10

68 12 1
                                    

9 pm.

" Bila nak habis ni? "

Sudah 3 jam aku berteleku di meja besar ni. Meja itu dah dipenuhi dengan pelbagai fail dan kertas yang aku sendiri tidak mampu untuk membaca kesemuanya sekali. Naik juling mata aku. Terpandang pula satu bundle kertas di tepi, aku telan air liur. Assignments aku! Aku betul-betul terlupa. Jujur saja semua perkara yang berlaku minggu ini buatkan aku tak berapa nak fokus dengan kehidupan aku sebagai pelajar kolej. Terasa mahu hantukkan kepala pada dinding bilik ni. Wajah berkerut aku itu terasa diperhati dalam diam, terdengar suara kecilnya tergelak.

" Are you okay, Iris? "

" Ya, ya. Sangat okay. Saya buat semua kerja yang awak bagi sampai saya terlupa pasal project kolej saya. "

Aku menjelingnya sekilas. Keluhan berat dilepaskan. Tersengih saja Secretary Moon yang berdiri tidak jauh dari tempat aku tika ini. Tangannya masih setia dengan Ipad. Cermin mata bulatnya dibetulkan semula. Mungkin juga kepenatan seperti aku. Macam yang Younghoon maklumkan sebelum ni, dia suruh Secretary Moon datang ke rumah dengan membawa segala fail mak nenek yang perlukan tandatangan aku. Pewaris seterusnya. Heol... kerja gila betul! Hampir 3 jam saja aku terpaksa merenung berbagai-bagai kertas yang ditaip dengan tulisan sehalus semut itu.

" Take 5, Iris. Rehat kejap. Nanti boleh sambung. I'm sorry. Kita dah tak boleh tangguh lagi. "

Aku mengangguk, faham dengan keadaan syarikat itu sekarang ini. Aku juga tidak berniat mahu bertangguh lama-lama. Nanti yang sakit, aku juga tanggung. Aku berhenti seketika untuk menarik nafas. IPhone 13 berwarna putih itu dicapai, mahu lepaskan tekanan dengan melayari media social. Sedang aku leka dengan phone, aku tidak sedar ada beberapa orang masuk ke dalam bilik itu. Derapan kaki yang semakin menghampiri membuatkan fokus aku terganggu lantas memalingkan kepala.

" Er, kenapa ni? Ada apa-apa ke? "

Wajah 3 orang bodyguards yang setia berada di sisi sepanjang minggu ini aku pandang satu persatu. Tiada apa yang pelik pun. Sepertinya mahu datang ke sini untuk suka-suka. Pakaian mereka pun dah bertukar, lebih santai. Sesuailah untuk duduk di rumah. Kalau tidak, berkot hitam dan berkemeja je memanjang. Hyunjae terlebih dahulu membalas, tersengih lebar, " Saja nak tengok boss baru buat kerja. Okay ke tak tu? " Aku mencebik kegeraman. Macam perli aku saja. Mungkin lelaki itu perasan dengan wajah aku. Kerutan di dahi tak pernah hilang. Meja pun bersepah bagai dibadai angin taufan.

" Okay tak okay, saya tetap kena buat. Boss baru korang kan. " Selamba saja aku menjawab. Phone diletakkan ke tepi semula. Tamat sudah rehat 5 minit aku. Memang tak cukup, tapi aku perasan mata Secretary Moon sudah menjeling ke arah aku. Suruh aku sambung buat kerjalah tu, hmph! Pecah tawa mereka bertiga, seronok eh tengok aku terseksa macam ni? Hesy... sabar jela Iris! Aku terpandang sesuatu yang menarik perhatian. Aku tak sedar kehadiran kad itu tadi— sepertinya kad jemputan. Aku segera capai, cuba membacanya. Aduh, bahasa asing pula!

" Oh, itu. Ada event dengan rakan kongsi lama kita. Rasanya nak sambut kejayaan anak sulung dia buka company baru dekat Rusia. Kalau tak silap, hujung minggu ni. Dekat Hotel Royale. Milik company tu sendiri. " Secretary Moon memberi ringkasan kad jemputan tadi. Mungkin perasan wajah aku kembali berkerut dek kerana tidak memahami bahasa asing yang tertulis pada kad itu. Aku menyoal, " Rakan kongsi? " Pasti orang ini bukan biasa-biasa.

