6

75 15 3
                                    

12:30 am.

Aku masih tidak mampu lelapkan mata. Badan aku penat, tapi mata aku tetap berdegil mahu terus terjaga. Snow yang puas berlari ke sana ke sini sudah terbongkang tidur atas katil, tidak ingat dunia. Younghoon dah lama keluar, katanya mahu mengawal keadaan di luar walaupun hakikatnya di luar sana hanyalah hutan tebal yang tidak diketahui lokasinya. Tinggal aku seorang diri di dalam bilik besar ini, berbaring sambil merenung siling bilik. Fikiran melayang dan mengimbas kembali kejadian siang tadi, serta merta aku memejamkan mata seerat mungkin. Terlalu ngeri untuk aku—  masih terbayang-bayang tubuh Chase yang rentung dalam ketuhar. Badan aku mengeletar, menarik selimut ke paras muka.

" N–No. No, no! Chase!"

" Cik Iris? "

Ada seseorang masuk ke dalam bilik, dan aku yakin itu Younghoon. Aku statik dalam kedudukan aku, membiarkan selimut menutup hampir keseluruhan wajah. Aku perasan lelaki itu semakin dekat dengan aku dan tangannya menarik perlahan selimut tadi, memandang aku dengan wajah risau, " Cik okay? I heard your scream tadi. " Aku menutup pula wajah aku dengan kedua belah tangan. Mana mungkin aku nak biar Younghoon nampak muka tengah menangis aku ini. Selekeh! Melihat aku masih diam di situ, Younghoon menyoal lagi, " Cik tak boleh tidur? Cik nak ikut saya pusing satu villa? Saya boleh tunjukkan seluruh bilik dalam villa ni. "

Aku diam, kekal begitu. Peluang keemasan ni. Boleh aku tahu selok belok rumah yang besarnya mengalahkan rumah banglo aku dulu. Hampir 2 minit tanpa jawapan, aku keluarkan kepala daripada selimut, " O–okay bagi saya 5 minutes untuk betulkan balik rambut sarang burung ni " Mana mungkin aku keluar dengan keadaan rambut serabai, muka sembam sebab menangis. Buat malu saja!

Younghoon tertawa kecil, mengangguk faham saja sebelum bergerak keluar, " Baik cik. Saya tunggu dekat luar. Take your time. "

______________________________________

" Besar betul. "

Aku berbisik sendiri, tercengang melihat betapa luasnya mansion milik Ivy ini. Pada tangan aku adanya Snow— taktahu kenapa aku bawanya sekali. Cukup trauma untuk tinggalkan si bulus itu bersendirian. Cukup lah sekali saja perkara itu berlaku! Younghoon hanya tersenyum melihat aku terpinga-pinga di situ, mulutnya lancar saja menerang satu persatu, kini bergerak masuk ke dalam bilik yang sepertinya panggung wayang, " Cik Ivy yang design sendiri tempat ni. 100%. Mini library, theatre room, karaoke room. Everything. " Mulut aku ternganga luas buat tidak percaya apa yang lelaki ini maklumkan. Gila kaya kakak aku yang seorang itu! Aku tak tahu menahu pun tentang perkara ini.

" Erm. Dalam mansion ni ada berapa orang yang tinggal? " Serba salah aku menyoal, mata aku melirik ke arah Younghoon yang tiba tiba membatu bila aku bertanya tadi. Aku cuma tahu dia, Juyeon dan 2 orang intern tadi saja yang menetap dekat sini. Tapi, melihat gaya structure tempat ini yang besarnya mengalahkan bangunan kuliah kolej aku, mustahil mereka saja di sini. Mustahil hanya mereka yang terlibat.

" Tak ramai. Tapi tak semua ada di sini sekarang. Cik jangan risau. Kami semua dah berkhidmat dengan keluarga cik sejak dulu lagi. Jadi, you can count on us. " Rasa curiga aku datang sekali lagi. Tak ramai? Seramai mana maksud Younghoon itu? Curious betul aku. Tapi, mulut aku lebih selesa terkunci rapat daripada soal lebih lanjut. Tak memasal aku dicop busybody pula walaupun hakikatnya aku ada hak untuk buat begitu memandangkan villa ini kepunyaan kakak aku sendiri. Dan, cara lelaki ini berbicara pun buatkan aku rasa mereka bukan calang-calang orang. Berkhidmat buat masa yang lama dengan keluarga aku. Pasti mereka professional dalam kendali hal macam ni.

" Younghoon. "

Younghoon mengalihkan pandangan ke arah aku, " Iya, cik? "

" Saya tahu soalan saya ni mungkin tak berapa enak nak didengari tapi... kalau mereka dapat tangkap the person yang buat hidup saya dan Ivy jadi tunggang terbalik macam ni. A–apa yang awak nak buat? " Lama Younghoon diam. Aku pula yang jadi serba salah. Aku cuma bertanya. Sebab aku betul-betul mahu tahu. In case mereka dapat tangkap penjenayah licik itu, apa agaknya yang mereka buat? Agaknya sama atau tidak dalam novel mafia yang selalu aku baca?

" Kidnapped them. Torture them. If possible, we just kill them. To make sure you're safe, Iris. Sebab, musuh keluarga cik bukan seorang. "

_________________________________________

she's the boss. tbzWhere stories live. Discover now