri, tanpa sesiapa di sisi. Lelaki itu mengeluh buat sekian kali. Menukar lokasi, kini kereta tersebut bergerak meninggalkan kota sibuk itu. Jauh ke dalam kawasan hutan, ada sebuah villa besar berdiri gah di situ. Tempat Ivy bersembunyi setiap kali musuh mengekori. Tempat tinggal mereka juga. Buat Iris, mungkin ini kali pertama dia akan jejakkan kaki ke sini. Memang villa ini kabur di mata semua orang. Hanya orang tertentu saja boleh masuk ke sini. 

" Juyeon hyung! "

" Shh! "

Terkebil-kebil lelaki itu bila Juyeon menyuruhnya perlahankan suara. Dia kemudian mengintai ke dalam kereta, melihat Iris yang masih tidak sedarkan diri, " Ah. Ada cik Iris. Tapi hyung. Kenapa kau bawa dia datang sini? " Juyeon memutarkan bebola matanya. Banyak tanya betul budak yang seorang ini. Belum sempat Juyeon menjawab, datang lagi seorang bertanyakan hal yang sama.

" Eih, banyak bunyi. Pergi sediakan bilik untuk Iris. Dia bermalam dekat sini hari ni. " Membulat mata mereka berdua tatkala mendengar ayat Juyeon itu. Salah seorang daripadanya kembali menyoal bertubi-tubi, " Kenapa, hyung? Ada orang cari dia ke? Ada something terjadi dekat syarikat ke? Eh, hyung! Jawablah, hyung. Aku tanya ni. " Tidak peduli lagi pada mereka berdua, Juyeon segera membuka pintu tempat duduk penumpang. Iris yang separa sedar itu mengerdipkan matanya berkali-kali sebelum menyoal.

iris's

" J–Juyeon? Awak bawa saya pergi mana? "

Aku terlelap tadi. Mungkin sebab terlalu penat. Mungkin juga kepala aku asyik terfikirkan perkara yang berlaku tadi. Badan aku tak nak beri kerjasama. Juyeon bantu aku berdiri, menyokong badan aku dengan sebelah tangannya, " Ni rumah kedua cik Ivy. Dia beli rumah ni sebagai tempat dia...erm. " Juyeon seperti teragak-agak untuk memberitahu. Aku dah agak. Mesti ada sesuatu yang mereka sembunyikan daripada aku— sebetulnya, Ivy ada sorokkan sesuatu daripada aku.

" Sebagai apa, Juyeon? "

" S–saya terangkan pasal tu kemudian. Btw, mereka berdua ni intern. Yang ni Eric, lagi seorang Sunwoo. "

" Annyeong, cik Iris! " Aku mengangguk, tanda membalas greeting mereka berdua. Kedua-duanya nampak sebaya aku, atau sepertinya lagi muda. Ah, nama pun intern. Mesti mereka lepasan university juga. Juyeon bawa aku masuk ke dalam, ditemani Eric dan Sunwoo yang begitu banyak celotehnya. Mereka memberitahu setiap selok belok vila besar ni tanpa berhenti. I wonder kenapa Ivy tak pernah bagitahu tentang kewujudan tempat ni pada aku. Jadi selama ni Ivy tak balik ke rumah sebab dia bermalam di sini?

" Dan, ni bilik cik Ivy. Tapi sekarang dah jadi bilik cik Iris. "

Pintu bilik itu dibuka, terserlah lah segala benda yang mewah di dalamnya. Aku bergerak masuk ke dalam, melilau sekeliling sebelum menoleh ke arah Juyeon semula. Nampak seperti dia tergesa-gesa untuk beredar, " A–awak nak pergi mana? " I swear aku tak boleh tinggal seorang diri lagi. Aku dah tak ada sesiapa. Aku jadi lost. Dan... melihat Juyeon mahu tinggalkan aku sendiri dekat sini hampir buat aku naik gila. Juyeon membawa aku ke katil, menyuruh aku duduk.

" Saya kena pergi. Check keadaan rumah cik. Check semua cctv sekitar rumah cik— "

" I told you to stop calling me Cik. "

Juyeon mengangkat kedua tangannya, mengaku salah, " O–okay, Iris. Malam ni Younghoon temankan awak dekat sini. We will make sure you're safe here. Saya dengan Hyunjae akan pergi tengok kawasan rumah awak. Kitorang akan cari dalang yang buat semua ni. I'm sure orang yang bunuh Chase adalah orang yang sama bunuh cik Ivy. Jadi, awak selamat dekat sini. Kami dah berjanji dengan cik Ivy untuk jaga awak lepas dia dah tiada. And, promise me yang awak akan dengar cakap kami to make sure awak selamat. Boleh, kan? " Aku mengetap bibir, tidak mahu lelaki ini pergi. Tangan aku mencengkam lengannya seakan tidak mahu lepaskan walaupun sesaat.

" Juyeon, kau patut pergi. "

Kelibat Younghoon muncul di hadapan pintu bilik  memberi isyarat pada Juyeon supaya beredar segera. Aku yakin mereka bukan sekadar bodyguards Ivy semata-mata. Aku yakin Ivy ada buat kerja lain selain handle syarikat ni. Melihat cara mereka berkomunikasi juga ada sesuatu yang janggal. Juyeon tersenyum nipis, menepuk perlahan bahu aku, " You should rest, Iris. Awak dah banyak lalui perkara pahit minggu ni. Saya minta diri dulu. " Juyeon berlalu pergi, tinggal aku duduk termenung di atas katil bersaiz queen itu. Younghoon tadinya mengikut Juyeon pergi, namun tiba-tiba datang ke sini semula. Pada tangannya ada sesuatu.

" Cik Iris. "

Aku menoleh ke arah Younghoon, melihat makhluk berbulu yang sedang dipegangnya. Mata aku kembali berair semula, " Y–Younghoon? " Younghoon tersenyum ke arah aku, mengusap lembut kepala kucing berbulu lebat itu, " Ni Snow. Kucing Juyeon. Mungkin tak sama macam Chase, tapi at least boleh ubat rindu cik pada dia. Juyeon suruh saya bawa Snow pada cik. " Younghoon meletakkan kucing milik Juyeon itu ke atas riba aku. Warnanya putih bersinar, tidak seperti Chase yang bercampur warna putih dan coklat. Snow lebih manja, berguling-guling atas katil bila aku usap perut bulatnya. Air mata menitik lagi.

Siapa yang tergamak sangat buat kerja terkutuk macam ni?

____________________________________



she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now