" Sebelum cik Ivy ambil alih lagi, company kita dah bekerjasama dengan Elite Force Inn. Company yang latih anak muda jadi perisik professional. Kalau nak tahu, 3 bodyguards cik Ivy ni juga antara pelatih mereka. Dan, sekarang berkhidmat untuk cik Iris pula. Kalau ikut usia penubuhan syarikat kita ni, hampir 24 years dah. 20 tahun, Puan Irina yang pegang jawatan tertinggi dalam syarikat ni. 4 tahun lagi, cik Ivy Lianna Kim yang ambil alih. And now, it's your turn. Pewaris bongsu Ivonix Inn, Iris Rianna Kim. "

Panjang lebar Secretary Moon ni menerang, hampir putus nafas dibuatnya. Sampai sebut nama penuh aku dan Ivy sekali! Aku terkedu. 24 tahun? Jadi, syarikat ini dah wujud masa aku dilahirkan. Walaupun begitu, aku tetap kagum dengan Secretary Moon yang boleh tahu sejarah syarikat milik mutlak mama ni. Banyak membaca, mungkin. Sebab aku tahu mereka semua ini masih muda dan baru. Ivy recruit semua employees baru masa dia ambil alih company ni. Termasuklah Secretary Moon, Juyeon, Hyunjae dan Younghoon.

" Irina... "

Aku sebut nama itu, perlahan. Nama insan yang aku rindu. Nama mama. Mama yang dah lama hilangkan diri. Tidak tahu ke mana dia menghilang. Lesap. Tanpa khabar berita. Meninggalkan syarikat dalam keadaan huru-hara. Ivy naik sebagai pengganti, sekaligus menjadi ketua serta merta. Aku mengetap bibir, menutup mata seerat mungkin. Mama dekat mana? Walaupun agak mustahil untuk mengharap mama kembali, namun hati aku tetap berkeras mengatakan mama masih hidup. Mama masih ada di luar sana.

" Iris? "

Terasa seperti ada air mata yang mengalir perlahan pada pipi. Mata dibuka semula, memandang mereka bertiga dengan mata berkaca. Aku cepat-cepat mengesat kasar air mata yang meleleh tadi, cuba cover line. Kantoi lah nangis depan orang. Aku buat-buat sibuk, tidak pedulikan mata-mata yang memandang. Aku kembali merenung kad jemputan tadi.

" Saya kena pergi ke? " Pandangan aku beralih ke arah mereka bertiga. Sempat memandang ke arah Secretary Moon juga. Ikutkan aku, aku tidak mahu. Aku tak tahu nak bergaul dengan orang-orang yang ada pangkat. Perbualan antara orang berkoporat ini sangat membosankan untuk aku yang jenis cakap main lepas. Tapi bila Secretary Moon kata syarikat adalah rakan kongsi kami mustahil untuk aku menolak untuk datang ke sana. Nanti apa pula pandangan mereka terhadap syarikat ni? Lambat-lambat Secretary Moon menjawab, " You should, cik. Kalau cik rasa segan nak ke sana seorang diri, cik boleh bawa partner untuk ke sana. "

" Saya bawa awak sajalah, Secretary Moon. "

Terus sahaja aku membalas. Buat apa susah-susah cari partner. Ambik saja apa yang ada depan mata. Dia juga faham bahasa asing. Terkebil-kebil mata lelaki itu, tidak menjangka dirinya yang menjadi pilihan aku, " Eh, cik. Maksud saya, cik kena bawa plus one. Bukan saya. Saya ni tolong uruskan jadual dan kerja cik saja. Yang tengah berdiri depan cik lebih layak. Ada 3 choices tu. Pilihlah yang paling berkenan dalam hati cik. " Memerli nampak. Aku mendengus perlahan bila melihat senyuman mengusik milik lelaki bernama Kevin Moon tu. Heol...

Aku berdehem perlahan. Macam payah saja mahu pilih di antara mereka bertiga. Sebabnya mereka semua— hm, tak usah cakaplah. Perfect 10 gitu! Aku angkat wajah, bertentangan mata dengan 3 lelaki yang ada dalam bilik besar ni. Lagaknya aku macam nak pilih calon boyfriend saja!

Hyunjae dengan sengihan nakalnya. Younghoon dengan senyuman trademark dia. Dan, Juyeon. Hanya tersenyum nipis ke arah aku.

____________________________________

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now