13

59 11 6
                                    

Ivonix Inn, floor 20.
Cyber Security Room.

_____________________________________________

" Apa benda yang kau nak bagitahu? "

" Sabar jap. "

Jaehee meregangkan badan yang terasa sengal semacam. Tidak pasti berapa lama sudah dia duduk di situ. Boleh patah pinggang dek kerana berjam dia menghadap skrin bercahaya itu. Namun, kerja tetap kerja! Dia meneliti maklumat yang baru dia peroleh tadi. Jari runcing itu menari-nari di atas papan kekunci, laju semacam. Juyeon yang berdiri di sebelahnya berkerut dahi, pening melihat semua tulisan yang terpapar pada skrin Macbook adiknya itu. Jaehee menyandarkan tubuh pada kerusi kulit sambil menyilangkan tangan, menjauhi meja supaya lelaki yang berada di sekelilingnya dapat melihat skrin laptop dengan lebih jelas, " Aku detect something weird. Lepas aku hack phone mamat gila yang kau baru bunuh tadi. Ada satu code. Silent X. Aku tak pasti code ni ada kaitan dengan apa tapi, maybe boleh bantu kau orang cari dalang sebenar. " Kini, terpapar code yang dimaksudkan oleh Jaehee tadi.

" Silent X? "

Juyeon mengetap bibir. Penemuan Jaehee itu seakan mengingatkan dia pada sesuatu. Seperti dia pernah lihat code itu sebelum ini. Tapi, dimana ya? Aduh, saat beginilah otaknya tidak mahu memberi kerjasama. Blur teruk. Entah kad memori apa yang otaknya guna pakai. Cepat benar dia jadi pelupa padahal kejadian itu masih baru. Mahu saja dia ketuk kepalanya dengan batang baseball ketika itu. Puas lelaki itu cuba kembalikan semula ingatan, namun sia-sia saja.

" Ha! Bukan ke ini juga code yang ada pada phone cik Ivy? "

Bingo! Itulah dia. Juyeon kini mengangguk, mengiyakan kata-kata Younghoon tadi. Patutlah dia rasa pernah dilihat code pelik itu. Ivy tinggalkan phone dia di suatu tempat sebelum dia bertindak menghilangkan diri. Lesap tanpa bayang-bayang. Sewaktu mereka sampai di tempat phone itu ditinggalkan dan dibawa pulang untuk disiasat, code itu muncul pada skrin. Tiada nombor telefon atau nota yang mencurigakan. Hanya satu code itu sahaja. Juyeon meraup wajahnya, berasa tertekan. Siapa sebenarnya Silent X ni?

" Aku fikir mamat tu Silent X tapi... nampak gaya bukan dia. I swear someone behind this secret code ni licik. Tutup identiti sendiri dan menyamar menggunakan code Silent X. " Jaehee menyambung kata, mengetuk jarinya di atas meja kerjanya. Iya, Jaehee berkhidmat di bawah syarikat milik mama Iris. Sebaik saja dia tamat pengajian, terus sahaja dia menghadiri interview di sini. Tugas utama dia hanyalah kawal cyber security dalam syarikat ni, alih alih dia terlibat pula dengan kerja abangnya yang seorang itu. Namun, Jaehee lagi suka. Suka jadi hacker yang bertauliah. Rasa seperti semua maklumat sulit dapat diketahui di hujung jarinya saja. Seronok!

" Aku teringin sangat nak tengok muka jembalang ni. Apa yang dia berdendam dekat keluarga ni sampai tahap nak semua keturunan keluarga ni mati. Termasuk kucing pula tu! Gila. " Hyunjae menyampuk, menyatakan hasratnya dari dulu. Kalau boleh, dia mahu cepat-cepat kes ni diselesaikan. Geram kerana si pelaku masih bebas bergerak di luar sana. Bersenang lenang dengan hanya menyuruh orang suruhan buat segala kerja kotornya. Namun, tiada apa yang boleh mereka lakukan. Hanya ada satu petunjuk yang tidak membawa maksud apa-apa. Buntu. Juyeon terasa getaran pada seluar jeans yang dipakai, menyeluk poket menggapai Iphone 12 miliknya. Ternyata dia mendapat mesej daripada sang gadis yang menjadi keutamaan merangkap boss barunya, Iris Rianna Kim.

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now