15

57 8 1
                                    

Ivy's mansion
5:30 p.m.

______________________________________________

Rasa seperti terlalu lama aku tertidur. Mata yang tadi memberat mahu terlelap kini terasa segar semacam. Tidur selepas menangis ni memang buat kita rasa fresh ya? Selimut yang tadi membalut tubuh aku dikalih ke tepi, habis berkedut seribu blaus aku. Rambut yang diikat gaya tocang kuda tadi sudah hilang rupa. Aku termenung seketika, masih blur. Cuba ingat balik apa yang aku buat before aku terlelap tadi— oh! Aku mengetap bibir erat, menyesal. Aku beradu mulut dengan Juyeon. Rasa mahu tumbuk diri sendiri. Kenapalah aku naik angin sampai macam tu sekali? Lepas tu, aku terlelap dalam kereta tadi Juyeon ke yang bawa aku naik ke bilik? Lagilah terasa mahu ketuk kepala ini. Nak menyesal sekarang pun tiada guna. Benda dah lepas. Tak usah nak kenang sangatlah, Iris! Buat problem tak pandai nak settle sendiri huh.

Aku bingkas bangun, meleraikan ikatan pada rambut. Dibetulkan menggunakan jari seketika sebelum bergerak ke arah pintu bilik air. Mahu segarkan diri. Selesai urusan di dalam bilik air, mengenakan baju t-shirt putih dan seluar tidur berwarna hitam polka-dot pink favourite aku, aku keluar dari bilik. Biarlah aku nak pakai macam mana pun, sekarang ni vila ni dah jadi rumah aku juga kan? Aku berdiri statik di luar bilik, memandang ke kiri dan ke kanan. Sunyi saja vila petang ini. Tiada orangkah? Aku melangkah lagi sehingga ke tingkat bawah, kini menuju terus ke arah dapur. Mata aku menangkap susuk tubuh Nanny Ruth sedang menyiapkan makan malam. Cekap saja tangannya menyelesaikan segala tugas. Pro sangat ni— memotong, memasak dan mencuci segala perkakas dapur yang telah digunakannya tadi sekaligus. Tidak perasan kehadiran aku yang berada disebalik dinding yang memisahkan antara ruang makan dan dapur besar itu.

" Eh, Iris? Bangun dah? Meh la makan dulu. Buat apa menyorok belakang dinding tu? Nanny baru ingat nak tengok Iris di bilik lepas siap masak ni tadi. "

Senyuman penuh lembut Nanny Ruth menyambut pandangan aku kini. Aku tersengih malu, segera menghampiri wanita itu sambil mata menjeling sekilas hidangan yang diletakkan atas kitchen island itu. Budae jjigae, egg rolls dan berbagai-bagai jenis dumplings. Aku meneguk air liur, terasa lapar serta merta. Perut aku mula berbunyi hebat minta untuk diisi segera. Ah, patutlah lapar semacam! Aku tak makan tengah hari tadi. Sibuk bergaduh sampai rasa lapar pun tak terasa. Aku mengalihkan pandangan ke arah Nanny Ruth yang sibuk mencedok army stew itu ke dalam mangkuk, " Er, tak apa ke saya makan dulu ni, Nanny Ruth? Yang lain mana? " Segan lah pula. Walaupun hakikatnya vila ini milik Ivy, tapi aku baru menumpang teduh untuk beberapa hari. Lagak aku ini macam aku tuan rumah yang sebenar. Wanita itu hanya tersenyum lucu. Seakan tahu apa yang bermain dalam fikiran aku ketika ini, terus dia menjawab.

" Tuan Juyeon sendiri minta saya pastikan Iris makan lepas Iris dah bangun dari tidur. Don't worry. Yang lain masih belum pulang. Biasanya malam nanti baru nampak batang hidung. Iris makan dulu ya? Risau pula dia nanti Iris tak makan tengah hari tadi. "

Aku tergamam. Juyeon? Aku buat perangai tadi pun lelaki itu masih ambil kisah tentang aku— Ah, mestilah. Kau kan boss dia. No wonderlah. Jangan nak rasa butterfly sangat, Iris. Kau boss dia, bukan sesiapa pun. Mangkuk yang berisi stu tadi di letakkan di hadapan aku. Berasap-asap lagi. Aku tidak mampu melawan. Orang dah bagi green light, apa lagi? Makan saja! Sudu dicapai, menyisip sedikit stu merah pekat itu. Mata aku membulat besar, sedap! Nanny Ruth patut buka restoran saja. Semua masakan dia memang kena dengan tekak aku.

" Nanny tak makan sekali? "

Nanny Ruth menggeleng, masih sibuk mencuci periuk belanga yang masih bertimbun dalam singki, " Iris makan lah dulu. Saya makan sekejap lagi. Iris tak mahu makan dekat meja makan? Sini sempit, risau Iris tak selesa. " Kitchen island tu luas namun meja tu seakan penuh dengan pelbagai benda. Biasalah. Dah namanya pun dapur. Aku menggeleng laju, menyambung suapan entah buat kali ke-berapa, " Saya nak makan dekat dapur, boleh temankan Nanny. "  Sememangnya aku lebih suka berteman. Sebab mulut aku becok, macam burung murai. Nanti aku makan dekat meja makan, krik krik saja. Mana syok makan seorang diri! Vila ni harap je besar, tapi sunyi. Hanya di luar saja ada beberapa orang pengawal sedang mengawasi kawasan vila. Nanny Ruth sekadar tersenyum.

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now