12

61 11 2
                                    

7:05 a.m.

" Awak pasti ke awak dah ada lesen ni? "

Wajah Iris berkerut, serba salah. Matanya risau. Kurang percaya dengan lelaki yang duduk di tempat pemandu itu. Bukan 3 orang bodyguards yang selalu menjadi driver nya ke kolej. Hari ini budak intern yang menghantarnya! Kim Sunwoo— lelaki ini menguntumkan senyuman senget. Rambut perangnya dibetulkan sedikit sebelum menyarungkan cermin hitam, " Cik Iris tak confident dengan saya ke? Mestilah saya dah ada lesen. Jangan pandang saya sebelah mata je tau! " Bagi Iris, Sunwoo seperti budak sekolah pun ada. Telatahnya tidak matang. Sama saja dengan Eric. 2-2 kepala tingtong!

" Saya tengok awak macam muda lagi. "

Iris perbetulkan posisi duduknya, memakai tali pinggang keledar. Cap yang dipakai juga dikemaskan. Menyelit helaian rambut yang terlepas daripada ikatan. Sunwoo tidak menjawab, memulakan pemanduan dengan kelajuan sederhana. Telinganya disumbat earpiece, memang itu satu kewajipan. Senang dia mahu berhubung dengan sesiapa. Malam tadi, hatinya terasa puas. Dapat mengasah skillnya selama ini yang hanya mampu dilepaskan di hadapan rakan sendiri. Ada sebab lelaki itu menawarkan diri menjadi driver Iris. Sebab...

Ada perkara yang perlu diuruskan oleh 3 lelaki itu di bilik bawah tanah pagi ini. Kerjanya dah beres. Tiba giliran mereka yang lain untuk tamatkan semuanya.

Di villa, suasananya sedikit tegang sebaik saja kelibat Iris dan Sunwoo pergi. Ada sesuatu yang menunggu di bilik bawah tanah. Juyeon menekan button lif, ke tingkat bawah. Tangannya mengepal penumbuk, timbul segala urat. Rasa geramnya memuncak. Kalau dia dapat manusia bertopengkan setan itu, memang habis patah leher manusia itu dia kerjakan. Juyeon mengetap bibir, tidak mahu emosinya terganggu.

Tiba di bilik bawah tanah, dia bergerak laju. Memandang pintu besi yang gah di hadapan matanya, pengawal yang menjaga bilik itu mengangguk faham. Pintu besi itu dibuka setelah mendapat pelepasan, Juyeon mengorak langkah ke dalam. Suhu sejuk di dalam bilik itu tidak dipedulikan. Sengaja dibiarkan bilik itu membeku. Mata helangnya merenung lelaki yang terikat pada kerusi kayu. Badannya penuh luka-luka dalam dan lebam biru keunguan. Darah mengalir dari kepala, menitik ke bawah. Bau hanyir memenuhi ruang bilik yang berwarna putih itu.

" Nice juga kerja diorang. Habis lunyai jantan ni kena belasah dengan Sunwoo dan Eric. "

Hyunjae bersandar santai pada pintu besi, tersenyum sumbing. Berpuas hati! Tidak sia-sia Ivy recruit mereka berdua sebagai intern— dapatlah budak berdua tu gantikan dia dan yang lain bila mereka ada tugasan. Younghoon sekadar memerhati, tidak mahu cakap apa-apa. Setakat ini, hanya dia saja tidak mampu lakukan tugasan gila itu. Tidak mahu kotorkan tangannya lagi. Dia lebih rela lihat saja. Sampai masanya, dia sendiri turun padang. Biarlah Juyeon pula yang selesaikan kali ini.

Inilah dia kerja kedua mereka.

Malam tadi, mereka laksanakan misi selepas Hyunjae mengesan lokasi penceroboh yang masuk ke dalam rumah Iris baru-baru ini. Mereka lakukan serangan di markas penceroboh itu, membunuh semua manusia di sana dan membiarkan si ketua saja yang hidup. Sengaja mereka biarkan dia hidup. Supaya mereka dapat beri lelaki itu seksaan secukupnya dulu.

" Dah tak ada kerja. Masuk rumah orang, bunuh binatang tak bersalah! Kau ni memang sial! Siapa arahkan kau buat macam ni?! "

Bergema kuat suara Juyeon, ditujukan khas pada lelaki yang duduk di kerusi itu. Matanya tajam memerhati, sakit hatinya membayangkan apa Iris lalui baru-baru ini disebabkan lelaki di hadapannya ini. Lelaki itu menyeringai, sepertinya tidak peduli pun dengan apa yang Juyeon katakan. Lagaknya seperti dirinya tidak bersalah. Lagipun, bukan dia saja-saja buat. Boss besar yang suruh! Dia buat sajalah.

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now